MR NUFF

Petua Menghilangkan Kesan Lebam Bawah Mata

Salam... 
mood : batuk + selsema = mc
just nak share satu petua yang saya jumpa di FB 
macam saya ada lebam bawah mata sebab pakai spek :)
jom kite tengok apa petua nya yer..
mudah, murah 



Pilihan 1: Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan. Bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 15 hingga 20 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur.

Pilihan 2: Banyakkan meminum air kosong. Pegambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

Pilihan 3: Makan sayur-syuran hijau. Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian anda.

Pilihan 4: Menggunakan Tomato. Hiriskan tomato dan tekapkan pada kedua-dua belah mata anda selama beberapa minit. Anda juga boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Pilihan 5: Menggunakan Kentang. Kisar sebiji kentang dan bahagikan kepada 2 bahagian. Balutkannya dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tersebut pada kedua-dua belah mata anda. Pastikan anda pejamkan mata anda dan biarkan selama 25 minit.

Pilihan 6: Ambil timun bahagian kepala yang berwarna hijau pekat dan parutkan hujung timun. Ambil tisu muka berbentuk 4 segi dan basahkan dengan air yang terhasil dari parutan tersebut. Lekapkan pada kedua-dua belah mata anda.

Anda juga boleh ambil hampas parutan timun tersebut, letak di atas tisu, dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan pada kelopak mata anda. Pejamkan mata anda selamat 25 minit. Amalkan ia selalu.

Pilihan 7: Sapukan bahagian lebam bawah mata dengan air perahan limau/sitrus yang berwarna kuning. Sapukan di bawah mata. Amalkannya setiap hari.

jom kita sama-sama cuba
^_^

6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

saya selalu ade!

Ibu Ann said...

info yg sgt berguna..thanx sharing..

Kesuma Angsana said...

tq share & jaga diri ye !

Kniedaz said...

best ni buat tapi selalu lupa atau tak berkesempatan huhu

Kakzakie said...

Bila baca petua tu macam mudah Dyna tapi kakak ni malas bila dah tiba rumah lain yg nak dibuat apa lagi dah malam...

therosputih said...

ain pun sama akak, ada masalah lebam bawah mata...boleh try salah satu petua nih.l.

Tabung Ayam