MR NUFF

Cheesekut Yang Mudah

Salam..

Petang ni balik taknak makan nasi, jadi makan cheesekut yang buat dengan adib semalam.. Wah memang kenyang makan tiga potong , sekarang dekat rumah mesti buat sesuatu untuk dimakan bila rehat -rehat , pasti ramai yang dah pernah buat dan makan , dekat sini saya kongsi kan resepinya 

Cheesekut 

Bahan-bahan 

Biskut cracker cap Ping Pong (biskut lain pun blh)
Cheese tatura 250gm 
Susu pekat
Susu segar(guna air suam pun boleh)

1. Pukul cheese smpai kembang.
2. Masukkan setengah tin susu pekat dan pukul lagi sampai kembang.
3. Biskut cracker celup dalam susu segar. (utk lembutkan je jgn smpai terbelah)
4. Susun biskut dalam loyang.
5. Sapu bancuhan cream dgn susu atas biskut.
6. Taburkan nestum atas lapisan cheese.
7. Ulang langkah 4-6 sampai bahan habis.
8. Letak dalam peti sejuk semalaman
Nak letak nuttela ke serbuk milo , ikut citarasa masing-masing 
Macam saya buat ni saya pipingkan coklat hazelnut gardenia tu (sedap dan murah)


2 comments:

Kakzakie said...

Kakak pun selalu buat Dyna tapi toping tak letak coklat
Lain kali kakak cuba letak mesti lagi sedap ni..

Cikna said...

Kena cuba ni.....;-)

Tabung Ayam