MR NUFF

Burger Banjir di Mat Periuk JR

Salam 

Dah lama tak update blog, sibuk susun jadual bagi teratur, adib dan amni masing-masing dah sekolah , saya masih di Pos legap dan bekerja secara syif, mula-mula rasa amat tertekan juga, bila dah masuk bulan  Feb, rasa boleh atasi masalah , mana nak gosok baju , masak lauk siap2 untuk hari saya bermalam di sekolah ... 

Ermm tak perlu lah nak ceritakan masalah , setiap benda insyaallah boleh di atasi 

Hari ni En babah belanja adib burger dekat cafe chef Kamarul yang ke dua yang terletak di desa tambun Ipoh , dekat sini lebih kepada masakan western, 

Rezeki jumpa chef Kamarul , sebenar nya beliau satu kampung dengan En babah di kg tersusun tasek tapi deme jarang berjumpa

Burger pilihan saya burgerbah atau pun burger banjir .. Sedap tapi saya tak larat nak abiskan 




Sos nye macam chicken chop , lapisan daging telur , Cheese disimbah dengan sos nye 





Sesiapa yang singgah Ipoh boleh la cuba datang ke Mat Periuk Cafe Jr , cawangan kedua chef Kamarul 







2 comments:

Kakzakie said...

Bestnya Dyna dpt merasa chef kamarul punya resepi. Dulu masa bulan ramadhan kat tv ada rancangan masak-masak dia kakak suka tengok..

Ave Ry said...

Sedapnyaaa... jadilah saya lapar melihat posting ni ^^ ., salam kenal

Tabung Ayam