MR NUFF

Basikal Adib dan Amni

Salam

Lama tak update blog , begitu malas pulak sejak akhir - akhir ni nak menulis ;) ,  
Semoga Allah pelihara saudara kita yang mengalami musibah banjir 

Di chemor jugak hujan , semalam ada jugak matahari menyinari , tapi hari ni hujan kembali , sempat jugak adib dan amni menunggang basikal diluar rumah , sejak pindah ke sini , memang dua beradik ni kami tak benarkan main diluar , risau jugak anjing- anjing berkeliaran dan muda mudi yang bawa motor laju 

Alhamdulillah adib berjaya naik basikal tanpa roda tambahan , biar lambat asal dapat juga bawa basikal ;) 






Memang teruja sangat dua beradik ni bila dapat dilepaskan keluar bermain , (dengan pengawasan ) 





Tanam pokok mulberry

Salam

Sejak rajin berkebun dan join group kebun ... Saya pun jadi teruja nak memiliki pokok ni , sebab rata - rata kawan dok tunjuk gambar pokok mulberry ,alhamdulillah masa pergi pasar besar Ipoh , saya terjumpa pokok ni , dan En babah baik hati beli kan ;) 

Ingat pokok ni kena tanam dekat tempat sejuk je 

Ni lah rupa pokok nya 



Tunggu warna buah nye warna ungu kuat    baru boleh petik , pasni boleh buat anak benih ;) 


Update : rahsia pokok mulberry 



Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2015

Salam

Sekadar berkongsi untuk kakitangan awam , boleh buat perancangan belanjawan , biar gambar berbicara sebab owner gambar dah buat yang terbaik 



Nota kaki : tahun 2015 kena saving balik sebab tahun 2014 banyak abis duit kat rumah ish ish 

Suka Tagline Ni

Salam 

Bila berkahwin kita nak susah senang bersama ... Bila bab berat badan haha ni yang tak boleh nak sama ;) 

Repost gomokipoh tempat makan baru , nyum nyum boleh ajak En babah belanja makan kat sini , 

Love is getting fat together ^_____^


Penat lelah berhasil juga

Salam

Alhamdulillah , syukur sangat bila hasil tanaman menjadi , walaupun kulit terbakar sebab berkebun ;) .. 

Ni antara hasil tanaman yang sedang menjadi 










Semoga pokok - pokok ini membesar dengan baik ;)





Mengail Ikan Bersama Opah

PSalam

Aktiviti adib dan amni sewaktu balik kampung





Memang seronok sangat adib , amni tak berapa suka , yang terlebih suka ibu dan babah sebab baru pertama kali mengail dapat banyak ikan ;)




Main bubble di Padang Polo

Salam

Semalam bawa adib dan amni bermain di padang polo Ipoh, kebetulan tengah musim orang main bubble ni , plan asal adib dan amni nak main je, dah nampak ada orang buat sewa main buih ni , apa lagi teruja la deme,memang sejak
Pindah chemor kami tak bawa mereka ke mana-mana pun lagi 

Lihat lah aksi dua beradik ni






Seronok bukan main lagi dua beradik ni , ibu dan babah pun teruja nak cuba juga hihi

Nota kaki: sejak tak pakai domain ni , blog takde orang masuk pun.. Ada masalah tak dapat link ke???😔😔




Tabung Ayam