MR NUFF

KEGUGURAN????


ERMM.. apa punca keguguran nie yer? satu yang pasti kuasa Allah..sejak akhir2 nie orang-orang terdekat chiq dina banyak cite pasal keguguran..then yong chiq dina pun baru jer keguguran.. dia tak pasan pun dia pregnant dia cakap period dia datang banyak n one day laju sangat turun darah.. tengok2 seketul2 macam daging yang kuar..n dia nak pitam dah masa tue.. baru g klinik check ..1st doc check dia cakap keguguran tapi bila scan nampak ada lagi ketulan dalam rahim ..ingat ketumbuhan..pas buat appointment untuk scan balik ketulan tue dah tak der.. so memang keguguran n yong chiq dina kena CUCI RAHIM

SEKADAR PENGETAHUAN: CHIQ DINA BUAT RESEARCH CKIT DARI GOOGLE

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

* Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
* Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
* Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

* Usia terutama 35 tahun keatas
* Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
* Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
* Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
* Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
* Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
* Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
* Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
* Pernah hamil dengan anak cacat
* Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
* Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
* Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

* Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
* Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
* Gigitan ular
* Meminum cafin secara berlebihan
* Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:

* Terdedah kepada Komputer monitor
* Hubungan seks
* Senaman

CHIQ DINA PUN TAKUT NGAN SUME NIE.. ORANG KEGUGURAN PUN KENA BERPANTANG MACAM ORANG BERSALIN..TAPI SEKARANG MANA ADA ORANG NAK IKUT SANGAT..SEBAB KATANYA DAH MAKAN UBAT..ERMM

3 comments:

Nurkasih mama said...

eeee...takutnya klu dgr cite2 cam ni,btul ke dina keguguran???? dah cuci semua ke? kena berpantang ke?

ChiQ diNa said...

eh tak ana.. kakak yang baru keguguran.. tu yang risau gak..

therosputih said...

keguguran...mintak2 la dijauhkan dari sume ni...ada kawan, baru ngandung nak masuk 3 bulan, keguguran...cean dia...tekanan emosi kot kan...iskh...

Tabung Ayam