MR NUFF

D.I.Y Mesin Basuh yang Rosak

Salam

Dah lama tak bercerita , hari kualiti pun dah habis semalam , dah selesai tanggungjawab kena urus peserta hadiah baru rasa lega, terasa hilang beban

Kali ni saya nak bercerita tentang mesin basuh saya yang rosak , angin tak de ribut tak De tau- tau aje tak boleh gerak asyik bunyi warning je... Cite kat en baba , dia suruh Google tengok apa cara nak buat diy kalu mesin rosak, tapi disebabkan saya pun endah tak endah kunun-kunun nak beli baru la dah 5tahun mesin ni berkhidmat mungkin sampai masa dah hihi ,

mula-mula ingat kena buka bahagian belakang tapi tak mungkin, sampai saya fed -up lah mau tak nye baju banyak , perah pagi tolakan petang sidai berbau dah kain tu,  


apa lagi en baba yang google sendiri Dan bagi tahu saya tengok dekat blog mana , almaklumla suami teman ni dok jauh ... 


Tidak boleh membasuh
  Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
  -Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet  pada pintu sudah hilang.

Setelah penerangan saya tentang terjumpa besi karat dalam mesin , en baba cakap ibu magnet bukan besi , dia suruh saya follow je langkah- langkah nye


Setelah semua arahan ikut saya pun on kan balik..,
Alhamdulillah berjaya hidup 
Tak perlu beli baru cuma ambil
Balik magnet tu letakkan tampalkan dengan cellotape dan dah boleh berfungsi seperti biasa


Ni la mesin saya yang meragam jap ritu


Rupa magnet nie duduk dekat penutup nya tapi sebab dah karat dia tertanggal sendiri 

Yang ni lak pic dari blog hunnybee untuk lebih faham , sebab saya malas nak ambil pic banyak 







Rupa magnet ni dari jarak dekat , Maybe mesin basuh kami sama brand jadi mudah lah nak betulkan, walau bagaimana pun jika kawan- kawan ada masalah yang sama tak salah Cuba cara ni


Terima kasih banyak- banyak sebab entri anda membantu saya 
D.I.Y mesin saya sendiri 
Kredit to :

http://hunnybeeblog.blogspot.com/2012/12/diy-washing-machine.html?m=1

8 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. pandai dyna adjust benda ni sendiiri.. bagus la kan.. boleh guna semula.. kos pun jimat

KakNi said...

Assalamualaikum. rupa2 nya sbb mesin tu ingat cover tu tak tutup ya, tu sbb ia tak nak 'keje'


adyna, nak tanya, jam casio yg jual kat FB tu ori ke?

nazayiena said...

Nasib baik boleh buat sendirikan...

Aefa Aerisya said...

Alhamdulillah. nasib baik dapat carik punca kerosakan. kalau tak terpaksa la hantar g dobi hehe

Orkid said...

Salam singgah petang sambil membaca!

Orkid said...

singgah lagi. clik2 nuffnag

masni said...

salam...saya juga hadapi masalah yang sama dengan mesin basuh LG. Magneticnya dah hilang n di mana saya nak beli. Dah penat basuh tangan pakaian harian.

adyna AB said...

Salam, masni blh beli magnet tu dkt kedai jual mesin basuh , hari tu mmg terdesak sangat rm20 Harga magnet ni

Tabung Ayam