MR NUFF

6BULAN KENANGAN ITU KEMBALI

SALAM..



HARI MINGGU NIE SAYA BALIK KE RUMAH SUAMI DI IPOH.. TADI G BELI BARANG-BARANG DAPUR.. THEN G BANK..LALU LAH DI HOSPITAL PERMAISURI BAINUN.. TIBA-TIBA RASA SEBAK..

NIE LAH TEMPAT MOMEN TERINDAH SAYA BERSAMA ARWAH AZIM KAMI BERKAMPUNG DI WAD 1C SELAMA 2MINGGU..AKHIRNYA AZIM PERGI JUA...
SEBETULNYA SAYA DAH XNAK INGAT SEMUA TAPI NALURI IBU KAN.. SEMPAT MENGANDUNGKAN AZIM 5BULAN LEBIH..MESTI NAK NANGIS.. SYUKUR LAH DAH ZIARAH KUBUR AZIM SEMALAM.. RUPE2 NYA AZIM DAH ADA JIRAN BARU, BAYI YANG BERUSIA 8BULAN.. LAGI SEDIHKAN.. TIAP ORANG TAK SAMA CARA ALLAH UJI..

DAN

SEKARANG IBU DAH DAPAT KEJE.. AZIM DAH TENTU GEMBIRA DI SANA .. IBU LAK KENA CARI PENGASUH ABANG N KAKAK....

TAHUN 2012 MEMANG TAHUN SUKA DUKA KAMI SEKELUARGA.. 
NAK TAIP LAGI PUN SAYA TAKUT SEMAKIN EMOSI..

ALFATIHAH UNTUK AZIM 1.APRIL - 1 OKTOBER..


NOTA KECIL; SERONOK DAPAT TAMBAH KENALAN..INSYAALLAH PASNI SAYA AKAN BW KE BLOG SETIAP KAWAN-KAWAN :)

SEGMEN LET BE MY FOLLOWER BY FAYUN


salam 
saya nak join segmen dari fayun nie..

sesiapa berminat jom terjah.. kat sana

menambahkan ramai kenalan maya lagi..

fayun: akak tak de twitter ler.. sori ek ^_^

hadiah dari suami tercinta...

salam...

tak tahu nak luah macam mana..tq banyak2 pada en babah tersayang.. bukan selalu dapat macam nie..


rezeki saya dapat kain sulam dari bandung..

tq en babah...
 

sayang selalu :)



adik ipar yang jual kain nie.. tolong menolong kan...

p/s: peserta pertama GA dah tahu... tq pada kawan2 yang join.. :)

KUALITI AA PUN OK KAN ^_^

SALAM...

ERMMMM...

tak semua orang mampu beli handbag yang ada brand kan..
macam saya tak kisah janji sedap mata memandang n boleh guna lama.. tak semestinya yang mahal tahan lama kan..

yang penting penjagaan kite n cara penggunaan..

so kat sini saya nak bagi cuci mata jap hehehe
SEMUA HANBAG YANG SAYA TUNJUK ADALAH KUALITI AA



SINGLE SHOULDER BAG - BLACK
RM40

MATERIAL: PU LEATHER
LENGHT : 48CM
WIDTH : 0CM
HEIGHT : 29CM
HANDLE HEIGHT : 21CM
BOTTOM WIDTH : 14CM
CONTENT :A4



SINGLE SHOULDER BAG - BEIGE
RM40

untuk gaya yang lebih santai..



 BROWN
RM40

BLACK
RM40


WHITE

RM40

ADA YANG BERKENAN??

MUsibah itu ada hikmahNya

Salam...

Alhamdulillah setelah menghadapi musibah.. Ada hikmah yang tersembunyi..

Sejak 2010 saya tak bekerja sebab menjaga anak2...saya lepaskan jawatan saya sebagai pen pegawai dan sempat sekejap bekerja sebagai gstt di sekolah... Akhirnya tahun 2012 rezeki saya dapat jawatan pembantu pengurusan murid alhamdulillah.. Syukur sgt..
Walaupun tidak menggunakan kelayakan ijazah saya.. Hanya bersandarkan SPM ...  saya tak de STPM or diploma..matrik je..n sijil matrik tak laku pun.. Inilah tapak permulaan saya bila.dah dapat keje tetap nie ada banyak hak yang perlu ditunaikan.. PTPTN harus diselesaikan... Pemberian utk mak di kg... Dan banyak lagi...

Tahun nie saya sepatutnya ada 3orang anak..tapi Allah lebih sayangkan azim... Azim pergi tapi Allah hadiahkan 25org anak untuk saya jaga..

Nak tunggu surat posting ... Sementara nie mak lah yang saya harapkan untuk menjaga anak2... Tapi pasni saya kena cari orang untuk jaga Amni. N Adib...

Tak tahu nak tulis apa lagi...

Nota kecil:alhamdulillah malam td balik Ipoh..hari nie g kubur azim.. Ibu rindu kat azim

SUJUD SYUKUR KU PADAMU YA ALLAH

ALHAMDULILLAH REZEKI HARI JUMAAT..

TANPA KATA-KATA..]

TQ PADA EN BABAH TERSAYANG,MAK ABAH,MAK MENTUA,MAK SEDARA..DAN SEMUA YANG BERKENAAN..SERTA KAWAN-KAWAN YANG MENDOAKAN SAYA..

*
*
*













P/S: ALLAH BAGI REZEKI PADA IBU , ARWAH AZIM N ANAK2 IBU NYER REZEKI

MENANGIS ITU BAIK ^_^

NAK BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN..




kalau perasan orang perempuan hidup lebih lama berbanding lelaki sebab orang perempuan suka menangis..tak stress :)
setuju tak???

p/s: hati nie meronta-ronta nak g kubur azim..dalam hati dok pk mesti dah banyak rumput yang naik :(

cabaran mengajar adib lefthanded

salam..

erm... 

saya menghadapi kesukaran nak mengajar adib menulis..coz saya tangan kanan adib lak kidal.. bile ajar kut sini dia kena pusing balik belah yang dia selesa..

en babah cakap ajar dia tangan kanan..erm cian lak dia..tapi masa makan suh guna tangan kanan dia boleh..kalu guna sudu dia guna balik tangan kiri..

last2 saya yang berpusing2 ^_^


takpe lah adib ibu harap walaupun adib kidal..adib boleh belajar dengan sempurna dunia dan akhirat..

 p/s: amni menulis lebih kanan tapi buat keje tangan kiri..sama macam en babah :)

sedikit info tentang kidal

dari sumber: http://masyarakat.dunyahalal.com/index.php?id=415&mnu=415


Antara orang yang kidal
1.    Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat)
2.    Leonardo da Vinci (pelukis)
3.    Amitabh Bachchan (pelakon Bollywood)
4.    Tom Cruise
5.    Angelina Jolie
6.    Diego Armando Maradona (pemain bola sepak)
7.    George H.W. Bush
8.    Bill Clinton
9.    Prince Charles of England
10.    Prince William of England
11.    Valentino Rossi
12.    Bill Gates
13.    Albert Einstein (Saintis)
14.    Lin Dan (pemain badminton)







TUDUNG AIDIJUMA LAK :)

SALAM...

ERMM.. 

siapa suka tudung bawal???

saya salah seorang penggemar tudung bawal.. n raya ritu ada la beli satu tudung aidijuma..cetusan Datin Nurjuma.. saya beli yang 2tone jer .. 

kali nie ada tudung baru lak..



memang target nak beli kalu cukup budget ^_^ en babah pun cakap ok..

n cara pakai datin nurjuma nie gak saya minat..psst jangan tak tahu raya ritu saya dah bergaya dengan blouse n palazzo saya.. malu yang amat bile mak sedara tegur.. awesome hehehe 

tengok cara Datin Nurjuma pakai simple tapi menarik sangat2..kena lak tuan badan yang cantik ;)




inner bawal dia pun ok gak cuma tak beli..pakai skaf biasa jer dulu ;)




so sweet.. ada pelbagai cara untuk digayakan dengan tudung bawal baru nie



so balik Ipoh harus lah di cari dekat kiosk tudung aidijuma mydin meru tue...

^_^

RM50 TERMASUK POS ^_^

SALAM..

ADA SESIAPA BERMINAT DENGAN HANDBAG NIE TAK???

 ^_^


MATERIAL: PU LEATHER
LENGHT : 48CM
HEIGHT : 29CM
BOTTOM WIDTH : 15CM
CONTENT :A4






YELLOW



ROSE RED



BLACK



BEIGE



BESAR BEG LEH TENGOK MODEL PAKAI :)




BERMINAT ???
LEH EMAIL KE 
nooradina@gmail.com

kuih limas versi opah banon ^_^

salam..

hari nie nak berkongsi resepi kuih limas opah banon saya..yang diperturunkan kepada mak..n mak perturunkan kepada saya ;)

mak tak bagi sukatan yang formal..

mak hanya bagi macam nie..

2cawan setengah tepung gandum
2cawan air(nak cair leh tambah lagi)
pewarna hijau( guna daun pandan lagi bagus)
gula
garam
santan rm1

cara buat..
bahagian bawah:
tepung dicampur sedikit dengan santan..masukkan air sedikit demi sedikit..pewarna hijau..ckit je letak ye,sampai sebati bile masuk jari air adunan seakan melekat ckit dijari ..
ketepikan..

bahagian atas:

santan dicampur sedikit air dan sedikit garam..

kelongsong nyer saya guna acuan kotak mancis..
staple kan kiri dan kanan 

cara masak:

masukkan sesudu gula dalam setiap kelongsong, masukkan adunan bahagian bawah jangan sampai penuh..kukus sehingga 15 minit..

kemudian masukkan adunan atas kukus lagi 15minit..

saya buat banyak kali baru berjaya..

ni la hasilnya



kami 4beranak meamng sukakannya..kalu letak dalam peti ais pun sedap.. makan panas2 pun sedap..

p/s: ada orang panggil tepung pelita kan.. kami kuala kangsar panggil kuih limas ^_^


MENANG HADIAH DARI LARRIE ^_^

salam..

rezeki dariNya ..Alhamdulillah
dapat sms dari Vivian LARRIE

saya menang hadiah saguhati dari contest ini
 Peraduan Cetusan Gaya INSPIRASI BH- Larrie

saya menang t-shirt n kasut ..sebab dia mintak saiz baju n kasut ^_^
tak tahu lah kalu hari nie result kuar dalam paper..

tahniah juga kepada pemenang2 yang lain


nak beli memang tak lah..kebanyakan contest yang saya join sebab saya nak barang dia..almaklum lah surirumah mana ada duit banyak hehehe, tunggu en babah beli dia pun banyak benda lagi penting nak didahulukan ..


vitamin c untuk hilangkan parut

salam..

ermm

saya sekarang sedang mencari-cari sesuatu yang dapat menghilangkan parut operation yang timbul..
tengok pun takut n sedih..

haritu g farmasi .. dia ada suggest amik vitamin c untuk mengurangkan parut.. parut-parut jerawat pun boleh hilang.. tapi sebotol pun dekat rm40.. masa tu tak de duit...^_^

sekarang nie pun kat bawah mulut n dagu selalu je jerawat naik ngan jayanya..ngan jayanya jugak daku memicit..tak boleh kan..lagi menyebabkan parut kekal..

sedikit info tentang vitamin c


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Dan ini dia Vitamin C kegemaran dan pilihan saya.. 
 Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg

Shaklee Independant Distributor
ID 854917

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *


sumber:http://www.ibuqiqi.com/2011/12/khasiat-vitamin-c-apa-fungsi-lain.html

yang ini dia suggest amik pil jenama shaklee..

ada yang dah mencuba ke??

cabaran mendidik anak-anak..

salam..


sedikit info untuk dikongsi bersama...

adib n amni pun ada sikap masing-masing..adib sampai sekarang nak minum susu kena pegang lengan ibu..sampai tak boleh nak buat keje lain..amni boleh berdikari..dia akan amik bantal n bear dia masa minum susu.. adakah anak pertama dia lebih manja???

harap2 dapat la bersabar dengan kerenah anak-anak..

p/s: kalau adib mengamuk n menjerit memang boleh hilang sabar... ;)

TQ EN NUFF BE KE 12

SALAM...

ALHAMDULILLAH syukur padaMu rezeki anak-anak BE ke 12 saya n yang ke tiga bulan untuk bulan nie..


tq juga pada kawan2 balasan jejak saya... kunjungan kawan-kawan amat saya hargai... 
walaupun blog saya tak semegah mana , 
saya sayang kawan-kawan semua..
kekadang ada yang saya tak sempat singgah balas.. n kadang-kadang ada yang tak balas pun jejak saya.. ;)
saya happy

ape-ape pun saya ucapkan terima kasih pa en babah sebab bagi elaun bulanan untuk ibu topup broadband :)

semoga en nuff sudi bagi BE lagi pada saya ^_^

waktu mustajad untuk menasihati anak-anak..


salam..


salam..
sharing info ..
selalu saya akan baca doa masa anak2 tido 
pasni leh praktikkan yang ini

sebelum tidur


selera makan dah sekarang ^_^

salam..

hari nie adib sekolah menggantikan cuti raya tempoh hari...

ermm.. alkisah tentang berat badan saya..sejak berselera makan nie..

kronologi before mengandung arwah azim 50kg..masa mengandung arwah 55kg.. sekarang 56kg 

hahahha.. nak gelak pun ada , ingat leh la back to normal tapi macam payah jer.. asal makan jer isi mesti jadi lemak di pinggul ;) so yang makin melebar kat bawah jer.. dah le perut buncit lagi.. macam tak kena je ngan rupa bentuk badan nie.. jadi buah pear..

dah 30an nie susah ckit berat nak turun elok kan..

ada satu cite lawak nyer..masa g hantar adib pakai suar muat... bile balik makan n nak amik adib balik..suar yang sama dah tak leh pakai..

target nak kembali 50kg.. misi bertungku pun tak berjaya sebab nak g cari daun mengkudu tak jumpa-jumpa.. kan daun mengkudu kite letak dalam batu yang telah dipanaskan sebelum diikat untuk ditungku di badan.. bengkung lak lupa nak amik masa g umah yong baru-baru nie..

nampak gaya nyer kena jaga makan la nie.. bukan pe org nasihat makan je banyak bagi pulih balik badan..last2 naik elok je berat badan ku ini

kenangan itu mengusik kembali

salam....

ermm.. 

 minggu nie dah 3minggu saya tak jenguk kubur arwah azim... sebelum nie paling lama 2minggu mesti balik ipoh g tgk kubur anak.. kali nie tak dapat balik sebab en babah bz..adib lak kena ganti sekolah hari sabtu...

ntah lah..semalam masa tgk safiya ulangan tunjuk cerita tentang kembar..mengalir jugak airmata nie.. sebab saya juga mengandung kembar sebentar (3kantung kosong 1 azim) semasa mengandungkan arwah azim....

airmata nie laju jer.. tapi saya cepat2 istghfar..sebab saya tahu nie semua mainan syaitan..lagipun saya dah redha..n tak nak toleh kebelakang lagi..saya tak boleh layan perasaan..

tadi pun sempat tengok pic arwah dalam hp en babah.. en babah pun tiba-tiba cakap rindu jugak nak tengok kubur anak..( ingat lelaki nie tak de perasaan)..rupa-rupanya deme nie simpan dalam hati..orang pompuan nie nangis je cara nak hilangkan sedih..

mudah-mudahan ada rezeki kami melawat kubur arwah azim..

p/s: borang e tukar en babah guru besar lupa nak letak atas meja dah bercampur dengan borng lain..mujur sempat dihantar uhuh..




mahal sangat ke telur itik???

salam jumaat


pic: mr google

erm 1st time makan masak lemak telur itik nie.. isnin lepas sempat la makan kat luar ( surirumah pun kadang-kadang nak makan luar ^_^) ok lah boleh tahan sedap n puas hati..tetapi masa nak bayar terkejut gak..coz en babah amik ayam penyet yg agak besar ngan sambal terung..saya telur itik masak lemak ngan pajeri nenas.. en babah rm8 saya nyer rm7.. ermmm... bagi saya mahal betul lah..lagipun nasi separuh jer ..

makan nasi ambeng kat waarung ibu tanjung karang pun tak mahal macam nie.. nie dekat sg besar makanan uhuh dah standard bandar besor ..

tu la kan sape suruh makan luar lagi ..kalau masak mau dapat makan banyak kali heheh..

moralnyer..sape surirumah masak lah sendiri tak payah makan luar hehehe

BLOGLIST KESUMA ANGSANA

salam
saya nak join..


kami dah berkawan sejak saya buat GA..KA pun pernah menang lucky draw yang saya buat.. 
so sekarang giliran saya pula untuk support blog KA baru leh ikatan lebih terjalin..

happy dapat kenal ngan KA 
^_^

harap2 saya terpilih masuk dalm blog list KA yer

nak join jom klik cni

segmen nie berakhir pada 26hb nie..so jom join ramai2

bile dah sihat...

salam..

alhamdulillah adik dah discaj semalam..tq pada yang mendoakan adik saya sihat..dia trauma gak .takut virus tu ada dalam badan lagi.. kakcik harap semoga sihat sepenuhnya lah pasni..

berbalik pada tajuk entri..

alkisahnya.. minggu lepas saya dah tak de rasa sakit diperut..memang happy sangat lah..
so macam-macam keje dah buat  n dukung lah amni ..almaklum lah perut dah tak sakit..
en babah tanya pun saya cakap ok dah tak sakit perut..

tup2 hari nie pas antar adib..perut daku mula sakit2 balik.. pegang perut dia keras balik.. aiseh ni kang kalu kabo kat en babah mau kena marah balik..degil buat keje berat hehehe..

saya rasa sebab buat keje laju2 erti kata lain kalut..tu yang jadi sakit balik..kalu buat rileks2 maybe tak rasa sakit dah.. 1hb nie cukup 6bulan operation n arwah azim g..

(bile saya bz saya memang tak ingat dah perkara yang lalu..tapi bile dok diam2 mula la teringat kat arwah )

p/s: sedih  tgk org yang campak bb dari tingkat 3.. semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada beliau

melawat adik di hospital

salam..

alhamdulillah , semalam kami sekeluarga berkesempatan g melawat adik di hospita;..doc cakap lagi 2hari pas masuk ubat antibiotik dalam darah, boleh discaj..





disamping orang kesayangan yang setia menanti ;) ibu n tunang beliau..


adik cakap dia ada g buat outdoor games utk staff kpj kat tasik putrajaya..masa tu dia dah rasa macam nak demam then bile dia p terjun tempat yang air tak mengalir kuat maybe dari ctu dia kena ntah lah..tapi dia ada cakap dia p lepak kat warung untuk merokok(amalan yg tak bagus jgn ikut :) then minuman dia ketak kat ctu..pastu rokok terjatuh dia p amik balik dengan keadaan persekitaran yang tak bersih maybe ada kencing tikus kat ctu.. menyumbang lagi la penyakit nie..

apepun masa doc datang check dok sempat berpesan gak kalu kat rumah makanan yang tak abis..buang jer lah jangan biar semalaman di bawah tudung saji ..takut2 ada tikus dia tak dapat masuk dia kencing jer kat tepi tudung saji..kite lak p pegang tudung tu lupa basuh tangan..

so kat mana2 pun berhati-hati lah..

tempat2 perkelahan pasti kan mandi or basuh pinggan ditempat yang air mengalir bukan air yang bertakung..

p/s: adik dah kena sound ngan tunang pasni no outdoor.. heheheh..


SELAMAT HARI MALAYSIA

SAYA SAYANG MALAYSIA..



SEMOGA NEGARA TERCINTA DIPELIHARA OLEH ALLAH S.W.T


sekali layan main kiub rubik ^_^

salam...

kome tahu tak permainan nie???

kiub rubik..



berpinor mata saya nak menyiapkannya.. nie semua gara-gara adib n amni dapat hadiah aiskrim mat kool nyer kiub rubik nie..deme tak tau buat bagi ibu dia buat..

tak pasal-pasal terjebak ibu ngan game nie :)..

bukan senang nak bagi macam nie balik..





search kat google dia ada bagi tips macam mana nak selesaikan game nie,,




hahaha saya main tipu.. tapi nak cuba buat sendiri sampai berjaya gak lagipun nie kena guna skill akal fikiran.. asyik dah nak settle ada 2 tempat tak sama kaler uhuhuh..

umur nak masuk 31 memang kena kerja keras..hehehe otak math tak setajam dulu lagi..nie la padah nyer bile tak buat revision selalu hehehe..

caiyok! caiyok! saya pasti boleh!!!

handbag murah jer ;)


jom cuci mata jap..

ada sesiapa yang berminat dengan hanbag yang murah tapi berkualiti tak???

kat cni saya nak iklan kan jap handbag kot-kot ada yang berkenan..

harga tak mahal RM55 je ;)

tidak termasuk postage

walaupun murah kalu kena dengan gaya kite tersendiri n pandai jaga barang mesti boleh pakai lama n tukar2 selalu kan :)


DESIGNER BAG - COFFEE




MATERIAL: CANVUS
 LENGHT : 39CM 
WIDTH : 11CM 
HEIGHT : 27CM
 BOTTOM WIDTH: 11CM
 CONTENT :A4

untuk lebih pilihan warna


DESIGNER BAG - WHITE


 DESIGNER BAG - PINK









 berminat boleh email 
nooradina@gmail.com

doakan adik saya sihat..

salam..


entri nie nak minta tolong kawan-kawan doakan adik lelaki saya supaya cepat sembuh.. hari nie hari ke 3 dia ditahan di wad KPJ-Tawakkal-Specialist-Hospital Kuala Lumpur ,dia dimasukkan sebab demam panas pada suhu 41 degree.. umur dah 27tahun.. 
hari nie dapat result darah adik saya kena virus kencing tikus... 
macam-macam kite dgr pasal virus tikus nie kan

sangat2 sedih sebab dia banyak tolong saya sewaktu saya ditimpa musibah tempoh hari.... moga2 dijauhkan dari semua nya.. 

kcik doakan opie cepat sembuh..n rest la betul2..

p/s: adik saya baju hitam tue

lain kali bagi signal...

salam jumaat..


hari nie nak cite tentang sikap sesetengah pemandu yang malas sangat nak bagi signal kereta...

saya selalu terkena bile nak kuar simpang..kan kite dinasihatkan tengok  kiri dan kanan..tunggu punya tunggu elok sampai depan kite dia belok..ape salah dari jauh ckit dah bagi signal at least kite leh budget sempat kuar ke tak.. nie tak kadang-kadang tue tengok muka buat macam tak bersalah jer..

satu lagi bile kite dah dekat terus je dia masuk..tak ke terkejut den...

ape pun berhemah lah ketika bermandu..kalu masing2 jaga sikap n hormati undang-undang sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan kemalangan..

siapa pernah kena macam nie???

sakit hati x??
^_^

berbisa sungguh mulut mu

salam...

saja letak pic adib masa baby..

erm..ntah lah gamaknyer bile umur dah bertambah n dah sekolah..adib jadi banyak cakap lak..ni kali ke berapa dah dia punya jawapan yang macam orang dah besar...

insiden pertama: masa dalam kete..ibu nanti bile kete besar la..kete kite kecik jer.. rasanya proton persona tak lah kecik sangat kan..

insiden kedua: g klinik amik ubat..saya cakap nanti abg makan ubat batuk cepat baik..dia jawab abang makan ubat batuk nie senang abg nak minum air ais..sabor je lah..

insiden ketiga: tgk wanita hari ini pasal deko dapur.. dapur dia 3 dapur kite macam nie je sambil dia depa tangan dia..uhuhuh...

insiden keempat yang nie memang saya merajuk terus ngan en babah... 'ibu babah tanya abang nak ibu baru tak'????? (masa nie saya baru pas operation)

insiden kelima; nanti perut ibu dah baik boleh main angkat2 abang...

sabar je lah ngan kerenah anak2 nie..

nak marah pun dia baru nak belajar , tapi kena tegur gak kan..
macam dia ajar ibu dia ABC bukan ibu ajar dia..kite lak kena sebut ABC

top 5 dalam kedai backlink!!!!

salam..

korang mesti tahu ape itu backlinks kan..sume org nak backlinks yang banyak dan dapat up traficc ke blog n dalam masa yang sama iklan nuffnang banyak menari-nari dalam blog kite kan..

just nak share ..apa kata korang masuk kat kedai backlink nie...

ikut syarat-syarat yang dinyatakan..

alhamdulillah setelah lama saya join kat cni saya berada dalam top 5

tak caya???

jom tengok kat bawah


tengok blog ME & MY FAMILY...

jom lah ramai2 kite tempak banner kedai backlink kat blog mana tau sama2 kita dapat up traficc..

^_^

posto..posto surat abg ke????

salam...

ermm bukan main suka adib bile barang yang diorder dari online store upin n ipin...sebab adib ahli kelab upin n ipin.. dapat less 30% kalau order online

actually dah order khamis lepas..tapi baru sampai semalam...

nie pic before bukak layang-layang upin n ipin..

lepas buka plastik..kayu dia patah :( sangat kecewa en babah n adib.. dah kol balik les coupaqe tak tau ler ape cite dia nak cek ngan staff dulu..harap2 dapat la diganti baru..

pelik simbol mudah pecah ada je ditampal tapi jadi macam nie lak... 

amni lak nak baju sang kancil pada zaman dahulu....
seronok dia..terus nak pakai ;)

tahun nie upin n ipin tak jemput pun g open house dia..tahun lepas sempat la g kat space u8 



tumit kaki merekah

salam...


 pic digoogle 
saya nyer merekah tak macam nie tau

sejak 2minggu nie tumit kaki dok merekah dengan jayanya la pulak.. maklum la raya banyak buat keje didapur..segala jenis lantai  dipijak.. hasilnya tapak kaki n tumit kasar n merekah.. 

selalu saya sental dangan scrub ..menjadi jugak.. kat kampung mak ajar sental ngan buah belimbing or limau purut..


nak sapu losyen mau banyak kena letak hehehe
dulu ada beli batu kasar kat avon.. berkesan gak..
macam-macam petua sebenarnya..



saje le google kot2 ada cara lain..

majoriti cakap guna limau untuk sental di tumit..

ada jugak guna vitamin..yang ni tak pernah dengar lagi

kengkawan ada petua sendiri tak macam mana nak elakkan tumit kaki merekah???

jom share sama2 ^_^

Tabung Ayam