Lama saya menyepi kan diri , sejak dapat pindah sekolah dan tinggal bersama Keluarga tercinta dah lupa nak menulis , mungkin penat memandu ;) dan menguruskan kerja-kerja seharian
Saya kongsi kan aktiviti yang seronok saya buat sekarang ni , iaitu membuat cheesetart , saya ambil resepi dari blog
Ni resepi yang saya selalu gunakan
Kredit :http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/2011/02/resepi-dan-tips-cheese-tart.html?m=1
Resepi Dan Tips Cheese Tart
Bluberi cistat
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Cara-cara ( rujuk gambar ) :
- Tart crust yang sedia untuk dibakar.
- Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
- Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
- Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
- Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
- Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
- Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
- Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
- Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
- Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
- Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGANbiarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
- Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
- Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Dan ini pula hasil kejadian yang saya buat sendiri
Ni saya buat tempahan dari kawan
Nuttela + coklat , blueberry
Ni pula saya buat dapat bekas besar , puas hati, bila makan waktu panas susah nak makan sebab filling panas lagi, tapi bila letak dalam
Peti ais sedap sangat ;)
Hari minggu memang saya suka buat cheesetart , adib ,amni dan En madi pun suka ;)
Nota kaki : saya dah beli breadmaker ;)