SALAM..
AL FATIHAH untuk anak ibu Abdul Azim B Hasmardy.. genap 20minggu 4hari pada 1APRIL 2012 dalam kandungan Azim pergi untuk selamanya...membawa sekali rahim ibu..
2minggu ibu ditahan di wad untuk selamatkan azim akibat bleeding .. kerana uri ibu dibawah... kes ibu jarang-jarang berlaku..tapi ibu tak mampu bertahan sehingga azim cukup bulan.. ibu tumpah darah yang banyak.. doc mengambil keputusan selamatkan ibu bile ibu dah hilang 5pain darah... masih jelas dalam ingatan ibu jantung azim masih berdenyut tatkala doc menunjukkan heat baet azim... ibu gembira sangat...
tapi
akibat kehilangan darah yang banyak doc terpkasa membuat pembedahan mengeluarkan azim dari perut dan rahim ibu... demi menyelamatkan ibu ..sewaktu ibu di ICU... azim selamat dikebumikan oleh babah.. tanpa sempat ibu melihat jasad azim..hanya gambar yang dapat ibu tengok.. syukur azim sempurna .. seberat 450gm.. azim iras abang adib..
dan syukur Alhamdulillah.. ibu masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup... azim pergi untuk selamatkan ibu bagi menjaga abg adib dan kakak amni... dan babah..
ibu tak dapat teruskan untuk menulis kenangan2 sepanjang azim didalam perut ibu.. ibu masih terasa akan kesedihan..
sesungguhnya azim sentiasa dalam ingatan ibu