MR NUFF

dah masuk hospital baru saya ambil takaful

salam...


saya ingin berkongsi sedikit tentang kepentingan takaful... seperti yang kawan-kawan sedia maklum saya telah mengalami tumpah darah sewaktu mengandungkan arwah azim 5bulan 4hari pada 1April yang lalu.. sebelum tumpah darah saya telah masuk wad selama 2minggu untuk dipantau oleh doktor..sebab saya asyik bleeding je tapi spotting jer.. saya discaj 31.3 balik umah pukul 4pg saya tumpah darah...

itulah kronologi saya serba sedikit..

saya guna GL en babah so saya tak kisah lagi tentang takaful.. tapi setelah saya menjalani pembedahan hysterectomy(buang rahim) akibat placenta acreta dan tumpah darah yang banyak 5pain darah hilang n 10pain doc masuk balik.. saya mula terfikir tentang penyakit-penyakit yang lain..dan  bermula lah kesedaran kepentingan takaful nie...



then saya apply maa takaful haji , takaful nie ada simpanan, cover 46 penyakit kritikal,upah haji jika kita meninggal..dan yang penting rm50 jer ..sebagai surirumah saya rasa nilai nie pun dah cukup sebab income datang dari elaun en babah bagi ^_^ 

jom baca keluhan en babah sewaktu nak amik laporan perubatan saya

 Dari semalam(selasa) saya datang untuk membuat permohonan laporan perubatan. Kali pertama datang, saya lihat hanya seorang sahaja di kaunter dengan pelanggan lebih kurang 5 orang. Tak mengapa mungkin begini kot..fikir saya. Saya cuma dapat photostat dokumen yang diperlukan namun namun tertinggal salah satu salinan yang diperlukan. Jadi saya bercadang untuk datang esok dan masa pun telah menunjukkan jam 1.00 petang. Saya datang jam 11.30 pagi.

Hari ini, setelah semua dokumen diperlukan telah disediakan, saya datang semula jam 12.25 tengahari dan hari ini ramai yang menunggu. Namun kaunter masih lagi seorang sahaja. Tepat pukul 1.00 petang kami dimaklumkan bahawa kaunter tutup, sila datang selepas pukul 2 @ 2 lebih ( ehmmm kerajaan).

Namun saya tidak datang jam 2.00 petang saya datang jam 3.00 petang. Apabila sampai saya lihat lagi ramai orang yang datang. Nombor yang saya ambil tengahari tadi terlepas dan perlu mengambil nombor baru iaitu 60. Pada masa itu nombor 51.
tup-tup bile dah sampai giliran, proses hanya 5minit sahaja  
, nak tunggu berjam-jam lamanya

saya cerita kat sini supaya kengkawan yang belum amik takaful boleh la amik masa sihat dah sakit nanti nak g mengambil laporan pun banyak prosedurnyer.macam yang berlaku pada en babah

.jangan jadi macam saya, syukur ada gak kesedaran nak amik takful selepas operation ^_^
 
:) semata -mata nak amik laporan perubatan rm40 saya,
 en babah dah pening kepala tension tunggu lama, sori je yang mampu saya cakap..

saya tanya en babah boleh claim kat takaful ker.. en babah cakap nie baru nak apply kena tanggung sendiri..... adus..kena kuar duit sendiri lagi.. tapi tak pe janji saya buat gak takaful , masa akan datang kite tak tahu sakit ape .. beringat sebelum terkena...


9 comments:

Cinta Misteri said...

aduhaiii....
anak CiM lahir jer dah kena kejar ngan kawan En.hubby, dia tak paksa, tapi sbb mulut manis kami joint jugak.

Kuasa Allah, anak CiM yg ke-2 terpaksa dibedah di bahgian leher utk keluarkan beberapa saluran yg tak jadi masa berusia 8bln. Operation cost RM7000. Nasib ada insuran. kali ke-2 masa dia beumur 18bln, ditempat yg sama kali ni cost operation RM11,000 termasuk rawatan. nasib ada insuran...

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2009/05/15-oct-2008-detik-mencemaskan-apabila.html

AkmaFaizal said...

seramnya...sampai kena buang rahim yer...tabahkan hati..semua yg berlaku ade hikmahNya...

IntaNBerliaN said...

sy xda plak.. huhu.. ms bsalin dulu guna gl hubby je

Bazilah (^0^) said...

ermmmm betul tuh,malang x berbau kan. saya ngan hubby pon dah amik insurance jgk..

adyna said...

cik min... btl tue.. takut jadi ape2

adyna said...

intan: akak memang guna gl suami..tapi takut jadi ape2 hal kemudian hari tu yg akak apply takaful :)

adyna said...

bazilah : kita buat persediaan awal.. coz takaful nie kira macam pelaburan jugak..tak jadi pe2 duit nanti boleh amik balik :)

Muhammad Hazwan said...

slm.sy ingin meminta izin untuk meletakkan artikel ni di blog saya di alamat http://takafulwithus.blogspot.com boleh?supaya lebih ramai tahu tentang kepentingan takaful, bukan membebankan malah memudahkan masa depan..

adyna said...

wasalm...

boleh jer share..coz saya pun tahu bile dah dtg musibah..sekarang lp baru hantar kat maa untuk proceed takaful..

Tabung Ayam