MR NUFF

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka


salam.. berkongsi tips sedikit..
jeragat saya tak de tapi jerawat ada ;( sekarang nie jerawat cepat sangat naik bahagian dagu kat tempat lain tak de..maybe sebab gatai tangan menggaru heheh

jom tengok petua nak hilangkan jeragat



Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih. 

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. 
Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

8 comments:

Anonymous said...

bagusnyer petua yg ini

Salmi said...

Banyak petua nak hilangkan jerawat. terpulang kepada tuan punya diri je.. rajin atau tidak..

saly said...

menarik petua2 atas tuu...
yg petua 2 sy pernah cuba..jeragat mmg tkde...hehe..tp org kata utk kulit lebih tegang..^__^

Si Matatajam said...

Bleh try ni..jeragat pun makin menjadi bila dah berusia ni..

nur anis said...

paling takut bila tumbuh jeragat...susah nak hilang kan...

Unknown said...

nasib baik tak der jeragat..mmg ssh nak hilangkannya kan...

Syamimi Saad said...

nampak mudah je petua ni..tp kemalasan tu la yng payah..hehehe..
jeragat xde..tp sy pun jerawat suka naik kat dagu..plik2..

Cik Puan Ena said...

tanx untuk petua ni.. mudah sangat.

Tabung Ayam