MR NUFF

Info Demam Panas dan Sawan Tarik



Salam..


banyak petua saya dapat bile kite search, baru-baru nie amni demam panas 39.9 cepat2 bawak g jumpa doc..kena jeram air..n 2biji ubat bontot dimasukkan..
kat sini saya kongsikan bagaimana kita ibu2 nak tahu anak demam..



Tanda-Tanda Demam Panas:

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena Sawan Tarik di Rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

8 comments:

iznawzi said...

Bagus nie..takut juga kalo jadi macam nie.......Terima kasih..

Rai Ourkizuna said...

err..tak bahaya ke sampai 2 biji ubat bontot..takut overdose..sbb ubat bontot ni kira ubat yg kuat.. even utk suhu 40 pun just masuk satu je..

ieda said...

ha tq sharing dikk
memang bahaya kalau demam sampai kena sawan tarik ..
kalau org dulu2 cakap sawan nie keturunan .. x tahulah ye @ tidak ..

permatabiru said...

thanks info yg berguna..^_^

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam kak...
kita sbg ibu mmg sgt teliti dgn kesihatan anak kan? terima kasih kongsi tips ni..
akak btl2 bukekan mate cma..

anak2 selalu jgk demam...risau klu tkena sawan je.. huhuhuh..

sian amni..dah sembuh dari demam ? take care selalu :)

Kesuma Angsana said...

perkongsian yg bagus ni!

izan mama mia said...

tq,..info ini sgt2 membantu saya..

ayut said...

risau jugak mcmni..tp klu ayut la nnt,kompem jd blank tak tahu nk bt ap...huuhu..bgus tips ni..bt ingatan,,

Tabung Ayam