MR NUFF

kek coklat moist (kukus)

salam.. hari nie nak berkongsi satu resepi.. yang saya google terjumpa kat blog jintanmanis.. disebabkan dah bagi balik kat mak oven..saya nak buat kek cara kukus lak..

anak-anak n suami suka makan kek coklat nie..



apa kata kak ros...

 

 
Assalammualaikum dan selamat pagi semua, sape yang tak suke dengan rasa coklat kan, terutamanya kanak-kanak, tu yang membuatkan ros selalu buat kek coklat kukus ni, lagi sedap rasanya bila kita simpan dalam peti ais semalaman baru makan, makan sejuk-sejuk, minum pula segelas susu segar, amatlah sesuai, resepi biasa je, cuma ros tambahkan setengah cawan susu pekat manis bagi menambahkan rasa susu di dalam adunan kek coklat ni, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, kalau nak bakar pun boleh, tapi ros lebih prefer di kukus, kerana teksturnya lagi moist dan lembut. : )
Kek Coklat Moist ( Kukus)

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan,

tengok gambar pun dah terliur...nyum2

saya memang akan cuba resepi nie..
kengkawan macam mana???

1 comment:

☾SHiemaCMa786☾ said...

yess..cma dah pernah cuba buat kek coklat versi kukus ni..

mmg sedap la.. dpt resepi dari mmber..tgk pun lebih kurang sama je..tp x galakkan anak2 mkn sbb ade baking soda ngan baking powder..huhuhen hubby ngan cma je selalu tibai..

Tabung Ayam