MR NUFF

Happy Birthday Adib

Salam

Di saat ambang merdeka , Anakku Ahmad adib Hakimi genap 6 tahun hari ni , semoga menjadi anak yang soleh , Dan diberkati oleh Allah di dunia Dan akhirat 


Jap je masa berlalu .. Ibu mu pun semakin meningkat umur ;) 

Berkongsi Resepi

Salam

Dekat Sini saya Ada nak share resepi Dari Kongsi resepi yang nampak sedap ;) , Dan Ada yang saya dah Cuba , memang sedap















Boleh lah Cuba nanti ;)

Selamat Hari Merdeka






Tukar Domain ke Blogspot

Salam...

Rindu nye nak update blog
Tapi apa kan daya bila bertugas kat pedalaman ni
Line internet memang mendukacitakan
Bila balik rumah terkejar kesana kemari
Umah sendiri , umah mil
Nak kemas rumah
Layan anak , layan suami ;)
Nak blogwalking pun dah tak sempat
Isnin naik, Selasa turun,Rabu naik, Jumaat turun (naik bukit)
Luahan rasa pulak.. ;)

Sebagaimana yang kawan- kawan blog tahu myadyna.com ni dah hampir 3 tahun dengan saya, rasa sayang nak tukar ke blogspot, tapi amat rugi jika saya bayar tapi saya tak update blog..
Pendapat kawan-kawan elok saya kekalkan atau tukar je ke blogspot?

Nota kaki : keyword nuffnang .. Ada sedikit pelik , myadyna.com tapi ni lain 




KEYWORDSHITS
wwamdynaqtwmday20
ketulan daging dari faraj4
resepi kuih limas4
cara menghilangkan jeragat3
cara pakai tudung aidijuma3
resepi ayam kurma tanpa santan2
tudung ariani terbaru2
checklist pindah rumah baru2
pucuk betik2
hana bella2


Rumah Pun Ada Auratnya

Salam

Berkongsi info Dari majalah al
Ustaz terbitan telaga biru 


Kawan - kawan boleh la dapatkan nya ;) 

Coretan dari Pos Legap Sungai Siput Utara 

Ruang Tamu & Ruang Makan Adyna AB

Salam

Tajuk macam chiq dina ni pemes je kan hihi 

Alhamdulillah raya tahun ni dah ada rumah sendiri , walaupun sehingga kini baru sehari kami bermalam di sini , sebab jiran- jiran takde lagi , jadi En babah cakap tunggu la ramai pindah baru kami pindah , dan biar adib abiskan persekolahan di Kemas Bercham dahulu .. 

Tergerak hati nak join pertandingan anjuran Pn Fizah  dari blog susun atur sioca,  rumah saya pun takde ape - ape lagi dekorasi , Simple je sebab saya ni Simple orang nye ;)


Sofa pink dan storage hitam tu beli kat ikea , Carpet tu pun sama ;) beli masa offer , lapang je senang adib dan amni nak berlari hihi , letak bunga hidup sebagai pembersih udara ;) frame hadiah kawin 7 tahun lepas baru digantung kalau tak masih di rumah mak mertua la kot 


Tempat letak tv , beli dekat ikea jugak , tapi tv takde sebab en babah taknak letak tv selagi belum pindah , Carpet hitam tu dari ikea jugak :)


Ruang makan kami 4 beranak , pakai je yang ni dulu , masa beli tahun 2010 harga rm199 termasuk 4 kerusi semestinya dari ikea,  cuma sebelum pindah saya beli lapik kerusi tu dari ikea , warna haruslah pink :)
Sesiapa peminat ikea tak yah bagi tahu pun mesti dah tahu kan ;) 


Gambar gelap hoho sebab langsir saya pilih semua kelabu , dan barang dalam rumah juga kebanyakan warna kelabu ... (Kete saya pun kelabu ) 

Ni le serba sedikit ruang tamu dan ruang makan umah kami ;) 

Dapat jugak lah saudara mara datang masa raya ke dua tempoh hari 




Pokok Hiasan Dalam Rumah

Salam

Semoga sentiasa dalam keadaan baik dan sihat hendaknya untuk terus menjalankan ibadah kepadaNya ... 

Kami baru beli pokok hiasan dalam rumah , yang kami belum berbunga



Kalau berbunga macam ni le rupanya ;) 

Pokok : Nursery Bandar Baru Putra 
Pasu : SSF Ipoh 

Jom baca sedikit info tentang pokok ni

SPATHIPHYLLUM CUPIDO

Berasal dari Columbia, tumbuhan berbunga putih daripada keluarga Araceae mula diperkenalkan di Eropah pada 1870.

Juga dipanggil bunga lili atau the Peace Lily berikutan bentuk bunga seakan-akan bunga itu. Ia memerlukan air yang banyak dan sangat suka suasana redup.

Bagaimanapun, pokok ini boleh memudaratkan sesiapa sahaja memakannya kerana mengandungi calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah

Sumber : Anjung Seri 

Takut pulak , tapi En babah dah beli , semoga dijauhkan dari perkara yang tidak baik.. Niat nak buat hiasan dan pembersih udara secara semulajadi je 



Susun Atur Pinggan

Salam

Selamat Hari Raya 

Alhamdulillah raya ke dua baru ni kami dapat buat open house di rumah kami , sekadar menjemput sedara mara sahaja .. 

Ni la susun atur di dalam kabinet dapur saya 




Nak jimatkan ruang letak pinggan , kami beli di ikea , stand untuk letak pinggan , kongsi cara susun atur bagi saya yang masih amatur dalam susun atur ni ;)


Tabung Ayam