MR NUFF

Petua Tradisional Untuk Merawat Senggugut

salam...

walaupun saya dah tak alami senggugut..saya nak share satu petua dengan kawan-kawan




Pilihan 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Pilihan 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

sumber:FB

7 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share akk...banyak erk petuanya...

Ratu Hatiku said...

Good info. tq sharing ya.

Kesuma Angsana said...

tq tips2 yag baik ni

therosputih said...

banyaknya petua...baru tahu...alahai...

Mas Dayang said...

Izinkan saya share yk.

adyna said...

Boleh je share ;)

MARIA AWI said...

pernah sekali dulu masa kat asrama kawan saya sampai merangkak2 jalan dalam dorm akibat senggugut.kalau nak ke toilet, berpaut kat tiang2 spjng koridor.so memang boleh imagine la betapa sakitnya senggugut ni...

jalan2 di blog saya juga untuk info berkaitan senggugut..
http://bit.ly/1pIwwCz

Tabung Ayam