MR NUFF

kuih limas versi opah banon ^_^

salam..

hari nie nak berkongsi resepi kuih limas opah banon saya..yang diperturunkan kepada mak..n mak perturunkan kepada saya ;)

mak tak bagi sukatan yang formal..

mak hanya bagi macam nie..

2cawan setengah tepung gandum
2cawan air(nak cair leh tambah lagi)
pewarna hijau( guna daun pandan lagi bagus)
gula
garam
santan rm1

cara buat..
bahagian bawah:
tepung dicampur sedikit dengan santan..masukkan air sedikit demi sedikit..pewarna hijau..ckit je letak ye,sampai sebati bile masuk jari air adunan seakan melekat ckit dijari ..
ketepikan..

bahagian atas:

santan dicampur sedikit air dan sedikit garam..

kelongsong nyer saya guna acuan kotak mancis..
staple kan kiri dan kanan 

cara masak:

masukkan sesudu gula dalam setiap kelongsong, masukkan adunan bahagian bawah jangan sampai penuh..kukus sehingga 15 minit..

kemudian masukkan adunan atas kukus lagi 15minit..

saya buat banyak kali baru berjaya..

ni la hasilnya



kami 4beranak meamng sukakannya..kalu letak dalam peti ais pun sedap.. makan panas2 pun sedap..

p/s: ada orang panggil tepung pelita kan.. kami kuala kangsar panggil kuih limas ^_^


8 comments:

Eca Dwinky Asha said...

da lma cri resepi neyh....

Bazilah (^0^) said...

kuih tepung pelita rupenye,puas fikir td hehehe. eh nmpk senang lah nk buatnye.nk try lah nnti ;)

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pggil limas gak....tepung pelita pown pernah dgr...

kemma said...

ermmm..sedapnya.cam nak try tp..nk wat kotaknya tu x pandai la plak..huhu

IntaNBerliaN said...

bestnya... sy panggil kuih tepung pelita :-)

Kancilbiru said...

wahh feveret ni tapi tak ramai yg pandai buat..

mesti best ni sbb resipi temurun :)

nur anis said...

tepung pelita...saya suka jugak makan..tapi kalau manis sangat, tak boleh nak makan..

Kesuma Angsana said...

tq share yg ini mmg best kan

Tabung Ayam