MR NUFF

Meja Pallet Rumah Kami

Salam

Hari minggu ni lah dapat duduk rumah dan buat kerja betul-betul, adib ngan babah nye bekerjasama cat semula meja yang mak hadiah kan dekat kami ni, bagi tahan lama sebab dah hampir 10 tahun usia nye 


Nampak klasik sangat , sekarang pun tengah trend nak buat macam ni, walhal
dulu dah lama orang buat , mak tempah dekat arwah pakcik ni dalam rm200 termasuk kayunye, murah lah kan


Aktiviti pemuliharaan semula perabot klasik ni ;) , pilih yang clear sebab nak kekalkan warna asal nye


Kerusi- kerusi yang menunggu giliran untuk di make up kan 


Kukuh lagi, nampak kesan kena air hujan yang tempias , sebab kami belum pasang awning rumah 


Abang dah besar jadi abang kena tolong babah, amni awal- awal lagi dah kena marah sebab melambatkan kerja, ngaco je 

Tapi bila dah siap hasilnya sama je, sebab nama pun ambil warna clear ;) 

Pasu bunga je yang tukar yang lain macam sama je 

2 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah. Rajin semua buat baik pulih cat ni..

Kakzakie Purvit said...

Kalau tukar warna dah tak nampak original Dyna
Macam ini lagi menawan - varnish tu nak bagi tahan lama aje:)

Tabung Ayam