MR NUFF

D.I.Y Jam Dinding

Salam

Coretan hari ini , setelah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan badan beruniform di sekolah , hari ni kami cuti ... 

Kali ni saya dan suami baru beli jam rumah . Diy sahaja , kami beli dengan harga rm37 , boleh lekat ikut kreativiti , yang ni hasil tangan En babah 


TV masih oldskol, yang baru belum letak lagi , pasu pokok airplant saya je yang tinggal , pokok nye dah mati , sebab En babah siram air terlebih ... 

Konsep putih , hijau , dan merah ..
Pokok lily tu kami beli di tesco , pokok hidup ni 
 
Nota kaki : insyaallah cuti sekolah ni kami akan menetap di rumah sendiri dah , berkira - kira lagi bila nak buat kenduri masuk rumah

Menang Peraduan di Majalah Keluarga

Salam

Petang tadi balik rumah , tengok - tengok ada parcel dari Karangkraf , terdetik kat hati ni mesti vitamin , sebab itu lah peraduan tahun ni yang saya sempat buat sejak pindah ke Perak 


Alhamdulillah , sekurang- kurangnya dapat dua beradik ni makan vitamin keluaran nature's way . 

Terima kasih majalah seri dewi keluarga dan nature's way 

Nota kaki : tahniah pada kakak sedara yang dapat baby setelah 8 tahun anak sulung nya ... Tiba - tiba rasa sebak masa di hospital Ipoh tadi ... Teringat peristiwa 2 tahun lepas 


Tabung Ayam