MR NUFF

RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR



Salam,


adakah hari nie lebih baik daripada semalam??

ada terbaca info nie..bagus untuk dikongsi, alhamdulillah adib n amni suka makanan kat bawah nie kecuali halia, maknanya kena masukkan dalam masakan jer lah..

semoga anak2 ibu menjadi pintar didunia dan akhirat, walaupun hakikatnya diri sendiri yang kena berusaha

^_^

* 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

* 2) Kismis - Mengandungi za
t besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

* 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

* 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

* 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

* 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

9 comments:

therosputih said...

perkongsian yang bagus...

nak mintak tolong akak share kan senarai semak untuk keperluan baby la...ain tak prepare pape pun lagi untuk sambut baby ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

insyaALLAH..

NoEn said...

kene cuba amal tiap2 hari ni

syafiqakarim said...

usaha. bole jadikan tips nih ^^

Maria Menado~ said...

okay2. utk saya juga. hehe. thanks kak.

Kakzakie said...

Betul tu kalau boleh amalkan selalu ianya amat baik juga utk kesihatan.

Nazayiena said...

Tq share info nie,kismis anak kak Nurul lama dah hbis blm beli lg.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Alhamdulillah... tq for sharing..
semoga bermanfaat :)

Kesuma Angsana said...

mmg bagus kalau diamalkan !

Tabung Ayam