MR NUFF

Jom Follow My Instagram

Salam 

Wah tajuk tak hingat , hihi , entri ni untuk jemput kawan - kawan follow saya di instagram, sekarang dah macam - macam media boleh kita pilih ;) , dekat blog pun sekarang update jarang- jarang dah , kawan- kawan lain pun dah menyepi , tapi ada lah dua tiga orang rakan blog yang ada dalam My ig , contoh izan mama mia, cma



Terima kasih pada yang sudi follow ;)


Batik Sarawak Teringin Juga

Salam 

Tajuk entri kali ni tentang saya yang tertewas juga dengan kain ni, sebelum ni tak ambil kisah sangat, tapi bila ustazah dekat sekolah jual , terus beli , sebelum ni dah pesan dekat kawan di Sarawak Mintak tolong belikan , mujur dia belum beli 


Beli 2 je , kuning tu tengah hot sekarang , nak beli kain kosong untuk di suai padan dengan batik ni 

Ni contoh yang saya ambil dari Facebook 


Ni contoh dari instgram ;)


Plan nak buat sekali harung je dengan kain- kain yang lain , tahun ni takde buat baju langsung ;) 

 


Terapi Minda

Salam...

Puas hati alhamdulillah bila hasil tanaman menjadi, hijau je bila balik rumah ;) 

Sekarang dekat rumah dah macam- macam pokok kami suami isteri tanam, tunggu nak makan hasil je insyaallah 


Pisang abu ni dah lama tanam tapi jantung tak keluar pun lagi , sabor sabor merajuk kot En babah amik anak dia tanam tempat lain ;) 


Delima baru belajar berbunga , tapi 1 dah jatuh En babah terus amik tindakan drastik tutup keliling pokok kurangkan angin atau hujan lebat dari kena bunga nya ;)


Rumput yang kami tanam dah satu tahun  lebih dah nampak hasil cuma tak pakar jadi rumput agak beralun , setahun baru nak mesin memang jadi cam gini la kot, suka tengok bunga ros tu dah rajin bunga, nyaris nak kena buang sibbaik En babah doktor pokok , dia ikhtiar bagi subur ;)

Panjang pulak entri kali ni ;) 

Terima kasih Henrietta Jose

Salam , 

Dah lama buku ni saya dapat , masa arwah Azim pergi , rakan blogger yang saya kenal , dah lama kenal , contact dlm blog , jap Ada jap takde, masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Alhamdulillah dengan perkenalan ini.Insyaallah Akak semakin kuat untuk terus kan kehidupan ini.
Arwah Azim pun dah 3 tahun lebih pergi meninggalkan Kami .

Terima kasih rietta bagi Akak buku ni, Akak Baru berkesempatan baca sehingga Habis, banyak yang memberi kesedaran untuk bermuhasabah , sesungguhnya aku hambaMu yang khilaf.

Semoga perkenalan kita berpanjangan walaupun Hanya di ruang media 




Cheesekut Yang Mudah

Salam..

Petang ni balik taknak makan nasi, jadi makan cheesekut yang buat dengan adib semalam.. Wah memang kenyang makan tiga potong , sekarang dekat rumah mesti buat sesuatu untuk dimakan bila rehat -rehat , pasti ramai yang dah pernah buat dan makan , dekat sini saya kongsi kan resepinya 

Cheesekut 

Bahan-bahan 

Biskut cracker cap Ping Pong (biskut lain pun blh)
Cheese tatura 250gm 
Susu pekat
Susu segar(guna air suam pun boleh)

1. Pukul cheese smpai kembang.
2. Masukkan setengah tin susu pekat dan pukul lagi sampai kembang.
3. Biskut cracker celup dalam susu segar. (utk lembutkan je jgn smpai terbelah)
4. Susun biskut dalam loyang.
5. Sapu bancuhan cream dgn susu atas biskut.
6. Taburkan nestum atas lapisan cheese.
7. Ulang langkah 4-6 sampai bahan habis.
8. Letak dalam peti sejuk semalaman
Nak letak nuttela ke serbuk milo , ikut citarasa masing-masing 
Macam saya buat ni saya pipingkan coklat hazelnut gardenia tu (sedap dan murah)


Tiada lagi BE dari Nuffnang

Salam



Tahun ni memang tak de langsung BE dari  en Nuff , mana taknye update blog pun tak, apatah lagi nak blogwalking , :)
Tak tahu kenapa malas sangat nak update , maybe dah dapat pindah tinggal satu family dan dah beli rumah , jadi lebih fokus pada tanggungjawab mencantikkan rumah(ye ke??) main dengan anak-anak , memasak , malam pukul 9.30 dah tido ^______^ .

Memang sejak pindah dari sekolah pedalaman pukul 4.30pg dah kena bangun masak bekal kami semua(langkah berjimat cermat) 6.25 pagi dah kena gerak sebab masuk kerja pukul 7pagi , sebab murid pendidikan khas ada yang datang awal balik kerja pukul 4ptg , 4.30ptg selalunya dah sampai rumah.. dah ready nak masak makan malam, en babah memang suruh masak je..

Jadi masa bila nak update blognye .. kawan-kawan blogger dulu pun banyak yang dah menyepi sebab memang saya tak jenguk rumah blog kawan-kawan, ada yang dah add dekat facebook jadi dapat tahu update terkini , contoh kak azatie ,semoga kak atie kuat menjaga apak yang sakit (alhamdulillah dah beransur sihat)

Takpe lah tak dapat BE pun kan janji dapat fokus lebih masa untuk keluarga yang baru tahun ni dapat duduk bersama sejak saya bekerja semula..kalau dapat BE alhamdulillah lah

nota comot : gigihkan diri update blog insyaAllah

bye

Buat playdough sendiri

Salam 

Hari ni ppki sekolah saya buat aktiviti playdough , gigih daku mencari info resepi , alhamdulillah dapat 
Kredit to blog mamamursyid.blogspot.com



Dan hasil yang kami buat 






Lebih selamat bila buat sendiri , boleh lah kawan- kawan cuba buat sendiri playdough ni ;)


Kek Coklat Moist Kukus


Salam
update entry lama je dulu , memang kek coklat kukus je en babah cakap jadi bila bakar selalu tak jadi :

 entri kali ni saya nak berkongsi resepi dari blog nameeroslan.blogspot.com ... Pertama kali cuba buat kek cara kukus dan saya memang ikut langkah- langkah yang diberi , alhamdulillah menjadi . 

Ni lah hasilnya 


Guna bekas microwave safe dan saya tutup dengan penutupnya jadi kek ni dah tak boleh naik dah , pengukus saya kecik jadi tak muat bekas besar.


Bila dah letak topping jadi menarik sangat memang tak sampai sehari abis kek ni, En babah suka adib dan amni suka.. Rasa seronok sangat bila tengok deme makan , kalau tak mesti kena komen hihi 

Ni saya kongsi kan resepinya , akak share ye nameeroslan 

Ikut je langkah yang diberi insyaAllah menjadi 

1)tepung gandum
2)  gula perang
3) Serbuk koko (brand Van Hauton)
4) Susu pekat manis
5) Susu full cream (Dutch lady)
6) Soda bikarbonat
7) Baking powder
8) Minyak masak
9) Butter
10) 3 biji telur
11) Essence vanilla

Mula-mula buat cake dia dulu...Ok imagine macam buat eksperimen kimia dalam lab ok...mihmih.

Ini campuran X

1) 1 cawan gula perang
2) 1 cawan susu full cream
3) 1/2 cawan susu pekat manis
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 cawan serbuk koko

Masukkan semua lima bahan tu dalam periuk tu , masak dalam api yang kecik and kacau sampai sebati ok.

Campuran Y

1) 1 1/4 cawan tepung
2) 1 TSP soda bikarbonat
3) 1 TSP serbuk penaik

Campur 3 bahan tu masuk dalam bekas macam tu and ayak kan untuk asingkan ketul2. Baru lah cake smooth je nanti. Kadang2 tepung macam ada ketul2 tu kan, so bila ayak jadi halus lah. mihmih. Mu pehe dop ni ? 

Campuran Z

1) 3 biji telur
2) 1 TSP essence vanilla

PEcahkan 3 telur tu and kacau hingga sebati dengan 1 TSP esen vanilla tu. 

Ok dah siap bahan eksperimen X, Y and Z tu


Ok pastu dah senang dah...

Z tu masukkan dalam X . Kacau sampai sebati sampai betul2 sebati.

Then Y tu masukkan dalam campuran X+Z tadi tu. Gaul sampai sebati. Make sure takde ketulan2 tepung. So bila dah siap sebati tu dah boleh kukus. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit.

Pastu untuk buat dia punya topping tu untuk salut cake tadi tu guna 3 bahan ni..


1) 1 sudu butter
2) 1 cawan serbuk koko /satu bar chocolate tu. Saya pakai 1 bar chocolate sebab sebuk koko tadi tak cukup. kehkeh
3) 1/2 cawan susu pekat manis

masak semua bahan tu sampai sebati. Then salut atas kek yang dah siap tadi tu...

*****
Untuk topping saya buat cara lain , terpulang pada anda nak pilih yang mana 

Topping kek coklat 

Bahan-bahannya ialah:
# Setengah cawan serbuk koko
# Setengah cawan susu pekat
# 2-3 sudu besar minyak masak
# Air panas / suam secukupnya

Cara-caranya ialah:
# Kacau semua bahan atas api kecil. Kacau hingga sebati dan siap ! 

Simple kan.

Hari minggu ni ingat nak buat lagi kek coklat ni ;)



Meja Pallet Rumah Kami

Salam

Hari minggu ni lah dapat duduk rumah dan buat kerja betul-betul, adib ngan babah nye bekerjasama cat semula meja yang mak hadiah kan dekat kami ni, bagi tahan lama sebab dah hampir 10 tahun usia nye 


Nampak klasik sangat , sekarang pun tengah trend nak buat macam ni, walhal
dulu dah lama orang buat , mak tempah dekat arwah pakcik ni dalam rm200 termasuk kayunye, murah lah kan


Aktiviti pemuliharaan semula perabot klasik ni ;) , pilih yang clear sebab nak kekalkan warna asal nye


Kerusi- kerusi yang menunggu giliran untuk di make up kan 


Kukuh lagi, nampak kesan kena air hujan yang tempias , sebab kami belum pasang awning rumah 


Abang dah besar jadi abang kena tolong babah, amni awal- awal lagi dah kena marah sebab melambatkan kerja, ngaco je 

Tapi bila dah siap hasilnya sama je, sebab nama pun ambil warna clear ;) 

Pasu bunga je yang tukar yang lain macam sama je 

Selamat Hari Lahir Amni

Salam

Alhamdulillah hari ni genap amni 5 tahun , pejam celik rasa dia kecik lagi , arwah azim kalau ada dah 3tahun . 

Semoga anak ibu menjadi insan yang berguna dunia akhirat 


Ibu,babah dan abang sayang kakak 

PERTUKARAN SAYA BERJAYA

SALAM

Alhamdulillah , syukur sangat-sangat akhirnya penantian saya berakhir, saya berjaya dalam pertukaran kali ni , boleh dah ulang alik . Syukur juga sebab dapat sebelum puasa jadi saya boleh tengokkan adib yang mula nak belajar puasa tahun ni, betul lah ungkapan sabar itu indah akhirnya.



Pengalaman bekerja di sekolah orang asli dipedalaman memang akan sentiasa dikenang ,semoga murid asli di pos legap berjaya menjadi orang yang berguna

blog pun dah lama tak terusik, en nuff pun dah tak bagi iklan uhuh..



bagi permulaan yang baru , saya tukar alamat blog kepada adynaab.blogspot.com , bagi nafas baru bagi cergas nak taip blog kembali walaupun kemalasan itu ada kena lawan sebab nak berubah kena la berubah ke arah yang lebih baik :)



nota kaki : gambar dari mr google


Aidijuma Oldseason

Salam 

Dah lama sangat tak update blog ni, sejak Pindah ke perak dan keje di pedalaman ni .. 

Berbalik pada Tajuk, sejak akhir-akhir ni fenomena tudung aidijuma , saya terjebak pada masa awal
Keluaran tudung ni , dan sekarang design yang 2015 pun saya Hanya Ada green label back to school je 


Saya dah dapat kawal diri (hihi ye ke) , Ada juga peminat aidijuma email , Whatsapp saya Tanya nak letgo tudung os ni ,  sekarang saya tak letgo lagi, sebab saya dah lepas kan garden cream n batik grey saya , mujur tudung Tu Memang saya jarang Pakai Kalu tak meroyan lah nak dapat balik, os skunk saya dah Bagi dekat orang masa buat contest 

Jadi yang tinggal dekat saya pun Hanya yang ini dan tudung plain je 










Anak Dara saya Amni pun Ada tudung aj dia 



Pasni pun nak beli tengok keadaan hihi 

Nota Kaki : banyak pulak upload gambor ^______^

Keputusan Pertukaran ETBG

Salam 


Esok keputusan pertukaran bukan guru , kali ni perasaan tak seperti masa Mintak tukar ke Perak. Insyaallah kali ni saya cuba menjadi yang lebih tabah ^_^ apepun keputusan esok saya serahkan segalanya padaNya
Andai nya khidmat ku masih diperlukan di Pos Legap ;)

Bagi rakan yang minta bertukar , semoga berjaya ;)



Burger Banjir di Mat Periuk JR

Salam 

Dah lama tak update blog, sibuk susun jadual bagi teratur, adib dan amni masing-masing dah sekolah , saya masih di Pos legap dan bekerja secara syif, mula-mula rasa amat tertekan juga, bila dah masuk bulan  Feb, rasa boleh atasi masalah , mana nak gosok baju , masak lauk siap2 untuk hari saya bermalam di sekolah ... 

Ermm tak perlu lah nak ceritakan masalah , setiap benda insyaallah boleh di atasi 

Hari ni En babah belanja adib burger dekat cafe chef Kamarul yang ke dua yang terletak di desa tambun Ipoh , dekat sini lebih kepada masakan western, 

Rezeki jumpa chef Kamarul , sebenar nya beliau satu kampung dengan En babah di kg tersusun tasek tapi deme jarang berjumpa

Burger pilihan saya burgerbah atau pun burger banjir .. Sedap tapi saya tak larat nak abiskan 




Sos nye macam chicken chop , lapisan daging telur , Cheese disimbah dengan sos nye 





Sesiapa yang singgah Ipoh boleh la cuba datang ke Mat Periuk Cafe Jr , cawangan kedua chef Kamarul 







Tabung Ayam