MR NUFF

Meja Pallet Rumah Kami

Salam

Hari minggu ni lah dapat duduk rumah dan buat kerja betul-betul, adib ngan babah nye bekerjasama cat semula meja yang mak hadiah kan dekat kami ni, bagi tahan lama sebab dah hampir 10 tahun usia nye 


Nampak klasik sangat , sekarang pun tengah trend nak buat macam ni, walhal
dulu dah lama orang buat , mak tempah dekat arwah pakcik ni dalam rm200 termasuk kayunye, murah lah kan


Aktiviti pemuliharaan semula perabot klasik ni ;) , pilih yang clear sebab nak kekalkan warna asal nye


Kerusi- kerusi yang menunggu giliran untuk di make up kan 


Kukuh lagi, nampak kesan kena air hujan yang tempias , sebab kami belum pasang awning rumah 


Abang dah besar jadi abang kena tolong babah, amni awal- awal lagi dah kena marah sebab melambatkan kerja, ngaco je 

Tapi bila dah siap hasilnya sama je, sebab nama pun ambil warna clear ;) 

Pasu bunga je yang tukar yang lain macam sama je 

Selamat Hari Lahir Amni

Salam

Alhamdulillah hari ni genap amni 5 tahun , pejam celik rasa dia kecik lagi , arwah azim kalau ada dah 3tahun . 

Semoga anak ibu menjadi insan yang berguna dunia akhirat 


Ibu,babah dan abang sayang kakak 

PERTUKARAN SAYA BERJAYA

SALAM

Alhamdulillah , syukur sangat-sangat akhirnya penantian saya berakhir, saya berjaya dalam pertukaran kali ni , boleh dah ulang alik . Syukur juga sebab dapat sebelum puasa jadi saya boleh tengokkan adib yang mula nak belajar puasa tahun ni, betul lah ungkapan sabar itu indah akhirnya.



Pengalaman bekerja di sekolah orang asli dipedalaman memang akan sentiasa dikenang ,semoga murid asli di pos legap berjaya menjadi orang yang berguna

blog pun dah lama tak terusik, en nuff pun dah tak bagi iklan uhuh..



bagi permulaan yang baru , saya tukar alamat blog kepada adynaab.blogspot.com , bagi nafas baru bagi cergas nak taip blog kembali walaupun kemalasan itu ada kena lawan sebab nak berubah kena la berubah ke arah yang lebih baik :)



nota kaki : gambar dari mr google


Tabung Ayam