Tips Memilih Telekung

SALAM
TERDAPAT 7 TIPS MEMILIH TELEKUNG.. JOM KITA SAMA-SAMA BUAT PANDUAN

1.Pastikan saiz muka betul dengan si pemakai, agar rasa kemas dan selesa ketika menunaikan solat.

2.Pastikan telekung itu tidak terlalu menonjol dengan hiasan kerawang atau corak kerana di kuatiri mengganggu kekusyukan jemaah lain ketika solat berjemaah. Pastikan ia kurang kira-kira 20 peratus dari keseluruhan telekung.

3.Sebaik-baiknya telekung bewarna putih kerana warna putih lambang kesucian dan kebersihan.

4.Pilih telekung dari jenis kain kapas. Ia lebih selesa dan menyerap peluh. Ini akan menjadikan telekung tidak berbau busuk.

5.Pilihlah telekung yang punyai beg khas. Mudah untuk dilipat dan disimpan. Telekung yang banyak sangat kerawang kadangkala sukar nak lipat dengan baik.

6.Elakkan memilih telekung yang ada hiasan sekitar wajah, ia boleh ganggu kusyuk solat . Jika pilih kerawang, ia akan buat si pemakai rasa kurang selesa.

7.Kainnya mestilah jangan terlalu nipis hingga menampakkan bentuk tubuh. Telekung bertujuan untuk sorokkan bukan untuk serlahkan bentuk badan ketika solat.

 UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN KLIK LINK DIBAWAH
KREDIT TO : ANEKATELEKUNG

17 comments:

  1. betul. di muka tu, kalau berkerawang, rasa gatal.

    ReplyDelete
  2. wahhh... akak dah tukar background belog lahhh.... cantik. nampak kemas.


    eh eh. tips yg berguna utk memilih telekung. :)

    ReplyDelete
  3. salam kak..tq for sharing..
    yg penting pemakain telakung tu haruslah menutupi semua aurat dan selesa kan.. :)

    nnti p terjah link dia :)

    ReplyDelete
  4. tak suka telekung yang banyak kerawang2 kat muka, rimas dan gatal2...

    ReplyDelete
  5. dah lamer xbeli yang baru...

    PSS...maaf rietta tag akk....http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/2013/01/25-random-facts-about-me.html

    ReplyDelete
  6. no 2 tu btul...tkut nnt cntik sgt tak khusyuk plak solat..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Sekarang nie macam-macam pattern telekung memang kadang boleh buat org lain kurang khusyuk. Kalau ke Indon lagilah boleh rambang mata nak pilih punyalah baaaannnyak tak terkata kan.

    ReplyDelete
  8. gd sharing .. jrg2 ada yg share tentang ini.

    ReplyDelete
  9. salam...akak pekabar....dalam lamer xdgr brita nie...shat x?

    ReplyDelete
  10. ini link terbaru saya..sesiapa yang berminat nak beli telekung... kalau ada masa sudi2lah tengok.. https://www.facebook.com/QishBoutique

    ReplyDelete
  11. sekarang ni macam trend kot, telekung kaler2...adalah lebih baik kalau kalernya putih...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah , terima kasih adyna ...semuga adyna di berkati dan di rahmati Allah - admin http://www.facebook.com/anekatelekung

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, terima kasih adyna , semoga tips ni membantu kita sama2 beroleh kejayaan di dunia serta di akhirat - admin http://www.facebook.com/anekatelekung

    ReplyDelete

komen anda INSYAALLAH akan saya JEJAK secepat mungkin
^_^