Salam
Tajuk entri ni perihal adib yang tak suka makan walaupun kita paksa dan masak macam- macam , alasan dia abang nak makan yang sedap- sedap
Macam kfc , marrybrown , pizza ... Terdiam saya , bayangkan umur 6 tahun berat adib 14 kg je , makin tinggi tapi tak berisi
Memang tak di nafikan tahun lepas adib duduk berasingan dengan saya , sebab saya masih di Selangor , tahun ni pulak dapat pindah ke Perak tapi bertugas di pedalaman , adib manja dengan saya berbanding amni yang lebih berdikari tak hairan lah amni lebih berisi dari abang nya , sebab bila makan je adib nak bersuap
Sampai la satu tahap saya terpaksa print gambar ni , dan tampal di almari pakaian , takut jugak dia
Sebab adib memang nampak tulang bukan tak cukup makan tapi memilih makanan , vitamin tambah selera makan pun dah bagi . Mujur susu adib masih nak minum , sebelum ni memang cikgu di kemas cakap adib hampir pitam sewaktu lawatan ke balai bomba , bila ditanya dia cakap lapar , sebab bila opah nya suruh makan dirumah dia taknak
Ada pandangan tak dari rakan- rakan yang mempunyai masalah anak susah nak makan, boleh la kita berkongsi menu