MR NUFF

JAM TANGAN CASIO DAN G-SHOCK

Salam

Entri kali ni saya nak berkongsi tentang page facebook jam tangan yang dijual oleh abang dan kakak ipar saya secara online sejak dari 2012 , alhamdulillah dah bertambah maju

Sesiapa yang berminat nak beli jam untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan boleh la ke page Casio2u shoppe boleh cuci mata , penghantaran dibuat dengan pos atau jika berhampiran bangi boleh sahaja COD .Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Jom kita lihat antara jam -jam yang dijual























macam mana ada yang berkenan ke??? :) ada banyak lagi , kawan -kawan yang berminat boleh lah ke page di atas ye ..

saya pun dah beli dua buah jam tangan dari abang saya , tolong adik beradik 

Ni jam saya , satu untuk formal casio dan satu lagi untuk aktiviti outdoor , macam berkebun , terapi renang ,saya pakai yang g-shock lebih lasak .


Wordless Wednesday - CPUV

Salam


Food Stylist


Salam

Sangat teruja selepas melihat blog My Small Kitchen milik kak zila dalam surat khabar harian metro Jumaat lalu 

Kalau tengok gambar pun memang dah rasa terliur nak makan , ni contoh gambar (saya pinjam ye kak ) 


Cantik kan , siap ada resepi lagi tau ,
Pastu saya pun Google gambar - gambar  food stylist ni 






Memang sangat awesome gambar ni , then saya pun Cuba nak buat gambar macam ni

Ini lah hasil nya




Hehehe nampak sangat tak pro , tapi tak pe saya akan jadikan gambar - gambar di atas sebagai panduan ... 

Ada juga buku dari oversea tentang cara - cara membuat food styling ni , website pun ada info yang banyak 



Nota kecil : tiba - tiba je ada hobi baru , ;)




Ikan Tuna Masak Kicap

Salam

Saja nak tayang lauk berbuka minggu lepas , balik dari kerja cergas dekat dapur nak masak 

Simple dan senang sangat 
Goreng ikan tuna
Tumis bawang besar
Letak kicap
Air asam sedikit 
Pastu biar api sederhana sehingga likat
Letak cili hijau
Dah siap

Ni la hasil nya


Ada yang terliur tak????

Nota comot : petang ni plan menu berbuka nak masak rendang daging korban pulak 



Fuzzy Logic Rice Cooker

Salam

Semalam jalan- jalan dekat Parkson Parade Ipoh yang sudah renovation baru terpandang lah benda alah ni, tak terlintas nak beli pun tapi bila en baba tanya dan dia nak cari nasi yang boleh dimasak steam 

Mula- mula terpandang dekat Panasonic tapi tak teruja bila tengok harga rm308 , tengok pulak dekat phillip lagi murah cuma dia tak De no digital macam Panasonic , saya pilih yang phillip 1.8 liter berharga rm279 dapat percuma gunting dan 2 tahun waranti , macam- macam
Boleh buat bubur, rendang, kek , steam dan lain- lain lagi ikut kreativiti 


Benda pertama nak buat adalah kek ;) harap - harap menjadi 

Hadiah yang paling hot Giveaway Me & My Family


Salam

^_______^

Seorang pemenang bertuah akan dapat 

Novel Love You MR Arrogant !!!!!!!!!!!


Nota comot : saya dah baca dan dah tahu endinggggg nye so novel ni saya nak bagi hadiahhhhh kat seorang pemenang yang bertuah , hadiah yang lain akan diberitahu kemudian, sori saya tak dapat jejak lagi rakan- rakan yang join...ampunnnn kan kakkkk , 

Cepatnya dah Jumaat

Salam Jumaat 

Bumi semakin tua waktu masih 24jam tetapi terasa pendek , cukupkah amal ku? 


Tapi ramai yang suka hari Jumaat kan , sedangkan jarak untuk kite ke hari Isnin dkt berbanding Isnin ke Jumaat ;)

Nota kaki : balik Ipoh lagi 

Kalender 2014 & Cuti Sekolah

Salam

Bagi perancangan tahun hadapan


Nota kecil : insyaallah tahun hadapan bercuti di rumah sendiri



Handmade by Dina

Salam

Dah lama tak ambil tempahan , sebab penyakit M dan masa yang tak mengizinkan , alhamdullilah dapat gak siap kan logo superman untuk seluar yang di make over kan , peminat tegar superman anak kawan di sekolah , ibunya pun tak larat nak beli semua seluar superman yang dipakai setiap hari . 


Superman + mickey mouse ;)

Sebelum Dan Selepas Kahwin

Salam

Tengok gambar nie Dan Akan faham sendiri ^_^


Nota kecil : badan kena jaga gak kan :)



Senyum itu sedekah

Salam Jumaat

Tak perlu bayar , tak perlu kata apa - apa 




Novel Love You Mr Arrogant

Salam

Dah beli novel nie dan dah habis baca 

Memang best 


Nota kecil : novel ni akan saya akan hadiahkan kepada salah seorang pemenang GA M&MF 

Cash Out Nuffnang 2013

Salam 

Alhamdulillah Kali ke 2 saya cash out bagi tahun ni, boleh la guna untuk bayor domain saya tahun ni 


Tahun lepas banyak kali dapat cash out maybe belum kerja lagi so banyak masa nak blog walking Dan update entri .

Nota kecil : alhamdulillah dapat juga side income 



Tudung Bawal Hana Bella

Salam

Saya memang suka tudung bawal nak dijadikan cerita saya terjumpa satu Page di Facebook iaitu Hana Bella , hati terus terjatuh cinta dan ingin dapatkan nya harga pun lebih murah dari tudung aidijuma , ada dress dan shawl jugak 

Jom layan pic 




Cantik tak ? 

Wrapping dia pun cantik sangat 



Kredit pic from Hana Bella 



Kari Ketam

Salam


Juadah masakan minggu lepas baru hari ni dapat update 

Ketam ni adib yang suruh masak memandangkan minggu lepas en babah dan adib balik ke sg besar

Jom saya kongsi kan resepi nye

Ketam 3 ekor yang siap dicuci dah di belah dua
Rempah kari 1 peket kecik
Santan cair rm1 
2 biji Bawang besar untuk ditumis 
1 biji Bawang putih ditumis
Setitik halia
Daun kari 
Halba campur
Setelah naik bau bahan yang ditumis masukkan rempah kari dan sedikit air biar kan seketika , masukkan ketam dan santan jangan lupa air asam jawa , biarkan sehingga pecah minyak masukkan cili hijau atau tomato untuk bahan sayur 

Selamat mencuba ;)


Burger Bakar Abang Burn

Salam

Hari ni nak cite pasal burger bakar ni pulak, kami sekeluarga pergi ke Shah Alam sewaktu ke My Toys untuk gunakan baucar yang baru sahaja dimenangi .

Boleh tahan tetapi kami lebih suka di Man Burger Kukus Larva sebab sos dan mayonis nye melimpah - limpah tetapi kat sini nak cari botol sos tambahan pun takde atas meja , apepun kami bagi 3 bintang setengah ;)


Ni lamb Cheese saya punya ;)





Man Burger Kukus Lava Komen Lagi

Salam

Fuh agak penat sebab 3 hari 2 malam ada perkhemahan di sekolah , hari ni sekolah ambil cuti.

Berbalik pada tajuk entri hari ini

Tabik spring dekat dia orang sebab selalu  ada feedback setiap kali ada entri berkenaan kedai ni , boleh la buat penambahbaikan dari masa ke semasa , ada saya tulis tentang kedudukan cawangan kedua nya yang agak jauh , then dia suggest pergi ke Damansara Damai sebab lebih dekat 




Terkenang daku kepada Mr Crabb ni hihi



Insyaallah lain kali kami sekeluarga ke sana lagi




Menang baucar dari My Toys

Salam

Jumaat yang penuh barakah

Alhamdulillah menang lagi contest dari majalah Pa & Ma kali nie hadiah baucar dari My Toys , boleh guna dekat Plaza Shah Alam sahaja , so cuti sekolah nanti boleh lah bawak dua beradik ni ke sana , syukur juga kakak ipar pun menang hadiah yang sama , tak sia- sia turunkan ilmu tips ;)


Email untuk Muhaini Jainal

Salam

Tq pada yang join GA saya , Insyaallah akan saya jejak satu persatu , entri ini saya nak bagi tahu Email saya  kepada seorang rakan . Harap saya dapat membantu puan juga :)

nooradina@ gmail.com


Orang perempuan lambat bersiap

Salam

Nak berkongsi satu gambar dari FB kenapa orang perempuan terutamanya ibu-ibu lambat bersiap jika nak keluar dari rumah, ada benarnya juga ^_^ lukisan gambar ni


Nota kecil : Nantikan GA dari saya ye

Tabung Ayam