MR NUFF

Setahun sudah arwah azim pergi....

Salam..

Mood agak terganggu... Sedaya upaya saya tak nak terlalu sedih.. Bile terkenang kembali 31hb lah malam kejadian yang saya sakit teramat sangat ... Dah akhirnya dia awal pagi 1 april 2012 ...anakku pergi dijemput Ilahi , ...

Dan minggu nie Allah berikan kegembiraan dengan hadiah pertandingan yang saya sertai..malam nie gugur juga air mata ku....

Alfatihah buat anakku Abdul azim b.hasmardy.... Pusaramu sudah ibu n babah kunjungi... Terasa lagi tendangan mu di perut ibu...pergi mu memberi hidayah buat ibu bapa mu....

Benarlah Allah dah janjikan setiap musibah pasti ada hikmahnya....

Alhamdulillah...

Nota kaki; masih tak berkesempatan pergi membalas jejak... Hari nie drive balik ke sg besar bersama amni...

Minggu menerima hadiah

Salam..

Minta maaf buat kawan blogger masih belum sempat menjenguk kawan-kawan... Insyaallah pasti akan saya balas jejak rakan-rakan...

Harini rezeki saya terima hadiah dari pertandingan kumpul dan menang majalah mingguan wanita, hadiah dari avon telah selamat saya terima.

Nota kaki :harus pulang ke Ipoh untuk mengambil kelabu ku...

Alhamdulillah menang lagi hadiah dari majalah pa n ma

Salam...

Alhamdulillah... Hajat hati lepas exam ja semalam nak ambil hadiah yang menang dari majalah rapi.. Tapi Selasa lepas dapat kol dari pa n ma cakap saya ada menang contest playskool pa n ma.. Dapat lah dua beradik nie main...

Susu dutch lady easy mix pun dapat banyak ..tshirt lagi..mangkuk berlipat

Entri ringkas berkongsi kemenangan dengan rakan2 maya ku...






Menikmati Secawan Kopi Yang Comel.....

Salam..

Minggu yang bz di padang Kompleks Sukan Sabak Bernam sebagai urusetia hadiah... alangkah seronoknya dapat menikmati secawan kopi yang comel :)


nota kaki ; sayang lak nak minum meow nye comel ;)

Tips Memilih Telekung

SALAM
TERDAPAT 7 TIPS MEMILIH TELEKUNG.. JOM KITA SAMA-SAMA BUAT PANDUAN

1.Pastikan saiz muka betul dengan si pemakai, agar rasa kemas dan selesa ketika menunaikan solat.

2.Pastikan telekung itu tidak terlalu menonjol dengan hiasan kerawang atau corak kerana di kuatiri mengganggu kekusyukan jemaah lain ketika solat berjemaah. Pastikan ia kurang kira-kira 20 peratus dari keseluruhan telekung.

3.Sebaik-baiknya telekung bewarna putih kerana warna putih lambang kesucian dan kebersihan.

4.Pilih telekung dari jenis kain kapas. Ia lebih selesa dan menyerap peluh. Ini akan menjadikan telekung tidak berbau busuk.

5.Pilihlah telekung yang punyai beg khas. Mudah untuk dilipat dan disimpan. Telekung yang banyak sangat kerawang kadangkala sukar nak lipat dengan baik.

6.Elakkan memilih telekung yang ada hiasan sekitar wajah, ia boleh ganggu kusyuk solat . Jika pilih kerawang, ia akan buat si pemakai rasa kurang selesa.

7.Kainnya mestilah jangan terlalu nipis hingga menampakkan bentuk tubuh. Telekung bertujuan untuk sorokkan bukan untuk serlahkan bentuk badan ketika solat.

 UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN KLIK LINK DIBAWAH
KREDIT TO : ANEKATELEKUNG

jalan-jalan cari makan di parit 9

ermmmm gara-gara tgk sherina jalan-jalan cari makan kat tv3 tahun lepas..rupe-rupenya kedai makan Lembah Bernam nie dok seberang jalan umah je.....semalam aku cuti masak...akhirnya dapat makan makanan esotik..landak,kijang ,rusa, pelanduk..udang galah..tapi kami makan kijang n landak jer...hehehe budget ma..nie pun dah kena rm49..3 beranak makan n amni makan ckit-ckit..
boleh tahan gak rasanya..aku pilih rendang landak n kijang masak kicap..yang biasa lauk ikan sepat masak lemak cekur ,ayam kampung goreng berempah serta set ulam -ulaman..tempoyak nie pergh memang sedap ..
jering en eddy makan ..mau dia p cari lagi jering tak puas makan..then dapat la kat pasar malam Pasir Panjang


kijang masak kicap panas ckit bila makan


rendang landak isinya lembut je n rasa macam daging nye lemak


so ape kata korang lak cuba..... sediakan ongkosnya aja

Jonker Walk @ Melaka

salam...



kenangan sewaktu balik dari Muar Johor kenduri adik.. kami sekeluarga singgah sebentar di Melaka..

macam-macam ada..masa nie diorang tengah buat persiapan untuk menyambut CHINESE NEW YEAR..

Beli Huggies Pantz dapat Pelampung

salam..

just nak share.. kalau ada anak-anak kita pakai huggies dry pants.. beli dua kita boleh dapat percuma pelampung mainan yang cantik nie..

wow2..saya dah teruja

Dapatkan pelampung untuk bayi anda dengan pembelian 2 pek Huggies Dry/Huggies Dry Pants Super Jumbo Pack dari AEON Big hari ini! Sementara stok masih ada.

tapi sayang hanya dekat AEON Big jer..

kat Sg Besar nie tak de :(

Fungsi Berus Solekan

salam...

bagi yang gemar bersolek atau baru ingin berjinak-jinak dalam solekan diri macam saya jom, ketahui fungsi setiap berus solekan untuk setiap sudut wajah...

yang tahu berus kening jer hehehe 

nota kaki : hasil carian.. dapat info ni

3 alat mekap wajib ada??

salam...

perempuan or wanita tak dapat dipisahkan dengan mekap.. saya juga tak terkecuali setelah bekerja..

ape yang saya selalu bawak dalam handbag.. 3 mekap nie.. bedak kompak,.pengilat bibir bewarna dan eyeliner.. perlu ke semua nie??? pendapat saya tak perlu bawak banyak-banyak alat mekap nie.. cukup sekadar untuk oleskan agar tak nampak pucat..

jom share mekap ape yang kawan-kawan suka bawak :)


i love u

salam...

bilakah kali terakhir kawan-kawan ucapkan pada suami??? :) 
(malu jugak yang benornya nak cakap)



sejujurnya sejak duduk berjauhan nie..rasa macam zaman bercinta pulak...

tiba-tiba semua kenangan masa dok sama teringat.. nak tunggu jumaat lagi 2hari ;)

nota kaki: entri rindu seorang isteri ^_^

wordless wednesday..


AS BEAUTY ....

SALAM...

erm..sejak saya kerja n ada duit sendiri.. macam-macam benda dah saya beli..patut en babah perli ..dulu tak keje dok ngadap meja menjahit jer..nie bila dah kerja ..ikut orang hehhehe...

bukan ikut orang tapi sebab dah ada duit baru berani nak beli..nie pun setelah dengar pendapat n lihat sendiri kawan-kawan yang pakai..


nie lah set nyer..ada krim malam, krim siang , sabun pencuci..

tengok sabun nie dipotong untuk penjimatan... :)

alhamdulillah dah nak masuk minggu kedua pakai.. serasi.. tapi bile minum esp ada gak jerawat2 naik.. kena minum air kosong banyak2 ..

nota kaki; pasni taknak cepat terpengaruh dah uhuhuh

Petua Tradisional Untuk Merawat Senggugut

salam...

walaupun saya dah tak alami senggugut..saya nak share satu petua dengan kawan-kawan




Pilihan 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Pilihan 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

sumber:FB

kena gaya .. peti ais ku jadi cantik :)

salam...


entri kali nie nak tayang peti ais ngan tupperware freezer yang baru dibelu n dibuka kotak..
sebelum nie sayang nak guna hehehe.. 

peti ais kecik jer pun..nie pun beli ngan duit gaji pertama bulan 1 hari tu.. alhamdulillah dapat jugak akhirnya..

ada yang berminat nak beli ???  


SELAMAT HARI WANITA


jom cuci mata tengok nie...

salam...

tupperware ada buat leaflet sempena ulang tahun yang ke 48...

saya memang peminat tupperware










heheh ada yang berkenan tak?

pic kredit to :  http://madamtupperware.blogspot.com

statistik me & my family hari nie

salam..

wah semalam ramai yang masuk blog saya.. tak sangka dah ada peningkatan..tapi bukan selalu dapat statistik macam nie..

jom tengok


alhamdulillah

Khasiat Pucuk Betik

salam jumaat..

ada sesiapa suka makan pucuk betik??? saya suka..nak-nak dengan sambal ..sedap sangat..rupa-rupanya banyak khasiat pucuk betik nie..jom tengok apa yang saya jumpa





A. Pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan anda. Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-

1. Bersih pucuk betik/daun
2. Keratkan sepanjang 1 sentimeter
3. Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
4. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

B. Pucuk betik yang telah diasingkan, rebus sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Seterusnya, buangkan airnya dan anda boleh goreng dengan ikan bilis/masin untuk dijadikan sayur.



sumber; FB

akhirnya beli juga esp

salam


nie lah ESP  yang saya beli... before nie dah beli vit c chewable.. baru dapat esp nie semalam.. dah ada gaji sendiri baru berani nak beli..
blom try lagi .. ada yang dah pernah guna n banyak feedback yang saya dapat tentang khasiat ESP.. 

kawan-kawn ada yang dah try ker?? ce cite pengalaman sebelum dan selepas

p/s: ada sorang2 kat sekolah coz kawan2 ppm lain kena g kuala selangor ada kursus :)

mutiara hati..kenapa ku di duga

salam...

buat renungan diri saya..


insyaAllah pasti ada hikmah yang tersembunyi

tembikai yang cantik

salam..

sangat cantik dan kreatif si pengukirnya


tq en nuff ^_^

alhamdulillah.....

tak sia-sia usaha saya hantar tiket yang saya tanya kepada en nuff...

hasilnya.. semalam..


tq en nuff..rezeki di bulan mac n tahun 2013.. dok lah lama-lama dalam blog ye.. nak buat side income.. tahun lepas berjaya kumpul dalam rm200++ tahun nie harap-harap dapat lebih..hehehe
 

minggu nie en babah dah ke perak

salam..

entri pendek jer..

kemas ckit-ckit barang -barang yang penting untuk en babah bawak ke perak..dok ipoh umah mak mentua.. berulang ke sg siput.. weekend baru balik sg besar...

adib ikut en babah..amni dok ngan ibu..

alhamdulillah mak datang dari kampung menemani kami dua beranak disini...

p/s: mood nak ber bw jadi agak slow.. tq pada rakan yang masih sudi ke sini

Tabung Ayam