MR NUFF

Burger Mini Nugget

Salam

Selamat bercuti ;)

Breakfast saya dan amni hari ni


Mudah je nak buat 

Bahan - bahan 

Mini bun
Nugget 
Telur 
Salad ( tapi salad kat umah tak De)
Butter 

Cara nya macam buat burger tapi
Nugget tu goreng dahulu , kemudian pecahkan telur diatas kuali leper dah balut Nugget yang telah di goreng , boleh lah letak Cheese atau mayonis kalau suka , jadi anak- anak takde la makan Nugget semata-mata kan

Selamat mencuba  ^_^

Sebelum & Selepas

Salam

Kali ni nak cerita tentang saya yang di Paksa untuk di make over wajah ;) , hari ni sekolah cuti peristiwa tapi kami staff kena kerja , sebab keje- keje dah di siap kan awal- awal pagi , jadi masa yang Ada rakan sekerja saya yang Ada butik perkahwinan nak makeup muka saya .. 

Kali terakhir makeup Macam ni 6 tahun sudah masa nak Kahwin ;) 

Ni la gambar sebelum Dan Selepas saya 


Berubah abis hihi , dah kena Paksa , Kiut je lah lagipun nak tolong Kak Zura buat eksperimen Alatan makeup yang dia baru  beli 

Mujur saya tak suka makeup , jadi lah sekadar compact powder n
Lip ice , makeup ni Saja dekat 1 jam 

Pokok Kari Yang Subur

Salam 




 Ni lah pokok kari mula-mula saya tanam , masa ni banyak betul cabaran pokok kari ni nak membesar , cabaran nya daun tu asyik dipetik je oleh dua beradik ni.. alhamdulillah setelah bagi penerangan dan marah ckit :) akhirnya pokok kari ni berjaya membesar dengan jayanya..



Tadaaa...
tinggi dah pokoknya , tunggu masa yang sesuai untuk dipindahkan ke tanah ,  poko kinyit dan serai tu saya baru tanam buat anak pokok senang kat rumah saya nanti buat kebun mini.

nota kaki : rasa puas dapat taip blog guna netbook berbanding phone ;)

Nak Kaya Jom Berwaqaf

Salam

Saya tolong panjangkan tentang maklumat ini , semoga kita semua dirahmati Allah 


Rebut peluang pahala ;) 

Sedih hati ini

Salam


Tak terluah dengan kata - kata 

Esok hari Isnin

Salam

Just for fun ^__^ 


Apa pun isnin kena kerja rajin - rajin ye )

Keputusannya!!!!



Salam 

Terima kasih sekali lagi pada yang sudi memeriahkan entri semalam,


 tapi saya nak
Mintak maaf banyak - banyak dekat KA , izan mama mia dan eca ye sebab tak patuhi syarat , 

dan saya tak ambil kira dalam cabutan oleh en random ye , 

aisy mujur perasan salah letak komen di entri lain dan betul kan semula 







Dan pemenang yang bertuah itu adalah 



Pemenang nya adalah Sheila Salim , tahniah rezeki mom to be ;) , 

Rakan - rakan boleh tengok turutan komen dari gambar print screen di atas cuma saya tak kira pada rakan yang tak lepasi syarat ye 


Pasni sheila bagi nama , alamat dan no telefon ke nooradina@gmail.com untuk urusan penghantaran tudung ye


Tepat Jam 8 malam

Salam


Terima kasih pada yang gemar kan tudung aidijuma , seorang follower bertuah akan dapat tudung tu , setiap komen yang lengkap dengan 'saya nak' dan ada link blog sahaja yang akan saya terima , Insyaallah esok 25.1.14 akan saya umumkan pemenang nye .



Nak Bagi Tudung Aidijuma

Salam

Entri ni saya buat khas untuk follower blog myadyna.com yang sentiasa berada dekat dihati :) 

Sebenar nya tudung nie saya baru je pakai 3 x memang cantik sangat hijau nye , cuma gambar nye ni tak sesuai pulak nak bawak g tempat keje , jadi saya nak bagi pada follower yang bertuah ...



Siapa  yang nak cuma perlu komen 

' Saya Nak ' 

Dan tinggalkan link anda juga di komen ye.. Tak payah buat entri apa-apa.

Sah sehingga 24.1.14 tepat jam 8mlm , pastu saya akan guna random
Untuk cari follower bertuah itu


Menggamit Rindu

Salam

Alhamdulillah semalam berbuka Ala kadar sahaja 

Waktu saya menggoreng udang terkenang arwah tok yang dah lama pergi

Udang dibuang kulit untuk memudahkan cucu nya makan walaupun Simple tapi kenangan itu mengusik jiwa ku , amni pun berselera benarlah kata arwah tok dah buang kulit nanti senang adik nak makan ;(


Semoga roh tu dicucuri rahmat , alfatihah untuk arwah tok tersayang

Panduan Sebelum Masuk Rumah Baru

Salam

Sedikit info untuk saya dan rakan - rakan panduan atau cara yang perlu buat sebelum masuk rumah baru 

Sumber : FB

Impian Tercapai

Salam

Alhamdulillah 

Insyaallah , semalam pergi tengok rumah , 90% dah siap, orang dok buat tar depan jalan yang di tanam pokok Dan tiang elektrik pun dah nak di pacak, Tanya pekerja di show room rumah bulan dua dah boleh masuk paling lambat bulan tiga, sekarang kena survey kedai lampu Dan kipas pula.

Semoga rezeki ini seiring dengan pertukaran saya ke Perak 



Bulan 4 tahun ni juga genap 2 tahun arwah Azim pergi ... 

Dugaan yang Allah bagi sepanjang tahun 2012 , lebih mendekatkan kami dengan Pencipta...  


Salam maulidur Rasul

Salam

Selawat dan salam le atas Nabi Muhammad junjungan kita 


Sekadar berkongsi , beramal dan bersedekah untuk bekalan kita di sana , Insyaallah 



 



BE Pertama 2014

Salam

Minggu ni mood menulis tak berapa nak Ada , dok sibuk siap kan mural , ni pun gpk komen Ada kesalahan , so kena buat lain ;( 

Dah cash out duit Nuffnang , Malas la nak tengok dah , tapi tangan ni nak jugak tengok , alhamdulillah BE di tahun ini masuk seawal 10 haribulan , tahun lepas BE saya masuk lambat dalam bulan 3 atau 4 Kali ni rezeki BE Cepat , tq en nuff 


Garang Macam Rimau Manja Macam Kucing

Salam

Jom tengok betul ke tak dengan anda , saya anak no 3 , Macam betul je , hihihi , 


Amni Cepat Belajar

Salam

Begitu teruja saya melihat usaha amni untuk belajar , amni genap 3tahun 6 bulan semalam , niat di hati nak hantar ke tadika , memandangkan amni masih pakai lampin pakai buang jadi saya hantar dahulu ke Nursery yang sama tahun lepas , yang tidak ada pembelajaran formal, dan tempat kerja pula tak sehaluan dengan Nursery amni , jadi saya saja yang ajar amni di rumah , alhamdulillah amni cepat belajar , cuma tak boleh suruh dia fokus lama , saya pun tak paksa 

Cara pegang pensel pun betul , mudah saya nak ajar amni menulis , sampai huruf D amni dah cakap dia penat ;)


Nota kecil : semoga menjadi anak yang solehah

Nanti cerita tentang adib masuk kelas mengaji pula 

Tutorial membuat lubang keychain

Salam

Kali ni saya nak berkongsi bagaimana cara saya menghasilkan keychain menggunakan PVC+foam 

Adik fiqah ada tanya dalam komen tempoh hari , kat sini kak dyna tunjuk cara nya ye 



Ikut langkah -langkah seperti didalam gambar 


Bahan-bahan yang diperlukan 
Pvc
Foam
Gam uhu


Gunakan gam uhu untuk lekatkan lubang Keychain dan di antara pvc dan foam


Mulakan jahitan insang pari , dan apabila sampai di bahagian lubang Keychain , cucuk jarum menembusi bahagian belakang , dan tarik tinggal sedikit untuk kita masukkan jarum dari belakang



Bahagian belakang 
Cucuk jarum diatas benang yang dibawa dari hadapan




Dari bahagian hadapan tarik jarum dan masukkan kedalam lubang benang yang dilonggarkan tadi


Hasilnya dari bahagian depan




Hasil dari bahagian belakang

Selamat mencuba ;) 


Alhamdulillah , Sebahagian tempahan yang dapat disiapkan minggu ni.

Nota kecil : jana pendapatan dengan hobi 








Rumput Oh Rumput

Salam Jumaat 

Tengok gambar nilai sendiri , duit majlis kena bayar tapi rumput dan berbulan tak di mesin 




Serai dan rumput pun tak dapat beza dah ;) 

Moral dari cerita semua benda dah naik takkan rumput naik pun biar je... Yang berwajib sila ambil perhatian

My New Diary

Salam


Ibu: baba ibu nak beli diari lah 
Baba: laa, nak beli buat ape , guna je phone , buang duit je 
Ibu : ermm ye la nanti ibu download 

Situasi di awal tahun , memang tahun ni tak De nak beli ape-ape dah , fokus banyak kepada hal yang lebih penting .

Tq baba so ibu dapat save budget :) , dan ibu dapat tulis diari ^_^ 

Tabung Ayam