MR NUFF

Jom Tanam Pokok

Salam 

Hari ni adib dan amni belajar tanam pokok . Semoga hasil tanaman mereka hidup subur ;) 

Beli alatan kebun ni dekat Mr D.I.Y 





Pokok ni beli di ikea rm7.90 saya pecah kan anak- anak pokok kepada 3 pasu 

Tiada Lagi Dot Com

Salam

Entri sedih ... Tapi tak sedih mana sangat pun hihi ... 

Disebabkan saya dah tak bape nak update blog , saya terpaksa buat keputusan ini ... Walaupun dah selesa dengan blog myadyna . Com selama 4 tahun ... Lama tu ...  Sebelum tarikh tamat bulan 12 ni ... Setelah difikir semasak- masak nya... Ku relakan jua ... Back to normal nama cahaymataku. Blog sport. Com ..

Tapi saya tetap adyna AB yang sama tak tukar ye ;) 


D.I.Y Lipat Plastik Terpakai

Salam 

Sedikit ilmu yang baru dipelajari ... Sekarang dekat rumah saya tengah susun plastik hasil membeli barang dikedai , harap bertahan lah cara ni , jangan penyakit 'M' datang sudah lah ;) 

Cara-cara nya tengok gambar dibawah ye 





Lipat macam ni 


Buat jadi segitiga sampai hujung


Lebihan ni masukkan kedalam 


Tandaaa jadi dah segitiga 






Lipatan d.i.y yang terhasil 



Senang nak ambil bila nak guna ;) 

Jom lipat plastik 



D.I.Y Pasu Pudina

Salam 

Alhamdulillah dapat buat senaman ringan di pagi hari 

Saya buat diy pasu pokok pudina saya ;) 

Bahan- bahan nya 




Tin teh bercorak 


Pokok pudina , saya beli kat mydin , makan sikit buat ulam , batang rendam dalam air bagi tumbuh akar 


Serbuk akar , cuma nak bagi kuat akar je tak letak pun tak pe

Tanah jangan lupa ^__^

Tadda dah siap , pokok pudina tu boleh bagi dua jadi dapat banyak anak pokok



Dah boleh deco dekat dapur , nak makan nanti petik je 



Selamat mencuba ... Pasni boleh tanam pokok lain pulak ;) 










Kalau dah memang rezeki

Salam 

Alhamdulillah selamat sampai rumah , pengalaman turun dari bukit dalam keadaan jalan yang licin dan 4x4 kawan terbabas ke tebing bukit ..mulut tak henti - henti berdoa sementelah ada lori sebelum kami yang terbabas dan tayar nya melekat tak boleh bergerak ... 

Berbalik pada tajuk entri , saya nak berkongsi cerita ,saya menang cabaran bulan Julai & Ogos tentang ruang makan dan dapur , target saya nak dapat hadiah buku tempat ke 5 , tapi bila di random saya dapat tempat 1 jadi hadiah nya


Alhamdulillah hadiah ni pun dah selamat sampai dan saya beri pada mak mertua...

Alkisah nye lagi suami saya dapat tempat ke 5 untuk cabaran bulan September & Oktober laman & garaj ... Syukur dapat juga buku yang saya idamkan ni 



Banyak info yang berguna , dan semangat mengemas dan menyusun atur meluap- luap sudah 

Ini lah yang dikatakan rezeki , terima kasih pada blog pn Fizah ( susun atur sioca) dan penaja kerana merealisasikan keinginan saya 



Susah Hati Bila Anak Tak Makan

Salam

Tajuk entri ni perihal adib yang tak suka makan walaupun kita paksa dan masak macam- macam , alasan dia abang nak makan yang sedap- sedap
Macam kfc , marrybrown , pizza ... Terdiam saya , bayangkan umur 6 tahun berat adib 14 kg je , makin tinggi tapi tak berisi 

Memang tak di nafikan tahun lepas adib duduk berasingan dengan saya , sebab saya masih di Selangor , tahun ni pulak dapat pindah ke Perak tapi bertugas di pedalaman , adib manja dengan saya berbanding amni yang lebih berdikari tak hairan lah amni lebih berisi dari abang nya , sebab bila makan je adib nak bersuap 

Sampai la satu tahap saya terpaksa print gambar ni , dan tampal di almari pakaian , takut jugak dia 


Sebab adib memang nampak tulang bukan tak cukup makan tapi memilih makanan , vitamin tambah selera makan pun dah bagi . Mujur susu adib masih nak minum , sebelum ni memang cikgu di kemas cakap adib hampir pitam sewaktu lawatan ke balai bomba , bila ditanya dia cakap lapar , sebab bila opah nya suruh makan dirumah dia taknak 

Ada pandangan tak dari rakan- rakan yang mempunyai masalah anak susah nak makan, boleh la kita berkongsi menu 

D.I.Y Jam Dinding

Salam

Coretan hari ini , setelah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan badan beruniform di sekolah , hari ni kami cuti ... 

Kali ni saya dan suami baru beli jam rumah . Diy sahaja , kami beli dengan harga rm37 , boleh lekat ikut kreativiti , yang ni hasil tangan En babah 


TV masih oldskol, yang baru belum letak lagi , pasu pokok airplant saya je yang tinggal , pokok nye dah mati , sebab En babah siram air terlebih ... 

Konsep putih , hijau , dan merah ..
Pokok lily tu kami beli di tesco , pokok hidup ni 
 
Nota kaki : insyaallah cuti sekolah ni kami akan menetap di rumah sendiri dah , berkira - kira lagi bila nak buat kenduri masuk rumah

Tabung Ayam