Maaf kan saya jika sepanjang saya berblog Ada Terasa atau terkata , rindu nak berblog, Selamat menjalani ibadah puasa
MR NUFF
Selamat Hari Jadi Amni
Salam
Maaf masih belum sempat balas kunjungan rakan ke blog ini , baru balik dari Johor , hari ni mula bekerja kembali, alhamdulillah kesihatan beransur baik
8.6 baru ni kami sekeluarga telah singgah ke hello kitty town di puteri harbour penukaran di saat akhir, asalnya kami ingin ke legoland, faktor el nino mungkin, terasa bahang panas sangat, risau anak- anak penat , dari bayar mahal- mahal adib dan amni tak seronok baik tukar rancangan , alhamdulillah mereka seronok
Lihat lah aksi heroin saya ni
Kurang darah atau anemia
Salam
Baru balik Dari Klinik kesihatan simee selepas kecewa dengan perkhidmatan Klinik 1 Malaysia bercham Ipoh Malam tadi muka dah tak manis , bengis rasa orang sakit lagi Bertambah sakit tengok muka dia uhuhuh...
Keputusan setelah ambil darah Dan air kencing , alhamdulillah tiada denggi Dan kencing tikus, yang pasti doktor beritahu saya kurang darah , kencing kotor (doc Ingat saya period, bila gtau saya dah takde rahim baru dia terdiam) itu sebab demam lambat kebah, saya gtau yang demam Setiap Malam sejak jumaat yang lalu , doc psiko saya 'dah nak baik ni '
Mungkin faktor ke dua penyebab saya anemia, memang masa mengandung adib Dan Amni saya kurang darah juga, masa arwah Azim saya tumpah darah sehingga 10 pain darah kena masuk
Bila Allah bagi kita sakit itu sebab Allah sayang kita Dan kita jangan lupa pada yang ESA , semoga kesakitan yang diberi mendekatkan lagi kita pada Pencipta apatah lagi sewaktu sihat ...
Nota kaki : hari ni saya Dapat mc
Biru lawan merah jambu
En babah tolong Abiskan cat bilik anak sebab saya dah tak larat , sebelum ni kami cat Sama- Sama sampai saya sakit tekak
Usaha Adib Berjaya
Adib , Amni , adawiyah ( sepupu) sewaktu pertandingan mewarna di Karnival Amal Surau kampung tersusun talang , kuala kangsar
Kali ke tiga adib masuk pertandingan mewarna Akhirnya berjaya Dapat no 1
, seronok sungguh adib , tahniah adib sebab dah semakin berani
Subscribe to:
Posts (Atom)