MR NUFF

uri bawah pulak....

salam..

cobaan..dugaan datang silih berganti pada kandungan ke 3 daku

hari nie saya g hospital besar ipoh sebab bleeding banyak pulak, fresh blood dah bukan coklat2 ..

tak settle2 lagi masalah ,dugaan sungguh, rini g cek rupa2nya uri bawah pulak... kantung dh tggl 1 yg tak jadi, doc cakap nanti dengan sendiri nyer dia terpenyek..
risau sangat2

sedikit info tentang uri bawah ataupun placenta previa

sumber :
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/152-uri-berkedudukan-rendah.html

Uri Berkedudukan Rendah (Placenta Preavia)

Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau dibahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim.  Uri di kedudukan bawah pula berada dikawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Komplikasi dan rawatan

Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkanya naik keatas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4  pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

sekarang saya baru 18 minggu saya amat berharap darah akan berhenti dan uri kembali ke tempat asalnya..
Allah Maha Besar.. 

setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.. amin

 

10 FAKTA TENTANG KELAHIRAN

sumber:
 http://www.facebook.com/pages/Cintaku-Hanya-Untukmu-Sayang-Kamu-Sesangat/116238211794586
 
ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

amni bercerai susu gara-gara jadam!!!

salam...

hari nie dah 2hari amni xnyusu badan..saya nekad buat macam nie sebab saya masih bleeding n setiap kali amni nyusu akan sakit puting.. jalan terbaik saya ajar dia susu dutch lady 123 perisa coklat.. alhamdulillah dia mau minum.. coz masa pregnant adib 1thn 4 bulan dh stop sebab pregnant kan amni.. amni lak extra 5bulan.. baru saya pisahkan susu badan..

pelbagai cara dah dibuat..letak ubat gg, letak sirap.. tak jalan masa adib ngan sirap dia terus stop sebab dia ingat darah..

dengan amni saya suh suami belikan jadam.. salah satu perubatan tradisional yang bau nyer boleh tahan..amni terus xnak nyusu dah dia cakap yek...

nie le rupe bentuk jadam kalu sesiapa tak pernah tgk..warna hitam keras sedikit kalu nak guna kena letak air..
cara saya buat
saya sapu disekeliling puting.. dia akan rasa n bau yang xmenyenangkan..tahan je lah..

harap-harap baby dalam perot n amni terus membesar dengan baik.. begitu juga dgn adib


sumber : mr google

nak mintak tolong like boleh


salam..nak mintak tolong pada kengkawan yang ada fb agar sudi menglike pic ini :)..



kerjasama kengkawan amat saya hargai :)

due date dia 25 MAC..

jom pakat2 join

BLIGHTED OVUM

SALAM..
 info yang dah terjawab.. saya mengalami bligted ovum..

 nie pic doc scan saya masa 14 minggu.. satu kantung je ada bb..disekeliling bb kantung kosong..

 nak tahu ape ertinya jom baca artikel kat bawah.

sumber :  http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/keguguran/158-blighted-ovum.html

Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

Apa yang berlaku?

Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.
Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

Masih rasa hamil

Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

Tanda-tanda

Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

Dapatkan rawatan

Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.
D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Peluang hamil pada masa hadapan

Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

tentang mengandung kembar

sumber :  http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-hamil/137-fakta-kelahiran-kembar-yang-perlu-anda-tahu.html

sebab mengandung kembar saya banyak mencari fakta-fakta yangg menarik tentang kembar.. jom baca ^_^

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

  1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
    Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
  2. Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
    Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
  3. Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
  4. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
  5. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds. (ini yang berlaku pada saya sekarang)
  6. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
  7. Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
  8. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
  9. Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
  10. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
  11. Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
  12. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

2nd GIVEAWAY BY YANA SANIEY


NAK JOIN KLIK CNI

NAK TAG 
EN EDDY
KAK YONG
NINI D

JOM JOIN..DUE DATE 6 APRIL 2012

pregnant? bila perot akan besar

salam cuti sekolah..

entri nie ditulis kat kg tersusun tasek , ipoh

syukur saya dah 4bulan lebih.. walaupun kali nie ada banyak masalah sebab mengandung kembar.. tapi 1baby je yg jadi, masih bleeding.. coz kantung tak kuar sume lagi ( ada rezeki saya kembar 4 ) Allah Maha Berkuasa dia tahu ape yg terbaik buat hambanya kan..

terkejut sebab adik ipar tegur kenapa perot saya besar..tanya suami dia cakap mcm biasa jer..


sumber : mr google


normal la kan kalu 4bulan besar mcm nie...berat bdn sekarang baru 54.4kg.. amat berbeza ms mengandung sulung n 2nd baby.. awai2 lagi dah 55kg.. ^_^

tak pe lah janji bb membesar dengan sihat.. walaupun org ckp perot saya besar :)

munirah che ahmad - first giveaway

http://munirahcheahmad.blogspot.com/2012/03/munirah-che-ahmad-first-giveaway.html
salam 
arini nak join ga nie..
jom join ramai2 
^_^


PEMENANG DAN HADIAH

FIRST - perfume
SECOND - wallet atau purse
THIRD - topup RM 10 (maxis, celcom, digi, etc)

*pemenang akan dipilih menggunakan random.org*


TARIKH TUTUP
29 mac 2012 before 12 tengah malam
tarikh tutup akan diubah bila-bila masa :)

FM MESRA ALAM


SALAM...
Syukur dah siap set mesra alam fm nie... pas je siap jahit arini kena p hospital..aduh.. nasib tak kena tahan wad.. kk suh p hospital..p sana sama gak..last2 kena follow up 19.3 nie lak..

layanzz


pandai nyer dia mewarna


adib serius buat keje sekolah beliau



warna ikut suka hati beliau jer..

pernah satu hari dia monyok bile saya tanya ngape,,dia cakap cikgu aini marah..
ngape cikgu aini marah..
abg kaler rambutan warna biru..cikgu marah cikgu cakap rambutan warna merah 
heheheh adib2..
semoga abg cepat cepat pandai yer

PEMINAT FRIDGE MAGNET!!!


Salam...
CANTIK TAK??? cantik.. bagi saya ler... 
tak boleh sihat ckit mula la nak pegang jarum n benang..
fridge magnet di sebahagian jer ada lagi yang tak siap nak bawak balik kampung nanti.. cian mak sedara peminat tegar fm nie..asyik tanya ada yg terbaru ker..
kali nie fm nie besar punya...heheh besar dari duck jer.. masih sama seperti mr kura-kura
guna colourful ckit.. so cucu2 mike mesti berebut2 nak main  :)
layanzz la pic tue....

saya sudah sihat

salam...
alhamdulillah saya dah sihat ckit.. harap2 hadiah ga yang dah dipos selamat sampai ketangan pemenang ye...
saya bleeding balik minggu nie..skrg pun still bleeding.. cek bb ok..kantung yang kosong yang keluar..maybe dah lama tak kuar so warna hitam pekat ... 

kena rest banyak2 sebab doc ckp tak kuat lagi walaupun dah 4bulan.. still xbley buat keje berat2, nama surirumah mana ada keje leh rehat :)..

doakan saya n baby sihat ye ^_^

Tabung Ayam