MR NUFF

Deco Grill Dapur

Salam

Dok diam kat dapur , masa tu En babah just letak fridge magnet kami di legoland , saya terpikir nak letak fridge magnet yang  memang dalam koleksi , bila tutup bidai pun tak menganggu , lagi pun letak magnet di peti ais tak elok kan 

Jadi lihat lah hasil nya ;) 


Bila kreatif semua benda boleh jadi ;)

Nak Cuba Buat Juga

Salam

Sana sini tengok orang dok pakat buat , Saya pun tak nak terkecuali , sebab benda sihat dan boleh buat sendiri je , apakah itu... 

Tadaa... 

Air 
Oren
Letak dalam peti ais



Saya biarkan semalaman dalam peti ais atau 1-2 jam boleh dah menikmati kesegaran air ini 

Cuba lah .. 



Berbudi Pada Tanah

Salam 

Masih dalam mood hijau dan bercucuk tanam 

Alhamdulillah pokok- pokok yang kami dan abah tanam dah menampakkan hasil , pasni nak masak senang petik je kat belakang rumah ;) 


Nota kaki : semoga ada perkhabaran gembira tentang pertukaran , insyaallah 

Wordless Wednesday : Pokok Udara

Salam


Pokok yang tak berakar , mudah dijaga , penghias meja

Update info : 


Akar tillandsia hanya berfungsi untuk memegang sesama sendiri atau media yang digunakan untuk menanamnya.


Tanam Rumput Sendiri

Salam

Entri kali ni saya biarkan gambar yang berbicara 








Nota kaki : esok dah nak kembali ke pos legap ... Itu bukan nyonya tapi saya ^_^ 







Dekorasi Simple Bilik Air

Salam

Alhamdulillah minggu ni dapat bermalam banyak hari di teratak kami , badan pun dah penat nak siapkan kebun ditepi rumah ( gambar pokok update kemudian ye)


Berbalik kepada tajuk asal entri ;)

Pokok hiasan ni saya beli 2 pokok je di ikea , tapi saya pecah- pecah kan kepada anak- anak kecil , jadi dapat la letak dalam banyak pasu 

Ni dekorasi dalam bilik air saya 


Pokok hiasan ni paling senang nak jaga sebab tak payah siram selalu ;) subur je dia menjalar 



Seharusnya yang ringkas dan sedap mata memandang pilihan saya dan En babah .

Bahan- bahan

Pokok hiasan rm1.50 ikea
Pasu love pink rm5 daiso
Cermin beserta rak diy rm100++ ikea 

Yang takde idea nak hias bilik air , boleh amik idea ni ye ;) 

Menang Cabaran Julai -Ogos Susunatur Sioca

Salam

Alhamdulillah balik Rumah hari ni cek blog , saya menang satu pertandingan yang saya sertai di blog susunatur Sioca , asalnya sekadar suka- suka Sahaja , tak sangka rezeki menang , tq puan Fizah ;) (detail dah Anta tau ;) ) 

http://www.myadyna.com/2014/08/ruang-tamu-ruang-makan-adyna-ab.html?m=0

Dan ada satu lagi yang tak sangka saya dapat komen dari mrs Helen .. Owh saya pun tak kenal ;) 


Dan saya cek portfolio beliau 

http://hmrbrown.tumblr.com



Wah sangat terkejut , beliau seorang editor ikeamagazine , saya pun tak tahu nak Email ape kat dia, kena tanya En babah sebab dia lagi pengguna tegar barangan ikea ;)

Apepun syukur sangat-sangat dengan kemenangan ini .. Sebab blog pun tak bape nak aktif sejak kebelakangan ini , pasni 

Nota kaki: kalau internet dekat pos legap laju senang ler nak berblog ;)

Penapis Sisa Makanan

Salam

Sabtu lalu saya sempat pergi ke Mr DIY sementara menunggu adib Dan Amni ber main di cheeckytot , saya terjumpa satu aksesori ni , memang pernah lihat di blog sue suka susun atur , jadi nak Cuba Guna, Harga nye pun tak mahal cuma rm1.80 








Begini lah keadaan nya, sekarang saya nak tengok ketahanan Dan fungsi  nya, sebab saya rasa Benda ni dah buat sinki saya jadi lagi sempit ;) , Akan datang kalau rasa Benda ni menggangu , saya buka balik hihi 

Nota kaki : sebelum ni saya buang Sisa makanan terus ke dalam plastik sampah 



Tabung Ayam