MR NUFF

RAYA 2012

SALAM...

alhamdulillah ..dapat menyambut syawal setelah berpuasa di bulan ramadan..

macam mana raya kali nie.. tahun nie walaupun masih bersedih dengan pemergian anak bongsu saya,
 kami tak lupa kunjung mengunjung sempena cuti raya a.k.a cuti sekolah..

tahun nie raya di kampung halaman saya di kg talang hilir kuala kangsar.. malam raya meriah dengan bunyi meriam..yang amat popular disini (pernah masuk dalam majalah 3) sampai ke pagi ..bergegor umah mak teman.. macam mana la orang yang berperang diluar sana..bunyi meriam nie pun dah dahsyat..

jom jamu mata tengok gambar raya kami sekeluarga..

hijau lumut tema keluarga saya ^_^


adib n adam (anak abg saya) sewaktu pergi solah sunat aidilfitri




tempat bergambar kami ;) macam pokok kat belakang jer ;)


nak ajak bergambar cukup payah.. nie adib




amni lak tak nak tgk kamera pak cu 


hasilnya ini lah gambar raya kami tahun nie.. ^_^

malam nyer lak adib nak main bunga api.. baru pandai nak main bunga api..




amni masih kena jaga2 coz dia main pegang jer






nie lah sedikit coretan raya 2012 family saya


nota kecil: adib dah tahu ape itu duit raya..

No comments:

Tabung Ayam