MR NUFF

Rumah kami : Part 1 Grill Rumah

Salam

Apa kabar kawan- kawan blogger saya , dah lama tak bertanya khabar , alhamdulillah saya sihat cuma sakit tekak gara - gara dok hidu bau cat je , sebab saya lupa nak tutup hidung ;(

Perkembangan Rumah kami , air dah masuk , elektrik belum lagi , tapi kami dah buat grill 




Guna horizontal warna putih , modern ckit hihi , asalnya nak buat wrought iron untuk bahagian pintu utama, en babah nak cut cost , agak dukacita bila hasil kerja sedikit hampa 





Memang kami nak cat lain , itu sebab Bahagian tingkap semua Ada cat , tapi tergamak ke bior pecah - pecah , retak, tile kami lagi ler pecah , en babah mintak tolong abg indon tukar , sebelum tu Bos yang buat grill janji nak datang tengok hasil kerja pekerja nya .. 

So tunggu je bila dia nak datang , duit dah habis bayar 



Ini en babah tolong letak kapur sebab nak cat bilik kami siap- siap sebab wardrobe Cina Perabot dah Tanya bila nak pasang...

Nota kaki : kite mesti nak yang terbaik tapi Ada je dugaan Dan Cabaran nye kan



Penat

Salam

.......



Semoga diberi kekuatan diri .... Terkejar- kejar ke sana ke mari ...



Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Salam

Hari ni saya cuti... Rehatkan diri selepas 2 hari berturut- turut basuh rumah dan samak... Cat pun untuk feature Wall bilik je sempat siap .. Dah siap semua baru saya cite tentang rumah ;) 

Tersenyum melihat gambar ni... 


Sumber : Facebook 

Nota kaki : 
Gambar adib n baba tido dah save dalam laptop , kalau tak , nak jugak tunjuk aksi tido yang sama hihi 





Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru ku Dan rakan guru semua... Kita juga adalah guru untuk anak- anak kita , sekadar berkongsi , Setiap sekolah Dan kawasan tak Sama cara sambutannya, dekat sekolah saya , ringkas Sahaja majlisnya, Murid pun takde bagi hadiah, rakan sekerja pernah bagi tahu dia pernah Dapat hadiah 3 biji nanas, ;) 


Nota kaki: susah nak update entri sekarang 

Selamat Hari Ibu

Salam

Tiap-tiap hari , hari ibu ... Terima kasih buat en baba belanja makan Malam

Surprise sangat bila rainbow Kek terlupa bayar ... Bila bayar saya Dapat give sempena hari ibu 


Nota kecil : semoga anak- anak ibu menjadi anak yang soleh Dan solehah Bahagia dunia akhirat 

Makan - makan @ Mat Periuk


Salam

Entri Malam ni nak cite pasal cafe baru buka di kawasan perumahan umah my mil dekat kg tersusun Tasek Ipoh ... Jangan tak tahu cafe ni millik chef kamarul yang femes tu ;) , beliau pun anak jati kg tersusun Tasek ni , tapi yang uruskan cafe ni sedara Mara beliau 



Ada masakan barat Dan menu tempatan 
Saya dah Cuba mee kari , nasi goreng kampung , spagetti , fish n chip ... Cafe dekat umah memang senang le nak pergi makan , Harga nye pun berpatutan , Ada juga dessert seperti pavlova, cheese leleh , tiramisu , rainbow cake, dessert ni selalu bertukar - tukar ;) 

Jom layan pic dulu , Ada yang disnap Sendiri Dan Ada juga Dari Instagram mat periuk Sendiri 








Amacam Ada yang dah terliur ke? Pada siapa yang datang ke Ipoh boleh la Cuba makan di mat periuk cafe , google atau Guna je gps , lokasinya di kg tersusun Tasek Ipoh , bersebelahan kedai runcit dekat jalan besar 

Nota kaki : saya  bagi 4 bintang ... Belum Cuba semua makanan lagi ni 








Selamat Hari Lahir Baba

Salam

Semoga sentiasa diberkatiNya. Menjadi suami Dan baba yang membimbing kami ke jalan yang diredhai 

Kami sayang baba 

Simple jer Kek Kami beli ;) 


Tabung Ayam