MR NUFF

MOTIVASI DIRI

JANGAN LUPA JOIN GIVEAWAY SERBU DAPUR CHIQ DINA :)


CHIQ DINA dah mula bisnes dari rumah , cuma kadang-kadang mood tu hilang , so kena ada motivasi diri supaya chiq dina bukan sekadar

hangat-hangat tahi ayam.. so chiq dina rasa buat masa sekarang ruang pejabat or ruang kerja yang kecil pun ok dah..lagipun umah sewa chiq dina tak ler besar mana pun..cuma kalau dapat seperti gambar di atas lagi seronok.. impian chiq dina dengan bisnes dari rumah nie..
chiq dina nak tambah produktiviti... 


kalau dapat pejabat macam nie lagi bagus..SOHO (SMALL BISNES HOME BISNES)
 nie plan jangka panjang kalu ada umah sendiri 



target chiq dina dalam tahun nie dapat untung bersih rm500 erm boleh dapat ker? InsyaAllah boleh


YAKIN PADA DIRI!!!!

P/S :PIC DI GOOGLE

Amalan Untuk Menangani Orang DEGIL atau KERAS KEPALA

mak mentua chiq dina ada bagi mesej kat chiq dina cara2 macam mana nak tangani orang degil n keras kepala nie..tq yer mak , akan chiq dina paraktikkan..mudah-mudahan semua nie dapat dikongsi lagi bersama orang lain

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, April 12, 2011 at 2:00am
Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun”

1. Setelah selesai  mendirikan setiap solat 5 waktu, bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali.

2. Lakukan sebanyak 7 hari setiap waktu solat berturut-turut. Anda boleh mulainya dari mana-mana waktu sembahyang yang anda mahukan. Jangan tingal solat  satu waktu pun dalam masa 7 hari.

3. Setelah selesai  7 hari tersebut, anda bacalah pula ayat diatas sebanyak 7 kali. Kemudian anda tiupkan pada yang dihajati (isteri/suami/anak). Seboleh-bolehnya ditiupkan pada arah muka sama ada semasa sedar ataupun tidak sedar, dan semasa anda membacanya hendaklah anda niatkan hajat anda terhadapnya ketika sampai pada ayat “kun”.

4. Ulang lagi membaca ayat  itu sebanyak 7 kali, selepas solat  5 waktu lagi seperti  No 1 dan 2 di atas. Untuk memastikan ianya menjadi atau terkabul, buatlah sebanyak 7 kali pada orang tersebut dan diulangi sebanyak 7 kali.




KEGUGURAN????


ERMM.. apa punca keguguran nie yer? satu yang pasti kuasa Allah..sejak akhir2 nie orang-orang terdekat chiq dina banyak cite pasal keguguran..then yong chiq dina pun baru jer keguguran.. dia tak pasan pun dia pregnant dia cakap period dia datang banyak n one day laju sangat turun darah.. tengok2 seketul2 macam daging yang kuar..n dia nak pitam dah masa tue.. baru g klinik check ..1st doc check dia cakap keguguran tapi bila scan nampak ada lagi ketulan dalam rahim ..ingat ketumbuhan..pas buat appointment untuk scan balik ketulan tue dah tak der.. so memang keguguran n yong chiq dina kena CUCI RAHIM

SEKADAR PENGETAHUAN: CHIQ DINA BUAT RESEARCH CKIT DARI GOOGLE

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

* Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
* Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
* Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

* Usia terutama 35 tahun keatas
* Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
* Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
* Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
* Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
* Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
* Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
* Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
* Pernah hamil dengan anak cacat
* Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
* Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
* Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

* Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
* Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
* Gigitan ular
* Meminum cafin secara berlebihan
* Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:

* Terdedah kepada Komputer monitor
* Hubungan seks
* Senaman

CHIQ DINA PUN TAKUT NGAN SUME NIE.. ORANG KEGUGURAN PUN KENA BERPANTANG MACAM ORANG BERSALIN..TAPI SEKARANG MANA ADA ORANG NAK IKUT SANGAT..SEBAB KATANYA DAH MAKAN UBAT..ERMM

minggu tension chiq dina...

ggrrrrr...minggu nie tension betui..tenet buat hal lak..yang hangin nyer br jer terminated broadband maxis sebab coverage tak der..then try beli hotlink prepaid tgk boleh lak..trus daftar baliik..baru pakai 2minggu coverage macam siput jer..en eddy dah kol 3x..2x buat lansung tak der amik tindakan..then kali ke 3 baru ada feedback..dia bagi detail report n gtau akan selesaikan masalah dalam masa 7h bekerja.siap dia kol back lagi n gtau nama dia Maran chiq dina rasa indian ...so takder le terasa sangat..tapi yg dua org b4 this nie..memang tak buat keje ler..suh kita kol back lah..gtau system eror lah.. yg pasti en eddy melayu..en eddy ler cakap coz dia yang kol..chiq dina hanya ada prepaid jer...tak bley kol lelama hehehe.. moral kat sini orang kita selalu buat keje main2... tak sume tapi sikit yang buat onar..terpalit ler kat sume... bukan sekali terkena ...banyak kali dah..sakit hati sangat..harap2 pasnie internet chiq dina ok lah.. nasib minggu nie cuti blk kg..dapat ler updated blog nie.. so kawan2 jangan lupa join giveaway serbu dapur chiq dina nanti.......

DAH MINAT MASAK..TAPI


CHIQ DINA NAK JEMPUT SUME KAWAN2 JOIN GIVEAWAY DARI DAPUR CHIQ DINA...HARAP ANDA SUME SUDI2KAN LAH MEMERIAHKAN DAPUR CHIQ DINA YER


KADANG-KADANG TAK PAHAM CHIQ DINA.. BILA DAH MINAT MASAK EN EDDY SUH BELI JER... ERM ARINIE CADANG NAK BUAT KEK..THEN AJAK EN EDDY BELI BAHAN-BAHAN YANG XDER..DIA LEH CAKAP PER..BELI AJER LAGI SENANG..TAPI YANG MUSYKILNYE BILE CHIQ DINA NAK PANDAI BUAT KEK KALU DIHALANG MACAM NIE..ADIB MEMANG SUKA KEK..AMNI MESTI SUKA GAK SEBAB DIA SUKA MAKAN, CADANG NAK BUAT KEK MARBLE KEK SIMPLE JE..PAGI TADI DAH BELEK2 BUKU RESEPI NGAN ADIB..ANAK BUJANG CHIQ DINA MEMANG VERSATILE ORANG NYER ;)
CHIQ DINA TAK NAFIKAN MEMANG BUAT KEK NIE BERMUSIM ;) DATANG MOOD RAJIN BAGUS JER SUME NAK BUAT..
SEJAK PINDAH UMAH SEWA BARU NIE..CHIQ DINA RAJIN BERTUKAR JUADAH NGAN MAK ENGKU DEPAN RUMAH..GARA-GARA DIA BAGI SUP DAGING GUNA PERENCAH SUP CHIQ DINA DAH MINAT NGAN PERENCAH SUP ADABI NIE (T_T) SEDAP SANGAT..
BERBALIK PADA BUAT KEK NIE.. CHIQ DINA MEMANG MINAT BUAT KEK...TAMBAH2 KALU KEK NAIK ELOK JE TAK BANTAT..LAGI SUKA , KAWAN CHIQ DINA PERNAH BUAT MASAK ATAS DAPUR GAS JER..BUKAN KUKUS..JADI JER MAKNANYER TAKDER OVEN PUN STILL LEH BUAT KEK , NAK NGAN TAK NAK JER

HARAP2 EN EDDY NAK LER G BELI BARANG BUAT KEK NIE...

PAKAI BAJU TERDEDAH AJER


internet chiq dina minggu nie macam kura...lambat nyer.. nak ngomel pun susah..hehehe

ERM macam2 fesyen pakaian ada sekarang nie.. heran nyer pakaian orang pompuan makin tak cukup kain walaupun kain dah makin murah..yang lelaki sampai terlebih kain..kalu berkemeja ada kot or jaket lagi.. macam mana nie... macm chiq dina ada dua orang ank2 kecil yang akan membesar..persekitaran deme dah tak sama macam dulu2 dah..
nak kawal kita bukan ada kuasa ..dapat pantau dari rumah jer lah..
tue pun tv sekarang yang tak berbayar pun macam2 rancangan yang tak sesuai..hatta kartun pun mesti yang pompuan pakaian seksi...
lagi 1,  memang tak setuju sangat kalu artis nak dijadikan model..deme berani pakai pakaian berkemban jer.. dak2 kecik tgk uh..
alangkan kita kat umah pakai towel pun deme dah tgk semacam.. dunia dunia.. tak paham chiq dina dengan dunia skrg...
 mintak kita semua dijauhkan dari sikap yang macam nie..berfesyen tak salah tapi biarlah jaga adab n agama..kita orang timur dah terkenal dengan sikap sopan santun n pemalu..
kita bukan holywood or bolywood..
jaga lah anak2 kita..zaman sekarang dah tanpa sempadan.. amik yang baik tinggal yang buruk..

PUDING KOKTEL

PUDING KOKTEL
 
1/4 CAWAN TEPUNG KASTARD
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN AIR
1/2 CAWAN GULA
BUAH-BUAHAN KOKTEL SECUKUPNYA

CARA MEMBUAT
1. TUANGKAN AIR DAN SUSU KEDALAM PERIUK
2.MASUKKAN TEPUNG KASTARD DAN KACAU SEHINGGA SEBATI
3. MASAK ADUNAN INI ATAS API PERLAHAN HINGGA PEKAT
4. APABILA MASAK , TUANGKAN KEDALAM BEKAS.TABURKAN BUAH KOKTEL DIATASNYA
5. SEJUKKAN PUDING TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIHIDANGKAN

PUDING NI ENAK DIMAKAN BERSAMA SUSU CAIR YANG DICURAH KEATAS NYA
KALAU TAK SUKA SUSU..BOLEH GUNA AIR LEBIHAN KOKTEL ;)
SENANG JE KAN..
SELAMAT MENCUBA

KRIM KARAMEL

KRIM KARAMEL

BAHAN-BAHAN

1 LITER SUSU
8 BIJI TELUR
200 GM GULA

BAHAN KARAMEL

200 GM GULA

CARA MEMBUAT

1. KARAMEL: GORENG GULA TANPA MINYAK HINGGA CAIR KEPERANG-PERANGAN . TUANG DALAM BEKAS.
2. SATUKAN SUSU DAN GULA , PUKUL HINGGA GULA LARUT
3. MASUKKAN TELUR DAN GAUL HINGGA ADUNAN MENJADI SEBATI.
4.TUANG ADUNAN DALAM BEKAS BERISI KARAMEL DAN BAKAR PADA SUHU 170 DARJAH CELCIUS MENGGUNAKAN KAEDAH BAIN -MARIE SELAMA 30-35 MINIT
5.SEJUKKAN SEBELUM DIHIDANGKAN

TIPS:
KETIKA MENGGORENG GULA, GUNAKAN API PERLAHAN BAGI MENGELAKKAN GULA CEPAT HANGUS

SATUKAN TELUR DALAM BEKAS DAN PUKUL DAHULU SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM SUSU

KAEDAH BAIN-MARIE BERMAKNA MEMBAKAR MENGGUNAKAN AIR.LETAKKAN BEKAS KARAMEL DIDALAM 1 BEKAS YANG BERISI AIR DAN BAKAR.KAEDAH INI JUGA DIKENALI SEBAGAI BAKAR STIM

SEKIRANYA TAKNAK BAKAR KUKUS PUN BOLEH

belajar cara jahit insang pari

ada 1 blog nie..dia ajar cara jahit insang pari..sebab dia lah aku leh pandai jahit kat kraf ..jom tgk kat cni ek


semoga kita mendapat manfaat dari nya yer..

selamat berkraf (T_T)

order yang dah siap


order 2nd time dari abg am lagi..untuk bagi pada cikgu abg man pada hari guru nanti..tq support kakcik :)


order keychain dari a..then alang2 aku kirim la item2 lain untuk a tolong jualkan kat sekolah george tempat aku ngajar dulu ;)


gitar en eddy suh buat untuk anak murid beliau yang dah berjaya masuk ke kelas biasa..dah tak dok dalam kelas pemulihan.. last2 ank murid lain pun nak..hehehe leh je order kat ibu babah :)

periuk crocodile aku

tada..periuk baru aku..hehehe actually dah lama beli masa cuti sekolah bln 3 ritu ..masa g perlis amik dip perguruan en eddy..terus g jalan ke wang kelian..sempat ler ke belah thailand jap agak2 bape rege periuk 6branak nie? harga kt belah thailand rm60 jer.. bila msk malaysia dh jadi rm125... en eddy sanggup p patah blk..jarak dkt jer.. tq babah...ibu sayang nk guna periuk nie..hehe




COKLAT CUDBURY

aku suka coklat..korang suka tak???

Aku sangat gemarkan coklat cudbury nie..tambah2 yang dairy milk.. bile makan rasa macam tenang jer...boleh release tension aku... selalu aku beli masa offer hehehe baru dapat rege murah kat Billion Sg Besar selalu jual rm5.99 kira rm6 la kan.. n nak makan nie kena hati2 sebab adib pantang jumpa coklat... hehehe




 aku paling suka yang nie..sekarang dia selalu jual beli bar besar dia bagi percuma yang kecik..memang berbaloi2 kan



TUPPERWARE LA PULAK



Citer bab barang dalam dapur memang orang pompuan selalu tak lupa kan .. brand tupperware nie memang aku minat sangat selain design yang cantik dia tahan lasak n penutup yang rosak selalu boleh tukar balik..tapi kalu dah nama brg brand mesti harga melampau-lampau..so kena bijak pilih time ada offer lah.. aku dah jadi ahli masa keje dulu aku ada seorang cina nie selalu datang kat skol george andy nama dia kalu tak salah..siap bawak ngan troli lagi anta brg kita pesan..mana tak nyer..dia bagi discount 25% kadang2 sampai 30% untuk brrg yang pertama..time raya kalau beli memang berbaloi... sekarang dia dah buka kedai tupperware kat area taiping..dulu brg dia sume ada kat kedai buku dia.. kalu dia tau aku promote dia agak2 dapat tupperware free tak??? hehehe

Kalau tupperware lak aku nak beli set freezer ni


dia coz yang aku letak bekas biasa sume pecah tudung, dulu dia pernah buat offer.. aku tak beli dari besar sehingga ke kecik2 agak2 pasni ada lagi x??

WANITA DAN PINGGAN MANGKUK

PINGGAN CORELE



hadiah kawin daripada mak aku..aku dapat set macam pic kat atas nie.. memang aku suka sangat..mak main kutu so dapat set pinggan nie n mak bagi kat aku..aku tgk kat jusco tambahan set nie..mak ai mahal sangat lah..tak mampu kalu suh aku beli.
.tq mak... sayang mak..hehehe bagi barang baru nak sayang... tapi aku simpan impian aku mana tau 1hari nanti ada rezeki aku leh tambah koleksi pinggan corele gambar plum nie..


tapi aku minat yang set jenis berpenutup nie




masa bila boleh beli tak tau la..ke kena beli kat Langkawi kawasan bebas cukai tu..
duit ptptn pun tak mampu bayar abis lagi... hehehe ape salah simpan keinginan dulu kan

orang cakap tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu kan..

tonggeng ayam...



erm..arini masak ayam goreng ..aku saja pilih bahagian yang ada bontot atau tonggeng ayam nie.. hehehe aku suka  makan benda alah nie sejak aku mengandungkan ahmad adib..sampai sekarang terus aku suka... tambah2 yang goreng panas2..masa g pasar malam sekinchan aku suka beli percik punya nie..rasa nyer amat sedap dan sungguh menyelerakan... 


RM 50 MACAM RM10 JER


zaman dah berubah..dulu rm50 nie macam2 leh beli , tapi sekarang bile g beli barang2 dapur ..jap jer bis rm50 nie..uhuh ..aku bulan nie genap la 1thn 4bulan tak bekerja.. en eddy dah suh aku cr keje balik..sebab keperluan makin bertambah..so memerlukan income yang lebih..aku meniaga dari rumah buat kraf n jual buku terpakai leh lepas kat duit dapur jer..uhuhuh..macam ne nie??? aku ingat tak mau keje lagi..anak2 masih perlukan aku... manja lagi..dengan kes yang mcm2 sekarang aku risau letak anak kat pengasuh.. aku harus pandai buat pilihan..

ngape daging aku tak empuk


erm..hari minggu aritu aku masak sup daging..ikut aturan seperti biasa jer lah..tapi biler kentang dah empuk daging aku tak empuk2 gak..so aku kuarkan kentang dulu biar daging tue empuk..sampai ke petang tak empuk2 gak ada dalam 5jam..masa makan tue kami sekeluarga makan kuah jer n daging yang kecik2 yang dah empuk..actually aku beli daging nie kat frozen jer..org kedai tue cakap daging batang pinang..so memang xder masalah la kan..daging nie yang selalu kita makan..aku rasa aku dah kena tipu kot..ntah2 daging kerbau?????

AKU ADA DESIGNER KASUT???

TAPI TAK SEHEBAT ARTIS2 YANG AMIK KASUT JIMMY CHOO..:)
NI DERETAN KASUT HANDMADE DIJAHIT DENGAN TELITI.. actually masa g umah mak sedara en eddy ..makcik safa promote kasut jiran dia jahit..erm erm jangan tak tahu lelaki yang jahit nie. teliti manik n bunga yang dijahit.. blom ada di pasaran lagi pada masa aku tempah..




aku xnak patern nie./.tapi en eddy suka yang nie..dia yang nak bayar so aku ikut jer lah


aku suka kaler hitam nie..so aku amik patern kasut coklat tadi then design aku nak macam yang hitam nie..
hehehe alang2 dah boleh decide baik aku ikut kata hati ku.. cuti skol nanti balik Ipoh leh la amik..
so sesapa yang nak ada kasut pilihan hati MACAM AKU leh gtau ek.hehehe aku tolong promote kan

SAFI RANIA GOLD


Ermm bila dah nak masuk 30thn nie ingat nak kena pakai
 set lengkap safi rania gold lah..sebelum nie pakai safi balqis..nak tukar  pakai simply siti eden tak mampu lagi..ada sesapa yang dah pakai krim dia ker? ok tak..sebab pakai pencuci dia ok jer..
dulu aku kisah sangat cuci muka nie..sekarang tak sangat pas kawin nie rasa berkurang je jerawat aku..hehehe..jom kita share produk aper yang sesuai untuk usia 30an

ada cacing dalam ook2 adib???

aku terkejut sangat tadi masa basuh berak adib ada kuar cacing..sebab terlewat bagi makan ubat cacing atau memang kanak2 senang dapat cacing? aku risau betul sebab 1st time tgk, 28hb nie baru adib kena g klinik ke aku kena g amik ubat kat farmasi je terus?? aku google gambar cacing tadi tak jadi nak amik...nak muntah.. kena bagi adib makan ubat cacing nie..patut  maklong aku cakap budak kalu tido menonggeng ada cacing dalam perot..cian adib xnaik2 badan caing yang makan nasi dia.. nanti ibu bagi ubat cacing yea

DAH KAWIN SIAPA LAGI GEMOK???





Sapa kata biler dah kawin orang perempuan jer gemok??? terbukti sekarang kaum wanita menitikberatkan kesihatan n penampilan diri..contoh terdekat en eddy ..sewaktu beliau muda belia beliau merupakan seorang yang amat kurus..tetapi sejak beliau berhenti merokok b4 kami kawin..badan beliau naik begitu mendadak..dan sehingga kini beliau masih menjadi penternak lemak didalam perot dengan jayanya...hehehe ampunkan ibu babah... contoh yang terdekat.. so pasni jangan nak condem kaum hawa tak tahu jaga badan ek.. buat para suami anda harus jaga badan n sentiasa bersenam..hehehe jadi cikgu free waktu ptg lena jer ye en eddy..

TUTORIAL FRIDGE MAGNET CUPCAKE

HARINIE FIRST TIME NAK BUAT TUTORIAL UNTUK SEMUA PEMINAT KRAFTANGAN DARI FELT.. KAT CNI ADA GAMBAR2 IKUT STEP TAPI PIC BLUR COZ PAKAI CAMERA HP JER..SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT MANFAAT NYER YER




MESTI POTONG IKUT PATERN YANG TELAH DI TEKAP DARI KERTAS NIE CONTOH CUPCAKE SAYA SETIAP BAHAGIAN PERLU 2 KEPING


JAHITKAN BUTTON..NAK GAM PUN BOLEH, TAPI SAYA SUKA JAHIT


HIAS BUTTON IKUT KREATIVITI NAK TAMBAH MANIK PUN BOLEH


JAHIT INSANG PARI (abaikan tgn nie yer ;)


JAHIT DAN TINGGALKAN SEDIKIT UNTUK DIMASUKKAN FIBRE


LETAKKAN RIBEN DITENGAH2 GUNA GAM UHU JE


NANTI BAHAGIAN ATAS HANYA DICANTUMKAN MENGGUNAKKAN GAM 


GAMKAN DIBAHAGIAN ATAS MAGNET ATAUPUN DIGAMKAN DAHULU BARU DITAMPAL ATAS MAGNET

ARAHAN YANG RINGKAS..TIDAK TERPERINCI SANGAT SEBAB AKU NAK KITA BELAJAR SAMA2 BUKAN KEDEKUT ILMU TAU ;) 
SO SELAMAT MENCUBA

bila dah breasfeeding

penyokong kuat orang yang breasfeeding


erm..aku nak citer pasal breastfeeding lak kali nie, betul atau tak aku tak pasti..yang kita biasa dengar saiz breast tak kan sama tapi bila kita menyusukan anak saiz tue akan berbeza terus???? betul ker? aku tak arif sangat tapi ramai yang xnak menyusu sebab takut jadi macam nie..

mcm mana nak atasi?
jom berkongsi pandangan

BUNDLE BOOK

KEPADA ANDA YANG BERMINAT MENDAPATKAN BUKU HM TUAH JOM SINGGAH KE SINI

serawa durian @ bubur durian



citer pasal raja buah lagi.. tak sangka 1st time buat jadi :) leh bag kat mak engku jiran dpn umah lagi..ikt xnak bagi sebab aku baru je buat..tapi disebabkan selalu jadikan umah mak engku sebagai tempat mengambil segala jenis rencah masakan macam serai , daun kari , daun pandan mcm-mcm ada so nak la bagi ..asyik amik jer ;)
nama komersial dia serawa durian..tapi aku panggil bubuq durian ja..


bubur yang telah siap dimasak..
bahan2 nyer senang jer 
so leh buat pasni sapa yang suka kan durian ;)

mesti ada

durian
santan
gula 
daun pandan
garam

dia punya sukatan bergantung pada durian korang yang penting sume bahan di atas mesti ada..

ORDER KEYCHAIN DARI RINA



first time buat tulisan so tak begitu perfect buat aku..kena belajar lagi nie :)

dah selamat sampai ke tuan gak..
tq rina

Tabung Ayam