MR NUFF

Kek Coklat Moist Kukus


Salam
update entry lama je dulu , memang kek coklat kukus je en babah cakap jadi bila bakar selalu tak jadi :

 entri kali ni saya nak berkongsi resepi dari blog nameeroslan.blogspot.com ... Pertama kali cuba buat kek cara kukus dan saya memang ikut langkah- langkah yang diberi , alhamdulillah menjadi . 

Ni lah hasilnya 


Guna bekas microwave safe dan saya tutup dengan penutupnya jadi kek ni dah tak boleh naik dah , pengukus saya kecik jadi tak muat bekas besar.


Bila dah letak topping jadi menarik sangat memang tak sampai sehari abis kek ni, En babah suka adib dan amni suka.. Rasa seronok sangat bila tengok deme makan , kalau tak mesti kena komen hihi 

Ni saya kongsi kan resepinya , akak share ye nameeroslan 

Ikut je langkah yang diberi insyaAllah menjadi 

1)tepung gandum
2)  gula perang
3) Serbuk koko (brand Van Hauton)
4) Susu pekat manis
5) Susu full cream (Dutch lady)
6) Soda bikarbonat
7) Baking powder
8) Minyak masak
9) Butter
10) 3 biji telur
11) Essence vanilla

Mula-mula buat cake dia dulu...Ok imagine macam buat eksperimen kimia dalam lab ok...mihmih.

Ini campuran X

1) 1 cawan gula perang
2) 1 cawan susu full cream
3) 1/2 cawan susu pekat manis
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 cawan serbuk koko

Masukkan semua lima bahan tu dalam periuk tu , masak dalam api yang kecik and kacau sampai sebati ok.

Campuran Y

1) 1 1/4 cawan tepung
2) 1 TSP soda bikarbonat
3) 1 TSP serbuk penaik

Campur 3 bahan tu masuk dalam bekas macam tu and ayak kan untuk asingkan ketul2. Baru lah cake smooth je nanti. Kadang2 tepung macam ada ketul2 tu kan, so bila ayak jadi halus lah. mihmih. Mu pehe dop ni ? 

Campuran Z

1) 3 biji telur
2) 1 TSP essence vanilla

PEcahkan 3 telur tu and kacau hingga sebati dengan 1 TSP esen vanilla tu. 

Ok dah siap bahan eksperimen X, Y and Z tu


Ok pastu dah senang dah...

Z tu masukkan dalam X . Kacau sampai sebati sampai betul2 sebati.

Then Y tu masukkan dalam campuran X+Z tadi tu. Gaul sampai sebati. Make sure takde ketulan2 tepung. So bila dah siap sebati tu dah boleh kukus. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit.

Pastu untuk buat dia punya topping tu untuk salut cake tadi tu guna 3 bahan ni..


1) 1 sudu butter
2) 1 cawan serbuk koko /satu bar chocolate tu. Saya pakai 1 bar chocolate sebab sebuk koko tadi tak cukup. kehkeh
3) 1/2 cawan susu pekat manis

masak semua bahan tu sampai sebati. Then salut atas kek yang dah siap tadi tu...

*****
Untuk topping saya buat cara lain , terpulang pada anda nak pilih yang mana 

Topping kek coklat 

Bahan-bahannya ialah:
# Setengah cawan serbuk koko
# Setengah cawan susu pekat
# 2-3 sudu besar minyak masak
# Air panas / suam secukupnya

Cara-caranya ialah:
# Kacau semua bahan atas api kecil. Kacau hingga sebati dan siap ! 

Simple kan.

Hari minggu ni ingat nak buat lagi kek coklat ni ;)



7 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. buat kek sedap ni. Kalau naim mmg pantang jumpa ni, tapi mamanya yang malas nk buat. Bli pun sekali sekala je

Sidratul Muntaha said...

huuh
cake yg sangat tkut nk buat
ahahaha
tkut keras

Kesuma Angsana said...

tq share yer... kena suh angah cuba buat lah

Yan Saflina said...

Coklat moist yummy sangat...suami saya pun suka, cuma sekarang dia lebih demand nak indulgence coklat cheese cake..huhu

adyna AB said...

@Sidratul Muntaha Yg kukus ni mmg takut sangat tak jadi , sbb yg bakar pun jarang nk jadi hihi

adyna AB said...

@Yan Saflina Yang ada Cheese tu Mst lagi sedap kan ;)

Cikna said...

Kek paling sng nk wat klu Cikna topping tu gantikan adunan cheese so ade la rasa masam2 manis.....;-)

Tabung Ayam