MR NUFF

uri bawah pulak....

salam..

cobaan..dugaan datang silih berganti pada kandungan ke 3 daku

hari nie saya g hospital besar ipoh sebab bleeding banyak pulak, fresh blood dah bukan coklat2 ..

tak settle2 lagi masalah ,dugaan sungguh, rini g cek rupa2nya uri bawah pulak... kantung dh tggl 1 yg tak jadi, doc cakap nanti dengan sendiri nyer dia terpenyek..
risau sangat2

sedikit info tentang uri bawah ataupun placenta previa

sumber :
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/152-uri-berkedudukan-rendah.html

Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Preavia)

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau dibahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim.  Uri di kedudukan bawah pula berada dikawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4  pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

sekarang saya baru 18 minggu saya amat berharap darah akan berhenti dan uri kembali ke tempat asalnya..
Allah Maha Besar.. 

setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.. amin

 

6 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Akk take care yea....jgn lasak lasak sangat...

adyna AB said...

akak dah stop keje menjahit sume. nak rest sampai bersalin ,
tq rieeta bagi support

Izan Ishak said...

jaga diri ye adyna... izan pun sblm ni ada juga keluar spot coklat n sakit kat bahagian ari2.. mujur tak berpanjangan...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Adyna..Salam takziah dr k.atie.Semoga sabar & tabahkn hati.
Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya
Take care ya...

adyna AB said...

izan.. dah selamat semuanya..bb yang pergi dulu

adyna AB said...

kak tie tq banyak..harap2 saya akan tabah

Tabung Ayam