MR NUFF

Giveaway M&MF???

Salam 

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menghirup udara segar hari ini, tahun ni saya tak buat lagi giveaway untuk kawan - kawan Insyaallah saya ada sesuatu yang ingin diberi ,bagi menghargai rakan- rakan yang sudi berkunjung ke blog saya , nanti kan GA dari saya ye ;) 


Roti Bear - Bear

Salam

Nak tunjuk roti yang amni n adib suka makan, sapu dengan kaya , beli dekat kawan acuan ni rm3.90 


Anak-anak memang suka kalau makanan yang bentuk - bentuk macam ni kan

Single -> Married

Salam 

Lihat pada sudut psikologi 

Betul ke tak? ;)


M&MF Kini Berwajah Baru

Salam

Keputusan pertukaran semalam walaupun ada sedikit kesedihan tetapi tak lah saya terus layan perasaan , bulan 10 ni apply lagi untuk pertukaran bulan 1 tahun depan ;) 

Kawan - kawan perasan tak blog saya berwajah baru , lebih nampak cantik , tq pada D Yatie sebab share dengan siapa dia edit blog , blog beliau pun cantik dah sekarang . 

Saya guna kan khidmat intan , senang berurusan dengan beliau , sesiapa rasa nak guna kan khidmat beliau boleh ke blog intan 

http://www.intanurulfateha.com 

Tq intan , akak puas hati dengan hasil kerja mu

Jom tengok blog saya 

Sebelum 



Dan selepas 


Nampak tak perbezaan nye , blog kali ni lebih kemas ^_^ 

Nota kaki : pink tetap menjadi pilihan 


Belum Rezeki Saya

Salam

Keputusan dah keluar 
Tak de rasa apa-apa dah pun 


Guru besar Dan jpn selangor sokong Tanpa pengganti pun masih tak dapat , insyaallah saya yakin Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk saya .

Cara Psikologi Mengajar Solat

Salam

Hari minggu yang sunyi tanpa suara anak-anak :) rindu betul... kat en babah rindu juga

Kali ni saya nak berkongsi dari satu blog but nie saya ambil dari facebook , memang bagus cara psikologi yang ditunjukkan oleh ayah beliau bagaimana cara kita nak ajar anak-anak solat dari kecil lagi..dan terus menjadi insan yang tidak lupakan solat walau dimana jua berada



saya copy paste terus ape yang ditulis..



Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Sebar-sebarkan. Semoga bermanfaat




thanks atas perkongsian ini , dan kini saya kongsi kan juga dengan rakan -rakan

Drumet Ayam Masak Kicap

Salam 

Walaupun saya sendirian di sini tapi saya still nak memasak , jimat dan lebih puas hati 

Jom saya share kan resepi dan gambar 


Bahan-bahan 

Drumett ayam yang digoreng dengan tepung 

Bahan A
3 biji Bawang besar
1biji bawang putih
Halia
Cili padi jika suka

Bahan B
Kicap
Asam jawa

Kesemua bahan A di blend 

Tumis sehingga naik bau masukkan kicap. Dan air asam jawa , biar kan mendidih sebentar masukkan drumett ayam , biar kan selama 5 minit 

Itu sahaja 

Sedia untuk dinikmati 

Selamat mencuba 


Satar



Salam 

1st time makan satar ketika lawatan ke Terengganu , isi ikan yang dicampur sedikit kelapa . Mula- mula makan belum boleh terima rasanya ;) mungkin kena makan selalu baru jatuh cinta , apepun satar ni memang makanan yang unik 




PadaMu ku bersujud

Salam

Tatkala ku kesunyian padaMu ku bersujud







Sumber gambar : Mr Google 

Nota kecil : berdebar menunggu result pertukaran Isnin ini

Rindu Ku pada Kalian

Salam 

Apa kan daya bila berseorangan di sini 

En babah boleh lak hantar gambar anak2 bermain 


Adib 


Amni 

Uwaaaaaaaaaa

Minggu ni dah la tak dapat balik


Hasil borongan di Aidijuma

Salam

Masa cuti hari Malaysia sempat juga saya g memborong untuk diri dan pesanan rakan-rakan 

Saya pilih bawal plain yang berharga rm3.50 , grab sampai 7 helai ;)


Wordless Wednesday # 2

Menang baucar dari Al Amin Kids

Salam

Alhamdulillah menang baucar ni , contest dalam majalah Pa n Ma bersama Al Amin Kids 



Kebetulan kakak ipar pun menang sama baucar ni, so kakak lah yang tolong ambil di Karangkraf Mall ,

Saya juga meminta tolong untuk terus tebus baucar ni sebab tarikh akhir penebusan adalah pada 30.9 , bila saya nak ke Shah Alam

Dan hasilnya 


Alhmdulillah dapat untuk semua orang kecuali en babah , saya dapat cardigan memang suka abis lah ;)

Wordless Wednesday #1

Salam 

Pengalaman Mengecop Batik di Noor Arfa Batik

Salam

Hari ni saya ambil cuti rehat sebab badan pun nak rehat ;) Dari Minggu lepas travel Sg besar - terangganu - sg besar - Ipoh - kuala kangsar - gopeng - Ipoh - sg besar drive sendiri kecuali ke Terengganu naik bas tapi lenguh satu badan jauh juga perjalanan nya....

Saya nak kongsi kan pengalaman saya mengecop batik , nampak mudah tapi bila buat ketar tangan dan tak jadi , mujur dengan bimbingan staf Noor Arfa berjaya juga buat.


Mula-mula rendam kan blok dalam cairan lilin yang dipanaskan



Renjis- renjis 3 x


Try dulu dekat kain lain



Angkat , alamak tak jadi sebab angkat cepat sangat cat tu kembang so tak jadi


Setelah 2 x mencuba saya cop terus di kain yang disediakan




Kena dibantu sebab takut tersalah cara tak cantik batik nanti 


Tadaa dah siap


Nak g mewarna pulak tapi gambar mewarna tak de sape nak tolong ambil sebab sibuk mewarna hehe , gambar yang dah siap nanti saya tunjuk sebab sewaktu keringkan batik staf dah ambil untuk di masukkan dalam plastik , kat sekolah nanti baru boleh ambil balik

Pengalaman yang menyeronokkan sebab rombongan PPKi kami ambil pakej mengecop batik dan murid pakej mewarna.

Nota kecil : masa ni RTM buat penggambaran untuk slot inovasi haha keluar tv lah nanti ;)








Taman Tamadun Islam

Salam 

Kenangan sepanjang berada di TTI bersama pelajar PPKI














Cukup lah sekadar ini hehe 

Nota kecil : mood ke laut 


Bentuk Badan Anda

Salam

Sekadar berkongsi jenis bentuk badan yang ada ;) 

Dah tahu bentuk badan masing-masing ke ? 



Saya dah tahu ;)

Dapur rumah

Salam

En babah pergi tengok rumah , alhamdulillah dah naik tile di dinding , Lantai belum siap lagi .. Teruja sudah 



Nota kecil : hujung bulan ni tahu keputusan pertukaran , semoga ada rezeki Ku amin

Doa untuk Ibu

Salam

Saya sayang mak 

Marilah kita sama- sama doakan untuk ibu kita


Tabung Ayam