MR NUFF

Ziarah kubur Azim

Salam


Lama saya sepi... Masa begitu mencemburui , minggu ni siapkan order popia nestum dan sira lada disamping kraftangan , kena menghadiri taklimat ... Dan menerima perkhabaran yang menggembirakan tapi saya akan berkongsi bila tiba masanya ... 

Alhamdulillah dah selamat sampai Ipoh , hampir sebulan lebih saya tak pulang ke Perak dan menziarah kubur arwah aZim, sesungguhnya ibu tak pernah melupakan mu anakku sayang, walaupun ibu tak dapat melihat wajah dan mencium mu Kau pernah berada didalam rahim ibu dan itu lah kesudahan ibu menjalankan tugas seorang wanita dan isteri... Sekarang ibu ada tanggungjawab yang besar bersama babah untuk membesarkan abg dan kakak mu..  Tak terasa sudah hampir 2 tahun kau pergi menemui Ilahi ... AZim
Setiap kali ibu tulis tentang mu wahai anak , pasti airmata ibu akan mengalir... 

Nota kaki : Abdul azim b hasmardy pergi mu membawa rahmat... 

Pelik tapi Benar

Salam

Subahanallah , saya share gambar Dari fb 


Nota kaki : besar sungguh ciptaan Allah

Hasil Jari Jemari

Salam
Lama tak update blog
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini
Syukur minggu ni segala rancangan berjalan lancar 

Terima kasih juga pada rakan guru disekolah yang order lagi kerepek popia sira saya , bapaknye suka , alhmadulillah , sepupu di kampung pun ada order jadi boleh lah minggu ni bilik Ipoh saya bawa. En babah pun suka dan kena buat lagi sebalang untuk beliau.. 



Hasil jualan untuk ppki pun bertambah lepas saya ajar cara buat kerongsang untuk kumpul duit tabung ppki , ilmu harus di sebarkan , bila saya pindah senang kawan-kawan lain nak teruskan 

Cheese oreo pun sempat buat untuk kami anak beranak


Kali ni buat besar dari hari tu 



Nota kaki : Rasa kepuasan bila kita buat dengan jari Jemari 
Dan dapat hasil  




Cheese Oreo

Salam 

Saya buat bersama en babah , sekali hadap abis ;) 

Nota kaki : bila mood menaip ke laut

Borong Lampu di House Of Lighting Puchong

Salam

Penat tak abis lagi ni , g Puchong beli lampu , buat kerepek popia yang di order , buat Oreo Cheese dekat Family , memang rasa penat sangat 

Cuci mata tengok lampu- lampu yang ada dekat sini , rambang mata , boleh sakit leher dok dongak je


Saya pilih lampu ni untuk tiang rumah di depan


Yang ni pulak untuk lampu pagar konon nak macam Jepun style hihi


Kat sini adib dan amni nak lampu lagi sedangkan dah beli dekat ikea diaorang punya, adib dapat ultraman , amni punya donold duck , tapi dia punya abis atau amoi tu lupa nak letak 


Hello kitty amni nak masa dah nak bayar , tak beli le jawabnya , babahnya kata beli kat Ipoh je nanti , tempat penyangkut tuala pun dapat beli untuk bilik air 


Berbaloi jugak harga nya , kami tambah lagi dengan kipas yang masih belum cukup .


Nota kaki : nanti saya balas jejak kawan- kawan ye 


Chicken Chop Chiq Dina

Salam

Menu dinner malam tadi untuk keluarga tersayang , favourite en babah , dah belajar dekat Kolej Komuniti Sabak Bernam baru -baru ni , jadi saya Cuba buat sendiri 


Salad je tak De ^___^ 

Kerepek Popiaku Di Order

Salam

Ingat tak entri saya pasal amni abiskan kerepek popia bersira tu , al kisahnya saya buat lagi sebalang dan sebahagian nya saya bawak ke sekolah , dah diaorang makan ada yang nak tempah , untuk raya lah untuk makan saja , saya tak terfikir ada yang nak tempah , jadi saya ambil lah order ... Walaupun 1 je order , semangat terus datang nak buat jual terus ;) 


Nota kaki : walaupun bidang kerja tak sama dengan kos yang diambil tapi bisnes jugak yang jadi side income, sesungguhnya menuntut ilmu itu tidak sia-sia 

Bawak Bekal

Salam

Alhamdulillah dapat bawak bekal kembali setelah minggu lepas tak sempat bawak bekal , aktiviti kat luar , dan akibatnya rm5 melayang hanya untuk nasi separuh ikan keli dan sup ( tak pe rezeki akak kantin) sebab tak berbaloi sangat , itu lah 1st time saya beli di kantin untuk tahun ini . 

Hari ni menu kami dua beranak adalah bihun goreng ;)


Nota kaki : kek gula hangus yang pertama lagi lembut dan sedap dari yang kedua , ;)

Kerepek Popia Bersira

Salam

Entri pasal makanan lagi , semalam saya sempat juga buat kudapan depan tv , saya Google je resepi nya , saya buat dalam 10 gulung kulit popia , sebab ni pertama kali saya nak buat .

Amni suka sangat , sampai kite kena Mintak setiap kali nak makan , apa tak nya balang tu dia yang pegang 


Tak penuh pun , nyum2 


Amni Suka benor , sebab saya tak buat pedas sangat , lagi pun letak gula ada rasa manis - manis kan


Abis sudah ... Minggu ni hero- hero nak balik kena buat banyak lagi .

Nota kaki : en baba suka aiskrim goreng kena buat awal jugak ni 



Buat sampai jadi

Salam

Al kisah nak buat kek gula hangus..

Macam ni 


Tapi saya buat jadi macam ni


Pertama kali buat 

Memang tak sama langsung kan 


Hari ni saya buat lagi 

Dan akhirnya berjaya



Bandingkan 


Jemput makan

Makan dua beranak je , ada yang bagi kat jiran ckit dan esok nak bawak untuk anak- anak ppki ;)

Nota kaki : kena perap lagi lama pasni untuk sarang yang lagi banyak hihi 






Kursus Pendek : Chicken Chop

Salam 

Wah Malas betul nak update entry , sebab asyik tido awal je , semalam saya bersama Murid ppki Dan guru ke Kolej Komuniti menjalankan kursus jangka pendek membuat chicken chop 



Dapat sijil ;) , join dengan Murid yuran hanya rm5 , kalau yang formal rm10 jimat , sijil pun Dapat 


Boleh la buat chicken chop Kat rumah dah 



Tadaa ... Dah siap untuk di makan 



Kita Meminta Hanya Dia yang Memberi

Salam

Kadangkala tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan, Dan Setiap musibah yang kita hadapi Ada hikmah yang tersembunyi , berhenti mengeluh 

Peringatan buat diri ini 






Hijau yang nyaman

Salam


Sabtu yang lalu sempat kami sekeluarga ke ikea , ramai betul orang , ambil kesempatan cuti tahun baru Cina ;) . 

Dalam dok cari lampu di dining rumah kami , saya Dan en baba bekenan dengan pokok keladi ni , comel Harganya pun murah rm1.90 sepokok Dan pasunya rm1.50 Sahaja , berbaloi sungguh harganya Dan kami beli dua pokok , untuk diletakkan di ruang dapur , en baba dah cakap dekat dapur dia memang nak letak pokok kecil. Semoga pokok keladi ni tumbuh dengan baik.

Nota kecil : banyak blog yang tulis house of lighting dekat punchong lampu Nya murah Dan cantik , pernah pergi sekali tapi dah tutup pulak masa kami sampai

Tabung Ayam