MR NUFF

Ziarah kubur Azim

Salam


Lama saya sepi... Masa begitu mencemburui , minggu ni siapkan order popia nestum dan sira lada disamping kraftangan , kena menghadiri taklimat ... Dan menerima perkhabaran yang menggembirakan tapi saya akan berkongsi bila tiba masanya ... 

Alhamdulillah dah selamat sampai Ipoh , hampir sebulan lebih saya tak pulang ke Perak dan menziarah kubur arwah aZim, sesungguhnya ibu tak pernah melupakan mu anakku sayang, walaupun ibu tak dapat melihat wajah dan mencium mu Kau pernah berada didalam rahim ibu dan itu lah kesudahan ibu menjalankan tugas seorang wanita dan isteri... Sekarang ibu ada tanggungjawab yang besar bersama babah untuk membesarkan abg dan kakak mu..  Tak terasa sudah hampir 2 tahun kau pergi menemui Ilahi ... AZim
Setiap kali ibu tulis tentang mu wahai anak , pasti airmata ibu akan mengalir... 

Nota kaki : Abdul azim b hasmardy pergi mu membawa rahmat... 

8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, in shaa Allah. arwah azim menunggu kalian di pintu syurga. semoga terus tabah ye kak...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Adyna,semoga tabah sellau.Al-Fatihah utk Arwah Azim

Kakzakie said...

Sudah Allah jadilah Allahyarham anakanda Azim sebagai ahli syurga yg menanti ibu-bapanya dipintu syurga.

Percayalah Azim tenang di sana..

adyna said...

Waalaikumussalam, insyaallah , cuma kdg2 teringat juga ;)

adyna said...

Insyaallah Kak atie , tq ye

adyna said...

Insyaallah , tq kakzakie, cuma hati ni tiba2 terkenangkan arwah

Tihara said...

Ya Allah sebak akak baca entry ni,
insha Allah,arwah akan nantikan kamu berdua di pintu syurga..
besarnya kasih ibu, moga Allah merahmati kalian sekeluarga

Aisy Nasiha said...

Sedih saya baca entry ni
rasa sedih ..... insya Allah, arwah Azim yang dirindui sentiasa di dlm ketenangan di sana.

Tabung Ayam