MR NUFF

Susah Hati Bila Anak Tak Makan

Salam

Tajuk entri ni perihal adib yang tak suka makan walaupun kita paksa dan masak macam- macam , alasan dia abang nak makan yang sedap- sedap
Macam kfc , marrybrown , pizza ... Terdiam saya , bayangkan umur 6 tahun berat adib 14 kg je , makin tinggi tapi tak berisi 

Memang tak di nafikan tahun lepas adib duduk berasingan dengan saya , sebab saya masih di Selangor , tahun ni pulak dapat pindah ke Perak tapi bertugas di pedalaman , adib manja dengan saya berbanding amni yang lebih berdikari tak hairan lah amni lebih berisi dari abang nya , sebab bila makan je adib nak bersuap 

Sampai la satu tahap saya terpaksa print gambar ni , dan tampal di almari pakaian , takut jugak dia 


Sebab adib memang nampak tulang bukan tak cukup makan tapi memilih makanan , vitamin tambah selera makan pun dah bagi . Mujur susu adib masih nak minum , sebelum ni memang cikgu di kemas cakap adib hampir pitam sewaktu lawatan ke balai bomba , bila ditanya dia cakap lapar , sebab bila opah nya suruh makan dirumah dia taknak 

Ada pandangan tak dari rakan- rakan yang mempunyai masalah anak susah nak makan, boleh la kita berkongsi menu 

7 comments:

Jazz Lover said...

Laa, boleh pulak macam tu. Selalunya budak2 nie kuat makan. Apa kata, bagi jer makanan yang dye nak tu. Tapi sekali sekala jerlah. Kalau berkala2, bankrap pulak nanti. Heheh. Angel Love Soldier

Tihara said...

kalau kita kerap sediakan menu kegemarannya, agak2 membantu tak,

adyna AB said...

Hihi memang bankrap kalu ikt ape dia suka Mkn

adyna AB said...

Aah skrg asal cuti saya pilih lauk yg dia suka , tgh bln mtk ketam uwaaa belikan jugak lah

Nazayiena Ayiena said...

Cuba tanya apa lauk yg dia suka,klu ada bolehlah masak selalu utk dia...

adyna AB said...

Dia suka fish ball n fish cake , nnt blh la tambah maknan yang dia suka ;)

Sidratul Muntaha said...

xpelah
janji sihat
budak2 ni mmg susah sikit
anak kami yg sulung aqil tu berat 51kg tinggi 1.4m
umur 6 thun
makan saje
yg adik umur 4 berat 12kg..
cicnot je..
tpi dua2 mgm tinggi
ikut belah babah deme
kena saba kot sbb aqil dulu pun smpai umur 4 thun makan pun nak xnak

Tabung Ayam