MR NUFF

makan hati ngan nuffnang

tunggu punya tunggu jawapan ticket ngape tak dapat cash out saya yang kena reject baru2 nie..baru plan nak guna raya nie hehehe..

mula la saya nak berpaling tadah cari orang lain...hehehe dok tengok kat blog kawan2 ada letak heartbeat.. exabytes.. 

takkan nak harap kat nuffnang jer..dah ler be pun jarang dapat :( nie kes kecewa punya pasal la nie.. udah ler saya semangat berblog nie..bile jadi macam nie daku keciwa lah... 

tapi glitteri kite tak terjejas kan??? 

nota kecil:  saya nak cr duit poket ^_^

onde-onde ke buah melaka???

salam...

ape menu kengkwan petang nie???

saya nak buat kuih buah melaka nie.. belah utara panggil buah melaka jer.. maybe sebab gula merah nie beli kat melaka kot..tu yang lekat nama nie.. kalu nama komersial onde-onde kan..

pic: pokcik google

saya suka makan kuih nie tambah-tambah bile dia meletup dalam mulut :) tapi kadang2 ada gak yang tak meletup..ada salah teknikal la kalu tak meletup ^_^ ..

nak tau cara dia masak pun senang jer.rebus air panas masuk kan kuih yang kite dah buat bulat2 dia dah terapung leh la angkat.. (saya pun dah lama tak buat, harap2 menjdi ler)

bahan-bahan pun dah beli so petang nie saya nak buat kuih sendiri..lagipun kami suami isteri dah kurang selera makan,, en babah pun nak mengempis kan perot saya lak nak mengecikkan peha :)

masak banyak2 last membuang je..syg sangat nak simpan berhari2 takut sakit perut..

gambar tak der lagi sebab belum masak :)

kuih raya rm60???

salam...

kuih raya sekarang mahal lagi dari tahun lepas kan....

alkisahnyer...

balik kampung di kuale kangsar baru2 nie singgah umah opah en babah.. en babah order kuih kat makcik beliau... satu kuih samperit rm30 100biji.. dan satu lagi kuih sarang semut rm30 50biji........ nie je kuih raya kita en babah cakap....

hancur harapan nak buat kek coz en babah taknak beli bahan2 ;(

saya,adib n amni suke kuih samperit  nie..comel2 je,memang tiap2 kali raya g umah chik anum saya suka makan kuih nie..en babah lak minat kuih sarang semut so dia beli ler sarang semut nie.. agak rumit ckit pembuatan nyer tu yg mahal..lagipun ni kuih tradisional gak kan

nota kecil : syukur dapat gak bonus leh beli kuih raya hehehe

comey sangat ^_^



cute je baby nie tido ngan meow2 ..

p/s: saya suka tengok pic kucing tapi saya takut kucing
^_^

kengkawan kenal tak???

salam maybe minggu nie saya banyak share cerita tentang sesuatu yang bagi renungan untuk kite bersama... sebab mood menulis masih tak der.. :) insyaAllah pasni saya kembali bercerita :)

 

 sumber ; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=352041571542984&set=a.127461374001006.33307.120253528055124&type=1



Mungkin kisah tentang wanita ini sudah lama bagi sesetengah daripada kita kerana telah membaca tentangnya sebelum ini dan mungkin masih baru bagi yang belum membacanya.. Jadi di sini saya nak share sekali lagi tentang kisah wanita ini.Semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah ini.

Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Jangan lupa share...:)

nota kecil : beliau dah jadi salah seorang pengacara dalam program di tv Al Hijrah..syukur ^_^

iktibar dari kisah ini...

semoga Allah menerima taubat2 hamba-hambaMu ini..amin


sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=351590214921453&set=a.127461374001006.33307.120253528055124&type=1

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah....

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....


Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

Bertaubatlah!
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” Riwayat Ahmad

Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)

untuk pengesahan boleh lah rujuk Ustaz Halim din Bahagian Dakwah Pusat Zakat Selangor

WALLAH HUA'LAM,

SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!

ke pusara anakku

salam...

minggu nie balik kampung , alhamdulillah semalam dapat g kubur azim, pertama kali terkejut ingat kubur azim hilang coz rumput panjang belum di mesin lagi...rupe-rupenya ada orang meninggal then ditolakkan nye bumbung bergerak ditepi kubur azim...

abang n kakak pun tolong cabut rumput-rumput kecil yang tumbuh...adib cakap baby tidur kat dalam nie ke bu, gelap kan kat sana...
 pejam celik pejam celik nak masuk 4bulan dah arwah azim pergi..1hb nie genap 4bulan azim pergi...

nanti bile ibu balik kg ibu singgah pusara azim lagi ye...

al-fatihah untuk anak ibu... moga anak ibu bantu ibu di sana kelak ye..amin

hati menangis siapa yang tahu...

salam...

2hari dah saya teringat kembali kepada arwah...
tapi saya cool kan jer..buat biasa jer..bagi hint kat en babah dia kata saya ikut perasaan.. ( terus saya pendam kan jer)

sebenarnya ada sesuatu yang membuatkan saya sangat2 sedih... 
saya sedar saya tak punya apa2 ...
tapi tidak bermaksud orang boleh guris hati saya macam tu jer.. walaupun benda kecik dalam situasi saya ia sesuatu yang amat terkesan..

sedihnyer :(

salam..

dah gembira sakan dah..

tup2

 

baru dapat email dari nuffnang dia cakap 1st cash out saya di rejected n dia masuk balik dalam earning saya..
kenape yer??? 
ada tak yang pernah alami macam nie ???


uhuhuh... kena cash out lain ke?? saya ada perasan bile dia kredit ke dalam akaun balik sen dia dah berkurang ckit..



xpe lah bukan rezeki saya lagi la nie ...

Ya Allah ! Semoga Allah melindung mereka

tersentuh saya tengok gambar nie


RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?

Please SHARE.

www.facebook.com/drasmadi


SAKIT PERUT

SALAM..

alkisahnyer , semalam saya sakit perut tak tahu ler sebab keracunan makanan ker ape...
yang pasti lepas sahur tu 4x lah kena g toilet , saya sangkakan saya seorang jer..rupe-rupenyer en babah pun sama kat skol 2x dia g toilet terpaksa tinggal kelas macam tue jer...
adib kat skol dia dah membuang..amni 2x gak buang ..

ape yang pasti nie jadi pengajaran buat kami sekeluarga,
 hari ahad masa berbuka ada jiran bagi juadah, ada yang saya masak, ada yang en babah amik kat masjid,n ada yang beli ^_^..
.cencaru belah belakang saya panas kan balik yang sabtu punya :)  saya masak nasi ngan buat tauhu sumbat jer..en babah amik bubur lambuk, jiran bagi masak lemak ayam.n beli laksam jer...

hehehe bayangkan benda mana satu yang sebabkan kami suami isteri sakit perut.. perut pun terkejut..
saya rasa yang salah sebab saya tak panaskan ayam lemak nie betul2 coz pagi tue kami bersahur makan kuah nie.. n masa nak bagi anak makan kuah dia dah berbuih2 ..

p/s; berpada2 lah ketika berbuka jangan jadi macam saya..walaupun tak banyak makan ^_^

RENUNGAN KITA BERSAMA


kurangkan bercakap
lebihkan ibadat 
peringatan untuk diri saya sendiri

bubur lambuk???

erm..


pic:pokcik google

sebenarnyer saya tak suka makan bubur lambuk nie...

bubur lambuk ni dia ikut kreativiti bahan2 campuran nyer , macam yang dekat kg baru tue mesti sedap sangat kan kalu tak takkan orang sanggup beratur panjang..

lagipun bubur lambuk nie time posa lah yang selalu masjid akan buat... time biasa jarang orang buat

 nie adalah favourite en babah,

en babah sanggup solat zohor di masjid semalam semata2 nak amik bubur lambuk nie ;) sebab memang boleh amik pun coz pas asar selalu dah abis

tak pernah rasa so semalam try rasa..not bad..tapi ntah ler tetap tak suke..saya suka bubur yang manis macam bubur kacang ke bubur jagung ke, selalu buat saya yang habiskan..tapi kali nie kena beli je lah posa takkan nak buat banyak2 kan beli je lah di bazar ramadan.

amni n adib pas try semalam terus suka..

tadi hantar adib g skol pun dah nampak orang masjid tengah masak bubur lambuk berkawah2 gak, en babah pesan kalu dah ada masa amik adib nanti dia suh amik 1 :)

cash out lagi ^_^




^_^

 syukur alhamdulillah..hari nie cash out lagi dari nufnnang .. rm50

tapi yang cashout dulu pun tak dapat lagi

nape ek??

memang lama ke dia nak bagi cheque??


virus dah masuk rumah !!!

salam...

hari nie hantar adib g skol lambat ckit..lagipun adib tak berapa sihat badan panas ckit n selsema...
dah lama tak kena demam n selsema , bile dah masuk skol balik..cepat jer nak demam..tapi tak tentu gak minggu lepas dua hari hantar adib g skol dalam hujan maybe time nie dia dah kena kot, dah bagi ubat ok ler ckit tak panas badan dah :) ...

ingat amni tak kena, hari ni dah tengok hingus mula kuar dari hidung amni... maknanya amni pun dah dijangkiti.. cepat-cepat bagi makan ubat, dah lena pun amni, bagi makan scott emulsion untuk antibodi kuat tapi kena gak heehehe..

semoga anak2 ibu cepat sembuh...

nota kecil: en babah pun dah ok dari sakit kepala..mintak dijauhkan lah dari migrain , hehehe nak masuk gaji pening pala pun dtg

NAFSU RAMADHAN




nota kecil: teringat zaman kecil dulu mesti penuh meja.. sebab mak abah upah dapat puasa,
tak puasa dok bawah meja xdapat makan  ^_^

air masak vs air berais vs air bergula

dah 2hari berpuasa.. saya rasa mesti kite semua suka minum minuman yang berais kan..tambah2 untuk berbuka puasa..

ermm.. jujurnye..memang minuman berais masa minum kite rasa tekak nie lega sangat..tapi sebenarnya minuman berais nie tak berapa bagus.. dia panas dalam..

saya takkan bagi dari sudut kesihatan sebab tak arif tapi saya nak kongsi pandangan ,cara mak saya , beliau selalu minum air masak suam dan amat jarang minum minuman berais dan bergula..

alhamdulillah mak nak menghampiri umur 60tahun masih sihat cuma ada darah tinggi sebab keturunan dan masa mengandung mak kena darah tinggi

air yang bergula nie lagi la tak elok kan sebab kandungan gula yang tinggi..

saya berkongsi pengalaman lepas pantang bulan 4 yang lalu saya dah tak minum minumam berais..jika ada ais saya akan tambah air panas bagi suam.. rasa selesa.. n rasa lebih tenaga ^_^

so ape kata sempena bulan ramadhan nie kita jaga pemakanan kite bermula dari minuman , saya pasti kite mesti akan berbuka dengan minum dahulu.. 
kite tukar kepada makan kurma , minum air masak solat maghrib then sambung makan...

nota kecil: ramdahan kali ni saya juga mahu berbuka sedikit terus solat maghrib.. tapi takut terus makan jer ^_^

nasi ambeng

sape suka makan???



sumber pic: en babah

masakan tradisi orang jawa..

almaklum ler sejak dok kawasan sg besar nie.. memang ramai orang jawa n banjar




saya makan nie sejak tengok jalan-jalan cari makan bersama host nyer serina tue.. nama kedai nie warung ibu.. warung ibu nie pun letak pic serina masa serina datang makan kat cni..
warung ibu nie terletak di tanjung karang jika kite dari teluk intan dia berada di sebelah kiri jalan..

kalau tengah lapar sangat kite makan nasi ambeng nie memang terbaik lah... dalam dia ada kelapa parut mee, nasi , tempe bersama suhun.. memang kenyang sangat..
letak pulak bergedil yang besar ngan ayam goreng rempah yang lembut je :)

lagi satu makan soto dia memang sedap 

selalu kami amik 1 soto 1 nasi ambeng makan 4 beranak..sebab banyak sanagt jadi tak perlu order banyak.. total termasuk air hanya rm13 jer.. air layan diri(dia letak jag air sirap,orange,tea, cuma nak air buah leh order)

kalau kengkawan otw nak ke kl guna jalan lama leh la singgah cni :)

5 ***** saya bagi 
^_^

alergi selepas operation

salam..

saat nie saya mengalami kegatalan yang amat sangat kat tangan2 yang masuk darah nie... 
ada 2orang yang  gtau saya maybe darah yang masuk tu ada yang alergi or saya nyer antibodi tak cukup kuat..

dok godek2 gak cari maklumat tentang ni takde pun cakap ada kesan sampingan... musykil gak coz ritu 10pain darah orang yang masuk..skrg baru 3bulan lebih operation..

"Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut."

masa tumpah darah ngandung arwah azim 5pain darah saya hilang.. 
syukur sebab masih diberi nafas untuk perbaiki diri..

ada kengkawan yang ada info tentang nie tak??

 

belimbing buluh

siapa suka makan??? 
siapa ada tanam???
siapa pandai masak?

^_^



dulu kat taiping ada la mak abah tanam..bile dah pindah kuale..pokok asam keping je ada ..

sedap kan belimbing nie...

 ni contoh pokok dia tak tinggi sangat tapi kalu lama2 dia jadi tinggi gak :) pokok duit2 pun tumpang sekaki nanti

masak lemak ngan ikan kembung pun sedap, buat sambal..orang kuale kangsor buat halwa.. manis sangat..
lain pada tue saya buat basuh ikan jer :)

ape kelebihan dia??

Kandungan gizi pada kadar 100g :-

Kelembaban - 94.2-94.7g
Protein - 0.61g
Ash 0.31-0.40g
Fiber - 0.6g
Fosforus - 11.1mg
Kalsium - 3.4mg
Besi - 1.01mg
Thiamine - 0.010mg
Riboflavin - 0.026mg
Karotinoid - 0.035mg
Asid Askorbik - 15.5mg
Niacin - 0.302 mg

Darah Tinggi - Akarnya dikeringkan dan direbus sehingga tinggal 1/3 air kemudian diminum.

  Sengal Sendi - Pucuknya dicampur cuka, lada dan cengkih, kemudian ditumbuk dan disapukan pada bahagian yang sakit.

Kelemumur - Ambil 11biji buah yang tua, dibelah dan digosok pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama 15min kemudian dicuci mengunakan air panas.

Bengkak Lehar / Bisul - Pucuk dan sebahagian ranting dicampur dengan bawang merah, ditumbuk dan disapu pada bahagian yang sakit.

Jerawat - Buahnya dikisar dan dicampur sedikit garam kemudian digosok pada tempat bermasalah.

Sengal - Ambil daun muda segenggam dicampur dengan 10 kuntum cengkeh dan 15 biji lada, ditumbuk lumat dan sapu pada tempat berkenaan.

Batuk - Daun, bunga dan buahnya direbus 1/2jam kemudian diminum apabila suam. Cara lain adalah bunganya, sirih, daun saga dan bunga cengkih ditumbuk lumat, dicampur dengan air kemudian ditapis dan diminum airnya.

Dengan memakan buahnya secara berterusan dapat mengelakkan masalah kencing manis, pencernaan dan melawaskan buang air.
 
kan banyak khasiat nyer.. :)
 
sumber bahan :  http://wanizz.blogspot.com/2011/04/khasiat-dan-kelebihan-buah-belimbing_26.html

sumber pic: poksik google

baru start nak pose tapi???

alkisahnyer..

masa antor adib g skol tadi..terdengar lah kaum2 ibu yang mengantor sama bercerita..
kau tempah langsir kat mana.. aku tempah kat si.... dia amik upah mahal betul..kain aku punya tapi upah je sampai beratus... 
yang sorang jawab aku jahit sendiri jer...

hehehe tersenyum saya dengar... 
sebab saya tak pernah pun bile nak sambut raya tukar semua... ni kat umah pun tak pasang langsir dah, pas umah kena pecah masuk..sebab guna langsir yang mak bagi tebal sangat..tak sesuai ngan umah kami yang tingkap kecik jer..pastu pencuri buat keje malam2 org tak perasan lak..

entah lah bagi saya bile dah ada anak2 nie preparation memang untuk anak2 jer.. zaman dah berlalu kot..
saya cuma plan nak buat kuih raya sendiri buat kek..n beli telekung baru.. 
^_^  
tunggu lampu hijau en babah tentang budget.. 
lagipun anak2 suke makan kuih raya n kerepek..
kang tak buat sian lak kan..

ape perancangan kengkawan??

hehehe saje je cite pasal nie..posa pun belom..

nota kecil: sebenarnya saya dah 2hari teringatkan arwah azim.. sedih tu datang dengan sendirinya..walaupun saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya





pucuk ubi rebus vs sambal

ermm..

menu tgh hari nie sebelum menyambut pose.. :) saya kutip depan umah mak engku tadi, rasa dah amik banyak bile dah rebus alaaa.. dapat ler makan ckit jer

 makan lak ngan sambal berair2 ckit.. memang terbaik lah :)



sambal nie tak letak belacan coz en babah tak boleh makan belacan kang asyik bersin jer..
memang belacan dilarang masuk dalam masakan saya dirumah :)


salam ramadhan 1433H

SALAM HARI JUMAAT..

ESOK KITE SEMUA AKAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK..

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA SEPANJANG KITE BERHUBUNG DI ALAM MAYA ADA MENGGURIS HATI NALURI..

MAAFKAN SAYA 
^_^




agar-agar kering

nostalgia sewaktu buat kuih nie ngan arwah tok. lagi bape hari nak raya mesti arwah tok dah sibuk buat benda nie.. saya yang jadi mangsa kena jemur.. masa nie kami dok di bgn serai ..rumah 2tingkat atas bumbung awning kami letak agar2 nie...

arwah tok dah tak der.. dah lama tak makan agar-agar nie..paling senang nak buat cuma perlu ada agar2 dan gula.buat banyak warna.. jemur sehingga agar-agar kering dan berkilauan..

tu semua kenangan.. nak buat sekarang pun rasanyer orang dah tak buat.. kena buat sendiri lah 
^_^



sumber: pokcik google

saya puasa penuh tapi tak mengandung????

salam..

kengkwan yang follow cite start saya ngandung  arwah azim tahu lah kenapa...

saat nie dah 3bulan lebih saya tak de bendera merah lagi... ^___^ 
jika rezeki saya ada saya skrg kandungan dah 9bulan lebih.. dan akan bersalin 17hb 8 nie..

Allah Maha Besar 
 

akibat tumpah darah sewaktu 21 minggu april lalu saya dah menjalani operation yang dah menyebabkan saya tak der datang bulan dah...tiada lagi senggugut.. no pad..

saya rasa mula2 macam tak normal jer... sedangkan en babah cakap takde ape pun yang lain..oppss jangan salah faham bab lain ek.. 
saya rasa rendah diri jugak pada awal nyer..cuma skrg saya dah rasa lebih cergas bertenaga... orang pun tak tahu aper yang kurang kat saya..syukur alhamdulillah..

so start dari tahun nie jika ada rezeki saya memang akan berpuasa penuh..insyaAllah...

ramadan kali nie jugak saya nak cuba solat terawih di masjid ..harap2 adib n amni tak meragam.. coz deme dua orang jap jer ok..kalu lama2 mula la buat hal... 

pesan mak .. bawak bantal , air , makanan siap2.. n dok saf hujung sekali.. senang nak jaga anak..
moga-moga tercapai cita2 saya ramadan ini..

p/s: dah start beli kurma ker??? kami sekeluarga pilih yusuf taiyoob ^_^


peringatan untuk saya dan anda semua

^_^
bunyi ayat macam nak marah jer..

tak lah..

jom tengok..


selamat berpuasa...

petang nie nak tengok ank bulan kan 

nota kecil : insyaAllah jika panjang umur tahun nie start pose penuh

maafkan ibu nak

ermm.. sape pernah baca tentang entri amni buli abang, amni rosakkan basikal..

sebenarnye naluri keperempuanan masih ada dalam diri anak ibu nie... 

maybe terbawak2 cara main ngan abg dia kot..

ni masa amni main sorang-sorang

jom tengok ape dia buat...




amni ngan bear2 beliau




ooo..amni tidokan bear2 rupenyer...

dia siap pok pok macam kite bagi dia tido jer...

hehehe makna nya anak ibu tak ladybrut ler...

maafkan ibu nak :)

akhirnya...saya jadi ahli juga



saya jadi ahli setelah melihat katalog2 nyer hehehe



disebabkan minat ngan handbag.. saya jadi ahli..nie bakal adik ipar yang buat dulu then adik ajak join.. cantik2 gak handbag nyer..

ok lah rm15 seumur hidup tak beli barang selalu pun tak pe n dapat diskaun 20% lagi...
lagi satu yang best dia akan renew katalog setiap 45hari..

ada sape2 minat nak jadi ahli untuk pakai sendiri tak??? heheh promte lak.. saje tanya je

giler cite korea lak...

salam.. 

ppsssst pas entri semalam en babah buat sume tak suruh ibu dah hehehe syukur alhamdulillah..

sape suke tengok cite korea????

saya masa ngandung adib dok dalam kem memang layan cite korea nie ngan roomate... memang best cite my girl ngan full house kan..

setelah lama berlalau say ngan en babah giler tengok cite glory jane kat 8tv lak 

^____^

 
malam nie cite kemuncak dia nie..

harap2 cepat la habis.. nak posa tak mau tgk cite korea dah.....

sape suka tgk cite korea.. senyum :)

sikit2 ibu.. :(

hari ke 3 adib g skol.. jadual ibu n en babah terlari sedikit..

pagi2 saya bangun awl buat breakfast untuk kami sekeluarga.. bile adib dah start g skol.. 

adib celik je ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

en babah : ..ibu tengok adib...

bile amni bangun.. en babah cakap ibu amni pun nak mandi

bile adib kencing tilam.: ibu nnt basuh ye babah tolong angkat jer

semua ibu..ibupun ada keje ibu..yang mana en babah boleh buat tak payah ler ibu..... uhuhuh...

bile en babah dengar saya ngomel semua ibu jer... en babah datang..

beliau berkata-kata:

"ibu kan paling penting dalam lagu pun ada lagu ibu jer.. oh ibu, ummi..." sambil senyum..(nak amik hati ler tue..)

saya jawab ape...:

ada lagu untuk bapa gak...

"ayahku kawin lagi"

gelak besar en babah... sabor je ler..

sekian




setelah 2tahun berlalu

erm..setelah 2tahun berlalu..

masa posmen hantar surat selit kat pagar saya tengok dr dalam rumah jer..surat tesco ler tue kang baru amik lah.. saya buat tak tahu jer..masa nak g amik adib baru saya amik surat..
Allahuakbar... 

saya dapat surat interview :) syukur,gembira,takut, sedih macam-macam ada...bile masa lak guna alamat umah sewa..saya sendiri dah lupa.. rupe-rupenyer

saya apply keje nie masa bulan 1 aritu.. 
tak mengharapkan ape2 pun sebab saya pernah g interview jawatan pembantu tadbir kewangan w17 spp.. setelah mintak keje ngan degree dah susah nak dapat..saya apply je guna spm..  tapi sedih sebab penemuduga dah condem awai2..awk mintak je keje yg sama kelayakan awak.. :( awak tak dapat kpli sebab result awak tak bagus.. (tapi pointer saya lagi tinggi dr en babah ngape dia boleh dapat hehehe..) n
    keputusan nyer saya gagal..walaupun saya jawab setiap pertanyaan... kalu gagal mestilah tak jawab pe2 kan..at least calon simpan ke hehe... tak pe saya anggap bukan rezeki saya...

tapi sekarang spa dia bagi sape yang ada degree apply yg spm nyer keje... ha kan dah boleh skrg..dulu tak boleh lak.. cuepacs tgh nak fight tak bagi org degree apply jawatan spm..(kesian la kat kami gak )

kali nie saya dapat interview pembantu pengurusan murid n17 under spp gak... :) saya dah tak menaruh harapan yang tinggi dah..tapi en babah cakap buat je persediaan ckit2..insyaAllah saya akan buat persediaan yang lain saya serah pada Yang Maha Esa.. andai ini rezeki saya permudahkan lah urusan saya..amin

saya kena interview nie dekat shah alam di jpn selangor... 7.8 , bulan puasa nie.. moga2 berkat ramadhan yang akan tiba nie ada rezeki untuk saya insyaAllah...

p/s: doc ada pesan suruh saya sibukkan diri supaya fikiran saya tak terlalu fikirkan ape yang dah jadi kat saya.. ermmm.. hati menangis siapa yang tahu kan... ^_________^ taknak sedih2 dah

amni jadi anak yang sopan santun???

gggrrrr..

nampak tak macam mana amni melarikan diri dari basikal yang telah dipatahkan nye..

leper basikal nie dibuatnya..adib punya nie..saya suruh buang en babah cakap nak repair ada nilai sentimental... last2 terus terbelah dua hehehe..




amni dari dalam perut tangan nyer berbisa dan ajaib.. ibu nyer czear sebab tangan dia jugak yang nak keluar dulu..doc dah belah perut pun tangan dia yang shake hand dulu.. amni2..

semoga jadia anak yang ayu n solehah yer..tak mau ganas2 :) lagipun ibu hanya ladybrut bukan brutal ;)

ingatkan dah tindik subang jadi sopan santun ...

ikan terubuk masin

sape suke makan???

harinie saya goreng ckit.. tapi bawang lebih.. masa mengandung arwah azim(jika hidup hari nie genap 9bulan 1h arwah azim dalam perut) sedih kan.. tapi biarlah saya sorang je sedih kan :) 

saya pesan kt kawan di sarawak..pesan 2ekor kawan bagi sekor lagi tapi sempat makan ckit jer.. en babah bawak balik kat ipoh coz masa tu saya pantang mana boleh makan..

tapi udah rezeki saya, ada kawan en babah balik kg kat sarawak bagi 2ekor.. dapat la makan..walaupun tak sama macam member saya beli..

saya n en babah suke letak bawang banyak2 ^__^


ikan nyer goreng ckit je bawang je lebih.. dapat kat en babah dia sapu semua bawang hehehe

adib dah jadi rajin ^_^

syukur alhamdulillah...

benarlah pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya..


dah kembali cantik mewarna :)


balik-balik dari skol terus sambung mewarna


tak sia2 kami buat paksaan..bagi ganjaran n buat tipu helah(tak baik menipu ) untuk bagi adib minat balik ke sekolah..bukan pe..
masa main layang2 petang2 adib nak bermain pun dia takut kat orang...
so kami mengambil keputusan menghantar nyer kembali ke sekolah..lagipun cikgu tak potong nama pun lagi..

kawan-kawan adib pun rindu kat dia..3bulan dah tak g skol.. hari nie hari ke 2 adib kesekolah...
masa ambil adib tadi
yang saya terkejut sangat ada kawan perempuan kiss pipi adib(adib memang pemalu )..oh my God!!.sekali takpe gak nie dua kali.. haru nie..setakat bersalam ok la kan..kecik lagi tak pe la ibu tak marah..besar...terus ibu cakap nooooooo!!!
p/s: adib dah buang air besar di toilet dah :) kena sabar layan karenah jer



kus semangat akak..deknon..


cite entri kelakar lak..

malam minggu ritu g kenduri tahlil umah cikgui di sekolah en babah, 

alkisahnyer.. kenduri abis kul 10lebih 1st time g tahlil kat cni lama juga amik masa..before nie dok ingat en babah g lepak ngan kawan je kalu lambat balik..(amik kena perli ngan en babah bile dah terkena sendiri)
masa nak balik umah macam biasa saya tukang buka pintu pagar... so eksyen je ler buka dah biasa la katakan..

tiba2
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa






saya tutup pintu pagar cepat2 
en babah sedap2 je dok dalam kete gelak kat saya ..
tahu tak nyaris2 tak kena kejar anjing..dua ekor menyerbu jer kat saya sebab before tutup pintu saya ada jerit kat amni dok dalam kete jangan ikut ibu.. anjing tu terkejut kot gamaknyer terus datang nak serang...aaaaa fobia sangat..anjing nie pun satu bukan tak kenal saya..maybe nie 1stime dia tgk saya pakai baju kurung kot hehehee

moralnyer: pasni perhati dulu kiri kanan agak line clear anjing tak der baru turun..tak pun suh je en babah buka hahahaha(gelak jahat)

BE saya dah jadi ME :(

waaaaaaaaaaaaa...

jap jer en BE NIE DATANG TAKMO DOK LAMA2 kat umah saya...


sedih nyer..dah ler baru nak merasa BE lama2..

apepun syukur padanyer..

coz saya nyer duit nak tunggu bape ringgit jer lagi nak cash out rm50...



cek rm50 ritu pun belum dapat lagi , ada hati nak cash out lagi hehehe
nie semua pas saya sihat dari berpantang rajin kan dirblogwalking dah..dulu saya tak blog walking pun hehehe

harap-harap pasni en BE sudi datang kerumah saya lagi :)
 

senyum itu kan sedekah ;)

salam

wah hari nie jadual saya dah berubah..syukur adib dah start g skol semalam..so hari nie saya ada tugas baru untuk menghantar dan mengambil adib di sekolah.. kite start dengan entri ini dahulu..

biar orang nampak kite ceria diluar didalam biar antara kite dengan Allah sahaja yang tahu..mengadu padaNya lebih bermakna n tenang(saya cakap untuk diri saya ) 



so ape lagi 

^________________________________________^

senyumlah
bukan kena kuar duit pun..tambah rezeki lagi ada lah
sape sokong???

p/s: cuma jangan senyum sorang2 udah yer..tu lain cite lak ;)


siput sedut yang tak boleh disedut


pic: en google

alkisah sabtu baru nie teringin nak maka siput sedut..suh la en babah beli kat kedai biasa beli tue.. en babah g kedai tu tak jual , dia g kedai yang saya dah pesan awai2 jangan beli..
tapi dah kedai tue je yang ada..en babah beli ler rm3 ..ala tak seberapa je dapat...

yang sadis nyer.. siput nie puas la kami suami isteri menyedut..tak kuar2 dalam 10 biji ada la 2je yang dapat isi.. en babah dia kumpul mana yang tak dapat sedut di ketuk ngan anak lesung batu..hahahaha takut kempunan nak makan ler..rugi ler kan walaupun rm3 kan jadi kes naya

tengok2 dia potong muncung atas tue kecik jer..mencorut je mulut kami menyedut...

saya gtau en babah kite beli sendiri biar ibu masak jer....

kol mak tanya cara masak macam mana..mak ckp rendam semalam nak buang ape yang tak patut..

hahaha tu yang takut tue..takut di merayap..g pasar cari pun tengok dia nyer melekat je kat plastik..

last2 en babah cakap nak makan kite beli jer..hehehe

p/s: saya memang suka makan siput sedut selepas pandai menyedut kuar..

sesekali layan sardin

menu tengahari nie saya masak sardin jer.. 
sesekali bile dah kering idea sardin pun sodap kan :)

tapi saya tambah sedikit cili merah, tomato, air asam ..nak bagi pedas saya letak sambal 2hari lepas hehehe baru kaw..


nampak merah menyala kan..cili banyak nie.. 

selamat menjamu selera

sasaran seterusnya periuk vision ^____________^

jangan salah faham

kali nie bukan peraduan tau..

nie target seterusnya..
en babah nak belikan tapi bukan sekarang..
stamps nie dapat sebab guna membeli belah baju araya adib n amni baru2 nie.. kami dapat 15stamps.. actually 10stamps untuk pemegang kad bonuslink dah layak beli.. tapi en babah suruh tunggu dulu sebab nak tgk budget.. en babah memang tgk budget jer.. uhuhuh..

harap2 dapat ler yang paling besar..hehehe..yang kecik dah ada mak tercinta juga bagi masa kawin..





dapat jimat harga ckit, kita mesti bijak berbelanja heheheh

p/s : syukur hari nie adib start g sekolah setelah berperang suara dgn ibu nyer hehehe

timbang blog anda???

salam..

anda pernah timbang blog tak?

saya taknak bagi berat blog so saya buang header heheheh,,last2 pakai yang simple macam ne jer..

laju tak nak loading??


laju gak kan..

nak try cek leh tgk kat cni

baru senang kawan2 nak blogwalking kan tak tunggu lama2
 ^____________^
selamat menimbang blog anda


saya dah ambil set corelle saya ^__^

salam...

jumaat baru-baru nie, saya dah g ambil hadiah yang saya menang..berpeluh gak nak cari..saya drive sampai sesat..last2 bagi en babah drive balik..takut laa jalan kat kl..banyak kete n kena pandai2 masuk lorong kalu tak sesat... 

tapi bile dah jumpa  menara milenum  kol cik farah dia cakap dia tunggu kat lobi so tak payah g level 11..huhu orang pertama yang amik hadiah tau hehehe..lagipun tempoh nak ambil sampai 25hb jer..

dapat 16pcs ..bertambah koleksi nak buka pun sayang hehehe..

jom tgk pic..

teruja sangat



keratan akhbar yang saya menang saya simpan :)


apa yang saya dapat..pic ni blur ckit


asalnya tak nak buka pun kotak nie.. tapi en babah ckp check kot2 takut pecah.. wow.. memang i like.. nak beli tak mungkin kot harga nyer teman tak mampu.. almaklum ler dah tak koje :)

so saya dah kumpul 2koleksi corelle ^__^ yang plum sebelum nie hadiah kawin daripada mak tercinta
cukuplah koleksi nie..

periuk tekanan mana yang sesuai

pening kepala nak fikir mana yang terbaik..


kami sekeluarga suka makan sup tulang, selalu saya akan masak dalam periuk biasa jer tapi ambil masa 1jam gak nak empuk betul-betul..

kalu ada periuk tekanan cepat ckit masak n tak banyak gas yang kena gunakan..
adakah perlu kite beli yang kapasiti besar terus.. yang mahal.. or cukup sekadar janji ada periuk tekanan.. saya dah google rata-ratanyer mahal jugak kan kalu nak yang terbaik..
menang glassware ada jual mak cakap ok jugak..

saya risau satu dengan periuk tekanan nie..kalu dia meletup..coz masa kenduri kat kampung baru-baru nie adik sedara dah terkena air panas bile periuk tekanan nie meletup..maybe over sangat apinyer..

kengkawan ada pengalaman guna periuk tekanan nie??
 jom share ^_^

nyummy !! pencuci mulut






hanya
guna buah peach , kiwi , oren
^_____________^

adib sorang je dia sapu licin..

buah-buah kalau dicampurkan dengan pelbagai variasi warna memang kanak-kanak suke..

p/s: tq pada adik ipar saya cara potong buah oren yang menarik :)

cameron highlands aku merinduii mu..


seronok nyer tengok orang g bercuti.. sana sini citer tentang percutian.. 



cameron dah 5tahun tak g..nie lah tempat terindah saya g.. masa kami honeymoon.. 
masa tu kami tido di heritage hotel







sekarang anak dah 3 pun tak dapat ke sana lagi walhal balik ipoh leh je kalu nak singgah jap kan.. masa ngandung arwah azim lagi saya dah ajak en babah tapi dia dok ckp nanti lah.. budget bercuti tak der.. :( diam je lah kan..menteri kewangan ckp tak boleh.. tak kan nak paksa..

harap-harap pasni ada rezeki kami ke sana

cameron highland tunggu kedatangan kamiiiiiiiiiiiiii

siapa tau cara buat reply macam nie

salam...

siapa tahu buat macam nie..

kak tie , pinjam blog jap ek


comey je gugurl tue..

nak buat macam nie, harap ada info dari kawan2 ^_^

1st time buat kerabu mangga

^_^

cukup la ga saya join rini..



saya buat kerabu mangga untuk en babah coz en babah dok gtau resepi dalam paper berita harian semalam.. saya dah gunting..memang kumpul resepi.. aper rasa tak tahu lah..coz saya puasa.. saya nak tengok sama macam mana perut kalu posa pas operation..mula2 dulu saya sakit perut..ni dah ok tak rasa aper dah kat tempat operation..

kali tak dapat nak bagi resepi kena tunggu apa en babah komen dulu ;)


Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize~~


saya nak join ga nie.. setelah menjadi mangsa tag duckface hehehe

saya pilih wang tunai rm50 bukan mata duitan tapi leh wat belanje heheh

saya nak tag

en eddy
cikgu mastora
kak tie


nak join pukul cik buaya senyum dibawah

"GA Simple GreenyHouse..Yeay!"



PICIT KALU NAK JOIN ^_^

SALAM..

GA SAYA DAH BIE..NAK JOIN GA ORANG LAK.. KALI NIE NAK JOIN GA MUMMY :)..
BERMINAT JOM TERJAH SANA

GA NIE ABIS 19 JULAI NIE

SEMOGA ADA REZEKI KAMI ..AMIN

keputusan 1WEEK GA

SALAM..

tanpa melengahkan masa di sini saya umumkan pemenang majalah HIJABISTA..

SAYA MENGGUNAKAN KHIDMAT 
EN RANDOM UNTUK PEMILIHAN PEMENANG 
^_^

TADAAAAAAAA

 TAHNIAH !!!


*
*
*
*
*
*
*

 
sape tue??
leh check kat cni yer..


pemenang bagi detail
nama, alamat dan no tel(wajib tau nak pos laju)
 ke 
nooradina@gmail.com

Tabung Ayam