MR NUFF

Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri


salam..hari nak share khasiat taugeh.. selalu saya masak dengan tauhu n kucai buat masak kicap.. tak pun letak dalam kuewteow goreng, mee kari

ada orang cakap taugeh nie sayur low kelas..sebenarnya taugeh nie banyak khasiatnya.. jom kite tengok bawah





1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Wah selepas ini kita perlu memperbanyakkan lagi untuk memakan sayur taugeh dan sememangnya ia bukanlah di antara sayur yang mempunyai rasa yang pahit. Jadi tidak ada alasan terutama untuk kanak-kanak yang tidak mengegmari makanan seperti sayur. Perbanyakkan sayur dalam masakan seperti makanan yang disebutkan seperti di atas tadi. Walaubagaimanapun perlu memastikan sayur taugeh berkenaan dalam keadaan seg

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Nasib baik kakak suka taugeh Dyna. Kakak selalu buat sayur bening taugeh+carrot+kobis+kentang. Sedap tau lagi kalau masih panas:)

kurus said...

memang banyak kelebihan dia
tapi ramai juga yg kurang suke makan taugeh ..akak semua suke , kecuali peria ;)

adyna AB said...

kakzakie n kak ieda : kadang2 sayur yg kecik nie lagi banyak khasiat nyer kan

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Baru semlm ada menu taugeh dlm juadah tghari kami....:)

saly said...

taugeh mmg kegemaran sy....hehe.masak apa pun sesuai taruk taugeh ni..sedap kan.
tk sangka banyak juga khsiatnya.:)

HeNRieTTa JoSe said...

Oo ye ke....rietta dh xsuka taugeh sejak org cerita dorg rendam dalam urine..ll

Unknown said...

salam ziarah...

Taugeh mmg sedap & berkhasiat. Akak buat salad je.. taugeh dibasuh bersih2.. digaul dgn tomato yg kecil2, + daun salad lepas tu letak mayonis & sos cheese CHEEZE MAZ

Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana la tau berkenan nak merasa serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menghasilkan sos sesedap sos cheeze wedge, KFC. Harga pun hanya RM 10.00 sahaj bg 1 pack seberat 200 gram (x termasuk courier)

☾SHiemaCMa786☾ said...

cma suke taugeh jenis biasa tu je..klu tumis ngan ikan bilis+bawang merah +tauhu mmg layan mkn nasi panas2... nyum..

tp klu jenis taugeh yg kepala besar tu x mkn.. huhu

tq 4 sharing the info sis :)

Mommy_ima said...

Beli 20sen je dah cukup nak buat masak sayur kan..ramai yg x suka toge ni..tp sy tetap suka! :)
Byk jugak kebaikan die kan..pasni taoge je la..huhu

IntaNBerliaN said...

taugeh ni fav alisha ni :-)

Unknown said...

Wilma nak cari taugeh la lepas nie...
Mana tahu boleh kurangkan tekanan darah Wilma nie ^_^

Si Matatajam said...

M suka makan sayoq toge ni..cuma tak berapa best bila ada yg cerita pelik2 pasal toge ni kan..loya tekak cek ni..
Kalau mai langkawi nnt roger2 la M yek...

Anonymous said...

tq berkongsi ye

Tabung Ayam