MR NUFF

siapa tahu masak siput sedut ???

salam...
alkisah minggu nie asyik beli siput sedut masak lemak jer...
nak masak sendiri tak pandai nak buat mcm ne ngan siput sedut nie.. sekadar ingin berkongsi ada yang tahu cara buat siput sedut nie x? masak lemak.. n bagaimana cara untuk bersih n potong siput sedut nie..
masa bujang mak masak kat umah..before masak mak tindih dulang atas baldi yang berisi air ngan siput sedut..takut dia memanjat kata mak ;) tapi tak tolong pun..tolong makan je ^_^

dok google jumpa 1 blog nie dapur masakan dia ada bagi resepi leh la nak cuba.. untuk rujukan


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kilo siput sedut
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api
  • sedikit halia
  • sebatang serai
  • 1 biji kelapa diparut
  • garam secukup rasa
  • sedikit kunyit
  • sedikit gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan 
  2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. kalau idak jenuh nak mengutipnya. siput tu masih boleh merayap biasanya. 
  3. Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis. 
  4. Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
  5. Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.  
  6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api. 

simple je..tapi nak mematikannyer macam mana yer

6 comments:

aReLaN said...

konfem2 la tak reti.makan je tau saya ni.hahaha

lurun namzar said...

saya pn tau mkn jer.
tapi rasanya basuh ngan hampas kelapa kot.

AkmaFaizal said...

tau2..cuma kadang2 rase tak konsisten je..hehe..anak2 n suami suka makan..sedut2 slurp2 bila makan..sedaappp :)

adyna said...

arelan mmg confirm xreti ;)

lurun ada dgr gak tips mcm tue...

akma tu le pasal takut salah cara jadi keracunan hehehe..memag sedap masa sedut hehehe

ch@ said...

kita gerun tgk siput tu merayap panjat besen. selalu nak makan pun, beli je kat kedai. means, tak reti la nak siang tu kan? eh panggil siang ke? hahahaaa.

adyna said...

tu la cha... plan dalam kepala nak senang beli jer yang dah masak ^_^

Tabung Ayam